Friday 31 May 2013

My Dream

Assalamualaikum blogger, hoho, lama sudah tak buat entry dekat sini, dalam beberapa hari lepas aku busy dengan berjalan, sebelum tu sibuk dengan presentation Latihan Industri, macam macam lagi laa, so blog nihh, agak ketinggalan jugak laa, ehe,





haaa, 
korang nampak tak gambar dekat atas tuh?
nampak kan?
korang mesti teringin nak pergi kan?
siapa je orang dalam dunia ni yang beragama islam yang tak nak pergi sini, betul tak ?
haa
ini lah impian utama aku, 
nak sampai sini
nak kerjakan ibadah
seronok kalau dapat buat ibadah dekat tempat suci macam nih,
lagi best kalau pergi satu keluarga, 
Ya Allah ! seronoknyaaa, 

TERINGIN SANGAT - SANGAT

aku sampai terfikir, 
nanti kalau dah kahwin tak payah pergi bulan madu, *terus fikir bulan madu, kahwin pun dak lagi, hahaha*
kita pergi sini pun dah cukup,
kalau pergi bulan madu duit habis dengan shopping laa, macam macam lagi,
penat lagi kan ?
haaa, 
kalau pergi sini kita dapat pahala.
dapat buat ibadah. 
lagi seronok pergi rumah Allah. 

p/s: Ya Allah, kau panjangkan lah umur kami, supaya kami dapat sampai ke rumah mu dengan jalan yang mudah dan cara yang halal , ameen :')



Wednesday 22 May 2013

Ratu Istimewa

    ibu. emak. mama. umi.
 

hebatkan mereka?

hebatkan kesabaran mereka?

hebatkan pengorbanan mereka kepada kita?
 
tiada sebab yang masuk akal untuk aku tidak mencintai insan sepertinya..

dia lah emak dia lah kekasihku dia lah Ratu istimewa..
 
Di saat kau lena dia berjaga
 
Kau bersenang dia bekerja
 
Untuk mu tiada terbatas
 
Memberi tidak minta dibalas
 
Ingin dibinanya untuk mu
 
Kehidupan yang sempurna
 
Punya kekuatan jiwa
 
Punya maruah
 
Leterannya dari rasa luhur
 
Menegur sebelum terlanjur
 
Itulah yang diwarisi
 
Pesan ibu terpahat di hati
 
Beringat-ingatlah berpesan pesan
 
Untuk kebaikan
 
Marah bukan kebencian
 
Tapi tanda saying
 
Engkau semakin dewasa
 
Berjiwa merdeka
 
Sedang dia semakin tua
 
Membilang usia
 
Di saat kau Berjaya
 
Dia tiada berdaya
 
Semoga kau tak lupa
 
Jasa bonda
 
 
 
 
bila dahaga yang susukan kita.. mak
 
bila lapar yang suapkan kita.. mak
 
bila keseorangan, yang sentiasa disamping kita.. mak
 
bila bangun tidur kita cari.. mak
 
bila nangis, orang pertama yang datang.. mak
 
bila nak bermanja, kita dekati.. mak
 
bila sedih, yang memujuk kita.. mak
 
bila nakal, yang memarahi kita.. mak
 
bila merajuk, yang memujuk kita cuma.. mak
 
bila takut, yang tenangkan kita.. mak
 
bila nak peluk, yang kita suka peluk.. mak
 
bila sedih kita mesti telefon.. mak
 
bila melakukan kesalahan, yang marah dulu.. mak
 
bila seronok, orang pertama kita nak beritahu.. mak
 
bila bengong, kita suka luah pada.. mak
 
bila taku, kita selalu panggil.. "MAKKK !"
 
bila sakit, orang paling risau.. mak
 
bila nak exam orang paling sibuk.. mak
 
yang selalu masak makanan kegemaran kita.. mak
 
yang selalu simpan dan kemas barang-barang kita.. mak
 
yang selalu berleter kat kita.. mak
 
bila ada masalah yang paling risau.. mak
 
yang selalu puji kita.. mak
 
yang selalu doakan kita.. mak
 
yang selalu nasihat kita.. mak
 
yang masih peluk dan cium kita sampai hari ni.. mak


namun bila kita ada pasangan
 
bila seronok kita cari.. pasangan
bila sedih kita cari.. mak
 
bila berjaya, kita ceritakan pada.. pasangan
bila gagal, kita ceritakan pada.. mak
 
bila bahagia, kita peluk erat.. pasangan
bila berduka, kita peluk erat.. mak
 
bila hari jadi, kita bagi hadiah mewah-mewah pada.. pasangan
bila hari jadi mak.. kita cuma ucapkan "selamat hari jadi"
 
bila-bila.. kita telefon pasangan
entah bila.. kita nak telefon mak
 
selalu.. kita belikan hadiah untuk pasangan.
entah bila.. kita nak belikan hadiah untuk mak
 
tapi nanti kalau mak sudah tiada.... ?
 
    Ya Allah ampunkanlah dosa kedua ibubapaku,
    kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku dan tempatkanlah mereka di syