Tuesday, 26 May 2015



Andai tiba-tiba putus asa itu hadir dalam diri,

berhenti sejenak,
toleh ke belakang,

lihatlah betapa jauh perjalanan yang telah kau susuri selama ini.

jalan berliku telah mampu kau susuri,
bukankah itu kebanggaan buat diri kau?

teruskan berjalan,
berhenti sejenak,
menghela nafas dan berjalanlah semula

kekuatan sebenar adalah dari semangat yang tidak pernah mahu mengalah.

jangan bimbang,
destinasi impian..
ada di hadapan

Monday, 8 September 2014



Hati,







Tempat pendamkan semua rasa.










Moga apa pun yang kamu pendam,








Jangan pernah lupa,







Allah sentiasa ada,






Untuk buat kita kembali senyum,





Saat kita terluka.. :')

Sunday, 8 June 2014

Untuk Sahabat Lama.. MAAF..


Assalamualaikum sahabatku, 

MAAF andai kehadiran surat ini menganggumu. Aku cuma mengharapkan keikhalasanmu memahami kandungan surat ini yang mewakili diriku. Pertama sekali, aku ingin memohon keampunan untuk segala dosa dan kesalahan yang telah aku lakukan sepanjang menjalani ukhuwah ini.

Kita dipertemukan oleh Allah juga dipisahkan olehNya.
MAAF, kerana aku gagal menjadi sahabat yang baik untukmu.
MAAF kerana aku menjadi sahabatmu yang pernah membuat airmatamu menitis.
MAAF kerana pernah menyinggung perasaanmu.

MAAF andai diriku pernah membuatmu kurang selesa terhadap sikapku.
MAAF andai kata engkau pernah terganggu dengan kekhilafanku.
MAAF, jika aku tidak mampu menjadi yang pertama bila engkau memerlukan seseorang disampingmu.
MAAF juga ku pinta kerana aku tidak mampu menjadi sahabat yang sempurna dan baik untukmu. Aku cuma seorang sahabat yang penuh dengan kekurangan dan kelemahan yang seringkali tidak kusedari.
Sekali lagi,
MAAF sahabatku.

Aku mengutuskan warkah ini kerana seringkali teringatkan masa-masa yang pernah kita kongsi bersama.
Are you still remember our silly pictures in my laptop? I’ve mine too and it just makes me wet in tears.
Mungkin ada kekurangan dan kesilapanku yang tidak pernah aku sedari walaupun telah sedaya upaya ku cari dan itu mungkin telah menguris hatimu.
Setulus hati, aku memohon keampunan, kerana pernah membuatmu terjaga dari tidurmu disebabkan oleh khilafku.
MAAF sahabatku, kerana aku tidak mampu menjadi penyebab kau tersenyum dan tertawa.
“I just miss you. Whether you still remember me or not, it’s not a matter. This matter is, I hope you are happy in your life now. If the distance would be the way to make you smile again, I would be glad for you too.”

Terima kasih banyak banyak kerana telah menjadi sahabat baik buatku.
Terima kasih sebab pernah sudi mendengar ceritaku, rintihanku, dan tangisanku.
Terima kasih kerana pernah berkongsi segala kesenangan dan kesusahan denganku.
I knew the meaning of ukhuwah when I was with you.
Namun,
MAAF jika kau merasakan yang sebaliknya sepanjang mengenaliku.
Terima kasih kerana pernah sudi meminjamkan bahu dan pelukan ketika airmataku tidak tertahan. Luhur budimu tidak akan aku lupakan sahabat.

Semoga setiap langkah yang terbuka akan  membawamu ke jalan Redha Allah. Allah menetapkan untuk menemukan dan kemudian memisahkan kita. Diamku kini bukan bererti membenci, tetapi cukup sebagai tanda aku ingin kau bahagia tanpa aku yang sering melukaimu dan membuatkanmu menjadi bisu dan berasa tidak selesa dengan kehadiranku.

Sahabatku,
kau berhak bahagia dan gembira, bukan dibanjiri dengan airmata seperti ketika kau bersama denganku.
Maka itu, la tahzan yaa ukhti, Uhibbuka Fillah.
Sepanjang kita bersama terlalu banyak yang telah kau korbankan dan banyak juga kau membantuku. Allah sangat menyayangi orang yang paling banyak berguna pada orang lain, dan ku kira itu adalah engkau yang dimaksudkan. MAAF jika aku bukan seperti itu. MAAF kerana sering menyusahkanmu. Semoga Allah akan terus mencintaimu atas kebaikan dan keikhlasanmu. 

Sahabat,

MAAF andai aku pernah membuatmu kesal mengenaliku, tetapi bagiku, tidak ada rasa itu walau sedikit,
sebaliknya aku teramat bersyukur kerana pernah diberi kesempatan untuk menjadi sebahagian dari cerita hidupmu.
Akhir sekali,
MAAF andai memandangku sahaja membuat kau tidak selesa,
MAAF jika kehadiranku dihadapanmu membuat engkau berasa benci, meluat dan ingin berlari sejauh mungkin.

Untuk setiap pemberian yang pernah engkau hadiahkan kepadaku,
Terima Kasih atas keihklasan itu. Semoga Allah melimpahkan keceriaan dan kejayaan dalam hidupmu sahabatku. Andai kata jika suatu saat nanti, kau memerlukan seseorang untuk mendengar, jangan segan silu untuk mencariku.
MAAF, juga kerana sehingga kini aku masih mencari jawapan untuk senyapku itu.
MAAF, jika aku yang menjadikan engkau terus membisu.
Semoga Allah akan terus menerus merahmatimu SAHABAT.

Surat ini, ku layangkan sebagai tanda mengingatimu. Sekali lagi aku memohon MAAF atas segala dosa dan kesilapan yang pernah aku lakukan. Halalkan juga segala yang pernah kau berikan kepadaku mahupun harta bendamu yang pernah ku rosakkan dan hilangkan. Sesungguhnya, aku selalu alpa. Semoga Allah membalas setiap kebaikan yang lebih baik untukmu. 

Kini, aku sedang berusaha untuk mencari diriku sendiri dan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik. Wahai sahabatku, ku mohon agar engkau sudi memaafkan segala kesilapan yang telah ku lakukan dalam sedar mahupun tidak. Semoga Allah menemukanmu dengan seorang sahabat yang sejati. In Shaa Allah, Aamiin. Jaga kesihatan, jaga iman.

Tika airmatamu mengalir lagi, jangan tahan, biarkan ia menitis jatuh ke bumi, tapi tolong, jangan lupa untuk menyekanya dan tersenyum kembali. Apabila suatu saat kau rasa ingin rebah, maka duduklah, tapi tolong, jangan lupa untuk bangkit kembali. Aku akan terus menyokongmu dalam diam dan dari jarak ini.


Ikhlas,
Sahabat lamamu :) 

Friday, 21 March 2014

.. Akan Kembali ..




Assalamualaikum, blogger ! hoyeahhh,
Lama rasanya tak bukak blog nih, 
ngeeee

Sebenarnya hati ni nak jee jengah sini
tinggalkan contengan disini, 
tapi....
apakan daya

kerja menimbun-nimbun
tak henti-henti
hah
busy memanjang, 
mana taknya student last year kan?
last sem pulak tuu
memang laa banyak kerjanya..

Project, Mini Project, Assignment, Discussion, 
hah 
banyak lagi.

final exam pun makin memanggil-manggil,
bekalan untuk final exam pun belum ada lagi, 
hmm

Moga moga Allah permudahkan urusan kami semua.
Aamiinn

In Shaa Allah,
habis je final exam nanti
akan KEMBALI AKTIF ber'Blog' semula.

ada banyak benda nak story morry,
tapi masih tak berkesempatan.

**p/s to DNS 6 Sesi Dis 2013: Goodluck for Final Year Project presentation hari ahad  23/03/2014 hingga Isnin 24/3/2014.

Dan

Diikuti presentation Cyberpreneurship hari Selasa 25/03/2014 dan Khamis 27/03/2014, Test hari rabu 26/03/2014

Tak lupa juga 

 


Final Exam yang semakin hadir,

Ingat,

Semester ni kita ada 4 paper, bukan 3 okayy, hee

Semoga berjaya semua dan semoga kita semua dapat konvo sama sama nanti, In Sha Allah, Aamiin,



 



Pada semua yang akan hadapi Final Exam tu, 
Goodluck tau,
Buat sehabis mungkin, 

ingat,

nak dapat segulung Diploma bukan mudah, 


jadi, 


usaha lebih sikit,



 

Thursday, 13 February 2014

cinta yang sedang kau alami,



mengajarkanmu tentang merawat, mencintai, dan menjaga apa yang kau miliki saat ini, 



sebab boleh jadi saat berikutnya apa yang kau miliki bukan lagi milikmu.




cinta yang telah pergi,

 mengajarmu tentang betapa satu detik yang berlalu takkan mampu kau ulang lagi, tentang melepaskan, dan yang utama tentang menghadapi perpisahan, 



bahawa melepaskan kadangkala lebih baik daripada berpegang pada sesuatu yang memberatkan langkahmu.


bila kau bersedih tentang kehilangan,


 harus kau ingat sesuatu ;


bukankah ada nafas yang harus kau hembuskan, 


sebelum kau bisa menghirup udara baru? 
Tuhan.


Kau genggam erat hati kami.


Kau pegang kemas kami dengan sepenuh sabar yang jitu.


Dan Kau yang paling mendengar suara hati kami.


Yang tak menolak doa-doa kami.


Terutama dari kami yang teraniaya oleh manusia yang dengki dan iri hati.


Berilah sepenuh bantuan pada kami, ya Allah

Sesungguhnya, 
Kuasa-Mu besar tak tertandingkan dengan apa yang ada seisi bumi.



Bantu kami ya Allah.


Dalam menghadapi musuh-musuh yang nyata.


Mainan syaitan semata.


Dan lindungi kami ya Allah.


Dari seteru-seteru kami yang menjadikan syaitan sebagai pembantu.

Moga Kau pelihara dan jaga serta peluk kejap mereka mereka yang aku sayang.


Allahumma ameen, Ya Allah.

Wednesday, 29 January 2014





My mother taught me how to walk, 


how to speak and how to eat. She basically taught me how to live


Be grateful for every second you have with your mother.


Value your mothers before they're taken away because a mother can't be replaced by anyone


Before you complain about your mother, 


think of those who their mothers have passed away.



Friday, 24 January 2014

.. Trust .. Kepercayaan ..




Kepercayaan itu seperti kertas putih yang baru.


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Sekali kau renyukkan

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Seribu kali kau betulkan pun ia tak akan mampu untuk kembali pada yang asal


Maka,


itu salah kau yang membunuh kepercayaan orang



Jangan kau salahkan orang yang tidak mempercayai pada kau sekarang


Selagi orang masih percaya,



Maka,





JAGA




Sunday, 19 January 2014

Penipuan





Jangan tipu,

kerana 1 tipu mampu membunuh 1000 kebenaran.

Biar pahit,


biar hodoh,


biar sakit,


katakanlah yang benar lagi-lagi dengan orang yang hidupnya berlegar di sekeliling hidupmu.


Hari ini aku belajar 1 kebenaran;


"Tipu kita akan datang semula bersama kebenaran, berdiri sebelah-sebelahan menanti untuk menerima hukuman. Hati tidak marah. Hati cuma kecewa parah." 


Ingat pesanku !


jangan tipu,

lagi-lagi dengan mereka yang tulus menyayangimu kerana 1 tipu mampu membunuh 1000 kebenaran.

Thursday, 16 January 2014




Jika perpisahan itu adalah suatu permulaan yang baik,
Suatu titik mula yang ajaib untuk sebuah kehidupan lain, 
maka..



REDHAILAH IA.

Jika perpisahan itu merupakan satu solusi agar Allah kembali redha pada kehidupan kita, 
maka ...




BIARKANLAH IA.






Jika perpisahan itulah yang paling kita takuti dan geruni, 
maka sebenarnya kita silap. 


Seakan-akan kita tidak mahu memulakan sebuah kehidupan baru yang mana lebih baik.. 





Mengapa terjadi perpisahan dengan seseorang yang kita sayang? 







Sebabnya Allah mahu menguatkan kembali hati kita. Kita tak sedar hati jadi lemah dan sakit sepanjang kita bercinta tanpa ikatan yang halal

Friday, 10 January 2014

.. Masa Lalu ..




saya yang dulu itu,
adalah saya yang “dulu” !

tidak ada kaitannya,
dengan saya yang sekarang !

mengapa perlu diungkit saya yang dulu,
dan dibanding dengan saya yang sekarang?

dia yang ikhlas menerima, 
tak akan hanya membanding dan mencari salah,
yang dulu dan yang sekarang.

Dia akan berlapang dada menerima.
dan bila dia tak mampu menerima,
maka mungkin bukan hak kita untuk memaksa.

barangkali dia cuma terlupa,
bahawa manusia memang begitu,
mempunyai masa lalu.

barangkali dia lupa,
atau barangkali dia tak pernah punya masa lalu?





Monday, 16 September 2013

Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia

Sekali lagi air mata itu tumpah, bagai melegakan hati pemiliknya.



Wanita,
Kadangkala diuji dengan sehebat-hebat ujian.
Zahirnya lemah tapi batinnya gagah anugerah Tuhan.



La tahzan.
Optimislah dengan ujian. Itu hadiah Tuhan.
Bersyukurlah. Beruntunglah.
Dari jutaan, engkau pilihanNya.



Kita rasa kitalah yang besar ujiannya. Kita rasa kitalah paling berat bebanannya.
Come on.
Ada orang lagi besar ujiannya. 
Lagi berat bebanannya.
Jangan merungut sayang.
Jangan mengeluh walau sedetik.
Kita milik Dia.
 Dulu, Kini. Dan selamanya.
Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita.
Bukan hanya di dunia.
Bahkan hingga ke daerah sana.



Jalan takdir Allah tak pernah salah.
Berbaik sangkalah dengan aturanNya.
Jika perlu untuk engkau menangis, maka menangislah.
Tapi sayang, jangan sedih lama-lama.
Nampak macam kita kurang redha dengan apa yang Allah aturkan.

Takdir Allah is something yang unexpected.
Miracle things may come soon. Soon.
Engkau harus percaya.
Ya, percaya.



La tahzan.
Syurga itu mahal sayang, bukan mudah kita nak dapat.
Even people always said, benda yang payah nak dapat itulah yang kita akan benar-benar hargai.
Dan kita pasti bahagia sangat bila dapat.
Itu pasti.



Senyum.



Tapi terkadang ada masa kita jatuh.
Tak mampu nak bangun.
Tapi, ingatlah. Walau apa pun, Allah akan tetap menemani.
Just beside you.

Selalu.

Allah akan ubat luka di hati kita.
Perlahan. Perlahan.
Inilah hadiah buat hambaNya yang bertabah!



Tears.





InsyaAllah, bila Allah redha, Allah akan mudahkan.
Tak mudah. Siapa kata mudah?
Tapi inilah kasih sayang Tuhan.
Berdamailah dengan takdirNya.
Dan sampai masa kita akan faham, ada perkara yang memang dah tertulis akan terjadi.
Dan tertulis di Luh Mahfuz.
Dan kita mesti berhenti daripada memaksa ia jadi macam yang kita nak.
Tetaplah sabar dan redha dengan aturanNya.



Bukalah surat cinta dariNya.

Pasti akan damai hatimu.



” Maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku)” [Yusuf: 18]



La tahzan. Kesatlah air matamu.

Allah ada.

Allah tahu.



“Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.” [Al-Maidah:7]



Dan ingatlah,



“Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya.” -Hasan Al-Banna-



La tahzan,

Jadilah wanita yang paling bahagia! :)



Monday, 26 August 2013

Dia Lupa Betapa Berharganya Dirinya..

Ketika TUHAN Menciptakan wanita,

Malaikat datang menyentuh dagunya. . .

TUHAN, ciptaan ini kelihatan lemah dan longlai. Seolah – olah terlalu banyak beban terhadapnya.

Itu bukan lemah  atau longlai,  itu adalah AIR MATA.

Untuk apakah air mata itu? tanya malaikat

AIR MATA adalah salah satu cara dia mengekspresikan kegembiraan, kegagalan, Cinta, kesepian, penderitaan dan kebahagiaan

ENGKAU menciptakan segala sesuatunya. Wanita ciptaan MU ini akan sungguh menakjubkan!

Wanita ini mempunyai kekuatan mempesonakan lelaki.

Dia dapat mengatasi beban

Dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri.

Dia mampu tersenyum walaupun sebenarnya hati menjerit.

Mampu menyanyi saat menangis,

Menagis saat terharu, terharu saat ketawa,

Bahkan tertawa saat ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya.

Dia tidak menolak kalau melihat yang lebih baik.

Dia menerjunkan dirinya untuk keluarganya.

Dia membawa sahabat yang sakit untuk berubat.



- CINTANYA TANPA SYARAT -



Dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang.

Dia girang dan bersorak saat melihat sahabat tertawa.

Dia begitu bahagia mendengar kelahiran.

Hatinya begitu sedih saat mendengar berita sakit dan kematian

Tetapi dia selalu mempunyai kekuatan untuk mengatasi hidup,

Dia tahu bahawa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.


    Hanya Satu Kekurangan dari Wanita,

    DIA LUPA BETAPA BERHARGANYA DIRINYA..

Sunday, 25 August 2013

Kerana Ego



Engkau muncul kembali.
Setelah hilang ditelan masa.
Sungguh,
Aku rindu renunganmu,
Senyumanmu, apa jua tentangmu.

Ego aku terlalu tinggi.
Kau tak ku hirau.
Aku tahu,
Matamu memerhati gerak-geriku.
Walau hati meronta ingin bertemu,
Aku berlagak seperti tiada apa.
Ego menghalangku.

Sesal menghimpit.
Kerana ego,
Aku menanggung rindu.

Ingin aku mulakan kembali.
Pertemuan kekok,
Biar menjadi mesra.
Timur hingga Barat,
Utara ke Selatan,
Aku cari,
Tidak aku nampak bayangmu.

Binasa segala hati,
Pudar segala perasaan.
Salah aku.
Ikut kata ego,
Padan muka aku.
'Andai ada sejuta wanita seperti aku, maka dunia ini akan bertaburanlah lelaki yang ego dan sukar mengalah sifatnya'

Mungin kerana dikata iman yang aku miliki tidak setebal yg dia miliki, maka segala pandangan dan kata-kataku tidak sedikit pun diterima pakai. Kerana itu, aku memilih untuk berdiam diri dan terusan mengalah. Andai soal iman itu yg menjadi persoalannya, jelaskan padaku wahai lelaki, bagaimana kau begitu pasti kalau imanmu sudah cukup tebal untuk kau mendapatkan tiket ke syurgaNya? Dan aku, yang terlalu mengagumi dirimu, seolah-olah membutakan mata melihat perlakuanmu yg seakan-akan cuba untuk menganggu gugat ilmuku yang sedikit cuma dengan bercerita soal agama yang ku tahu, masih belum ku kuasai tahapnya. Aku mengalah.

Berkali-kali aku cuba menidakkan, kalau apa yg engkau lakukan itu adalah semata mata untuk kebaikanku. Namun terkadang hatiku berbelah bagi. Aku tewas jua dengan sisi negatifku yg tidak dapat tidak terusan berfikir kalau engkau sebenarnya hanya ingin menjatuhkan aku. Jika tidak, mengapa aku dikata wanita yg nipis imannya? Itu suatu pertuduhan yg maha berat wahai lelaki. Kau telah dengan sengaja membuat aku merasa kalau diriku bukan sesiapa tanpa apa2. Kenyataan itu membuat aku malu. Malu denganNya. Malu dengan driku sendiri. Dan untuk kesekian kali, aku mengalah lagi.

Jelaskan padaku, aku harus bagaimana lagi? Terkadang aku menjaga hatimu seolah-olah diri aku tidak punya hati yg turut sama harus dijaga. Dan aku, sebolehnya mahu terus belajar dan belajar agar aku bisa sampai ketahapmu, yg kau namakan 'tebal' imannya? Aku mengalah bersebab. Bukan kerana aku lemah. Bukan kerana aku wanita. Namun kerana agamaku. Aku mengalah kerana andai itu harga yg harus aku bayar untuk ku cari ilmu agama buat diriku nanti, maka aku kan terusan mengalah. Pernah aku cuba menyepi. Namun sepiku bersambut. Dan kau disana, berkali-kali ganda lebih sepinya dari diriku. Mengapa wahai lelaki sanjungan?

Dan terkadang aku seolah-olah terlihat suatu sisi dirimu yg tidak berani aku namakan. Dan jika itu sisi negatifmu, akan aku perbalikkkannya menjadi suatu sisi yg boleh aku berbangga. Usah risau. Kerana sisi mu yg tiada bernama itu tidak akan ku jadikan sebab untuk ku katakan 'kaulah lelaki yg tipis imannya'.

Sekian.

Thursday, 22 August 2013

Ketika Harus Melepaskan

Hidup ini selalu berputar, tak selamanya kita berada dibawah dengan semua kepedihan dan tak selamanya kita diatas dengan segala kesenangan. ALLAH Maha Adil .. Hanya Dia yang Tahu mana yang terbaik untuk hamba NYa ..
    “Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak. ( Al-Baqarah 216 )”

Sahabatku,  ada perih disudut hati, ketika engkau cerita tentang segala yg kau alami. Setelah sekian lama kau bertahan Setelah sekian lama kau memendam luka Setelah sekian lama kau rendam nestapa rupanya Allah izinkan juga engkau tempuhi jalan itu Aku percaya, itu suatu “keputusan terakhir” yang terbaik untukmu.

Sahabatku, Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan. Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan. Tetapi ada saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita melainkan kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.
Melepaskan

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kebahagiaan kita sangat bergantung pada orang itu.

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita merasa dia itu kacak, cantik, teristimewa dibandingkan dengan yang lain.

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita takut tidak dapat menemui yang seperti dia lagi.

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah bersamanya, sentiasa terbayang di benak kita.

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika hati kita berkata “Saya sangat mencintainya”.

Ingatlah..

Melepaskan bukanlah berakhirnya melainkan awal dari suatu kehidupan baru…

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kebahagiaan kita tidak tergantung padanya.

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita menyedari yang kacak,yang cantik, yang istimewa belum tentu yang terbaik buat kita.

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, Dia telah siap memberi yang lebih baik.

* Kita harus melepaskan seseorang ketika saat-saat indah hanyalah tinggal masa lalu.

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kepala kita berkata “tidak ada lagi  yang dapat dipertahankan”.

* Kegagalan tidak bererti kita tidak mencapai apa-apa, namun kita telah memahami sesuatu! Segala sesuatu ada waktunya, ada saat mempertahankan, ada saat melepaskan !


“Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu yang memberatkan punggungmu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap” (QS.94:1-8)

Kadangkala Allah mempertemukan kita dengan orang yang tidak tepat sebelum mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita bersyukur akan belajar daripada kurniaNYA dan belajar daripadanya …

Sunday, 28 July 2013

8 cara mengenalpasti lelaki penyayang

Assalamualaikum, 
hee, 
ehem ehem, 
tengah buat assignment aku masih lagi sempat lagi nak hupdate belog, 
hmm, 
nampak sangat suka curi tulang,
 teeetttt, 
ahaha

okayyy !
hari ni aku nak share something.
ni bukan idea aku semata.
aku pun CP *COPY PASTE*
hehe 
*plagiat memang macam tuhh*
kehkehkeh


aku tak tahu sejauh mana perkara ni betul atau pun takk
korang baca jee laaa ehhh
buat buat release tension jee laa ehh
haha



1) Suka Haiwan

Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang sukakan binatang, kita boleh tengok reaksi dia bila ada haiwan ni sebagai contoh dikedai makan, ada kucing datang mengiauwww kat kaki lelaki tu, ada yang sepak terajang dan halau kucing tu, ada pulak yang bercakap dengan kucing tu ” kenapa?..lapar ye..nah amik ni..” sambil beri tulang atau isi makanan. Haa, boleh tau ke mana yang penyayang?. Lagi satu contoh mudah, lelaki yang ada bela haiwan peliharaan lagi lah menyerlah sifat kasih sayang dia.

2) Suka Kanak-Kanak

Lelaki yang suka akan kanak-kanak berpotensi menjadi bapa yang baik. Ini kata Dr.Fadilah Kamsah. Sifat kasih sayang dan layanan baik terhadap kanak-kanak sudah sukup mencerminkan dirinya kategori lelaki yang bagaimana.

3) Berat Akan Orang Tua

- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang berat akan orang tuanya. Seperti dia lihat ibunya terkontang-kanting mengangkat kain dijemuran, perasaan tak sampai hati yang wujud mendorongya membantu. Mereka juga akan sedaya upaya meringankan beban orang tuanya tanpa mengharap balasan.

4) Berat Akan Adik-Adik

kita cuba tengok hubungan dia dgn adik. Tengok samada adakah hubungannya dengan adik rapat dan adik-adiknya menyukainya?. Perhatikan samada mereka bergurau senda atau tidak atau hanya membuat bodoh saje bila si adik ingin bermain dengannya.. Jika ya, maka dia merupakan lelaki penyayang. Ini berbeza dengan lelaki yang tak suka bermain-main atau melayan karenah adik kecilnya menunjukkan sifat penyayang dalam dirinya kurang

5) Prihatin Terhadap Kawan-Kawan

Lelaki yang penyayang juga selalu bersikap prihatin atas kesusahan rakan-rakannya. jika ada yang meminta tolong dia tak ragu-ragu membantu sedaya boleh. Baginya kawan juga perlu ada dalam hidup dan perlulah ada sikap bantu-membantu dan tidak pentingkan diri. Tetapi biarlah berpada, bukannya setiap kali dia sahaja menolong atau tak pernah langsung menolong. Perlu ada sifat timbangrasa.

6) Pandai Menjaga Hati Pasangan

Lelaki yang penyayang memang pandai mengambil hati pasangannya. Tengokklah bila pasangannya sedang berduka, pandai sahaja dia membuat humor untuk menghiburkan hati pasangannya. Kadang-kadang dia suka membuat kejutan bertujuan menggembirakan pasangannya. Jika pasangannya sedih dia juga tidak senang hati

7) Susah Marah

Lelaki yang penyayang sudah tentunya lelaki yang tidak panas baran dan cepat melenting. Kerana hal kecil pun nak melenting seperti terlewat berjumpa, atau tercalarkan keretanya. Lelaki yang cepat melenting macamni korang berhati-hati la..

8 ) Sentiasa Murah Dengan Senyuman

Kita tengok lelaki tu sejuk je..sentiasa senyum je selalu. Memang tak lokek langsung!.. Ini menandakan dia seorang lelaki yang penyayang. Senyuman yang diukir bertujuan mewujudkan elemen kemesraan kepada sesiapa yang memandangnya. Sebolehnya dia nak menegur semua orang dan berhubungan baik dengan semua orang. Tidak mahu mewujudkan unsur kebencian.

Sunday, 14 July 2013

Roommate !

okayyyy ! sekarang aku nak cerita tentang roommate aku yang gila gila tuhhh,

haaaaa,

dorang sangat sangat sporting ! 
serious !
tak macam duluuu
dulu nak buat apa jee semuanya sorang sorang
sekarang ni dah tak lagii

nak makan apa semuanya kongsi kongsi  
nak beli barang barang makanan pun kongsi tau,
haaa
best gila duduk dengan dorang nihh
happenning jeee rasa.
kteorang kalau tak buat lawak dalam masa seminit memang tak sah
masa makan jeee mesti melawak, 
kteorang berempat memang tak boleh berjumpa
jumpa je gelak, 
haaa
yang tak boleh nak go tuuu
tang MELATAH ! 
hah !
 4-4 melatah kauuu !
sorang melatah nanti semua mengikut ahh
tak benti benti
haduhhh !
memang penat !
tapi nak buat macam mana kann? 
hadapi jee laaa

kalau korang nak tahu
kteorang punya perangai SEBELUM TIDUR
kteorang berempat mesti MAKAN dulu
haaa
tu kteorangg !
makan ni boleh di katakan tak boleh dipisahkan
hah !

tak kisah lah masa tu pukul berapa,
yang kteorang tahu sebelum tidur mesti makan,
haaa
waktu yang paling awal kteorang berempat tidur adalah pukul 1 pagi
tu paling awal
paling lambat pulak dalam pukul 2.30 pagi atau 3.30 pagi
haaaa
padahal esoknya kelas pukul 8 pagi nihh
bagus tak kteorang ? 
hahaha

korang mesti tertanya tanya kan, apa yang kteorang buat pagi pagi buta tuh kan?
haaa
yess ! aku dapat agak persoalan yang bermain dalam fikiran korang tuhh
hihi

okayyy, 
perkara wajib yang kteorang buat adalah

-MAKAN
-GELAK GELAK *walaupun masa tu dah pagi buta*
- BUAT ASSIGNMENT
- ON CALL *dorang bertiga jee yang selalu on call, aku tak pun, sebab tak ada siapa pun nak call akuu*
-PAKAI SHIESHEDO *kengkadang je* 
-KONGSI CERITA/MASALAH *bila dah tiba part bf/gf ni, aku orang pertama yang senyap dulu,, heee, tak bukak mulut langsungg, hanya memberi telinga untuk jadi pendengar yang baik :)*

apa lagi ehhh? hmm,
tak ingat laaa beb, 
banyak sangat benda yang dibuatnyaaa

okayyy !
dekat bawah nih adalah roommate yang yang gila gila tuhh 




dari kiri : Awin. tengah: Noni. Kanan: Wanie



haaa,
somel tak doranggg?
somel kannn ?
hihi

dorang ni aku anggap dah macam adik beradik sendiri
dorang laaa mak dan abah akuu dekat mersingg
dorang ni sangat sangat prihatin 
kalau aku nak buat sesuatu jeee mesti ada yang memerhati
nanti tiba tiba jee ada suara kedengaran
 selalunya noni laaa yang selalu tegur
ayat diia macam nih

*nurullll ! less sugar okayy ! LESS SUGAR !*
HAHAHA

dialog ni memang aku pegang pegi mana mana, 

mana taknyaaa, air tu tak manis di katanya manis, haaa
padahal tawar, sometimes aku laaa yang menang, 
tapi selalunya dia yang menang, 
dia ada geng LESS SUGAR
haha
wanie laaa geng dia.
haaa
kalau dia yang dah masuk campur memang tak boleh kata apaa, 
terdiam sudah
HAHA

*aku taip cerita ni sambil tersenyum senyum bila ingatkan gelagat dorangg, dorangg tu sangat sangat COMEL okayyyy*



Kehidupan Baru Di Politeknik

ehem ehem, heeee

Assalamualaikummmmm !
ada oranggg takkkk !
saya nak masuukk nihh,,
kekekekekeke
 *okayyy mengarutt !*


 lamaaaaaaaaaaanya tak bukak belog nihh, 
rinduuuuuuu sangat sangat. 
hati ni selalu berkobar kobar nak hupdate blog, tapi tak berkesempatan.
yeee lerrr, mersing tuuu susah nohhhh laaaa nak dapat coverage ! 
masuk bilik jeeee terus GPRS, haa. mana tak nyaaaa. 
kena laaaaaaaa tunggu balik rumah, baru dapat hupadate belog, haaa, 

okayyyy !
rasanya dah hampir tiga minggu lebih aku masuk poli,
mula kan kehidupan baru sebagai seorang pelajar SEMULA
macam macam ragam aku jumpa bila masuk poli semula.

haihhhhhh,
macam macam kerenahhh,
yang jakun pun ada, 
yang kepoh pun ada,,
macam macam laaaa, 
penat mak nak oiii nak melayan kerenah kauuu, haaa
haha

okayyy !
dalam tiga minggu di jugalah aku dah belajar banyak benda
semester ni laaa aku betul betul masuk dengan bidang aku sendiri iaitu 
'NETWORKING' 
susahhh nyaaahhhh mak  nak belajar benda nihh, 
kena faham betul betul, kalau tak nanti ketinggalan
haha

bila dah masuk dalam bidang aku yang SAH nihh,
masyaAllah,
memang menguji kesabaran dan kecekalan hati,
hah !

untuk semester ni, subjek yang aku ambil adalah

i.  FN513 - Network Programming
ii. FN 511 - Switching and Routing
iii. FP 332 - Desktop Publishing
iv. AE 501 - Communicative English 3
v. FN 521 - Networking Project Analysis and Design
vi. FN 512 - Server Management

sigh !
susah tak susah ?
haaaa
pening kepala fikir macam mana nak catch up semua nihh,
mana lagi dengan Final Year Project (FYP) 
assignment, presentation, NET DAY lagi *kteorang kena buat program untuk semester 6* hoho !
pening pening ! 

masa berkualiti untuk bersama keluarga adalah sangat tipis,
untuk semester macam macam peraturan yang pihak poli buat,
nak balik pun kena tunggu hari sabtu,
bayangkan ?
haaa
kalau nak balik hari sabtu buat hape, 
serupa tak payah balikkk
duduk sana terus jeee
aku terasa macam duduk dalam SEKOLAH BERASRAMA PENUH
dengan tidak berbekalkan tv, redio pun setakat klasik nasional jee yang dapat, takpun best 104 FM jee
hah ! 
susah nak hidup dekat mersing tuhh
ada tv pun dekat kafeteria tapi siaran tv yang dapat cuma TV1
hah !
ameeekawww !
haha
*mengeluh pulak*

mudah mudahan semester kali ni tak ada masalah macam semester yang lepas. Ameen ! Ameen ! Ameen !

ini adalah sebahagian daripada mereka yang selalu buat aku terhibur,
4 Julai 2013 genab persahabatan kita yang kedua
Dua tahun dahh aku kenal korang
And
Korang pun masak sangat dah kann dengan perangai akuu,
Hihi

terima kasih semuaaa
korang laa pelengkap hidup aku bila aku berjauhan dengan keluargaa,
Aku harap sangat sangat hubungan persahabatan yang sedia ada ni berkekalan hingga ke akhir hayat,
Ameen Yaa Rabbb

























*nampak tak pipi I yang tembam tuhh, haaa, tak tahu macam mana nak kecik kan balik 
anyone ? ada idea takk? haha*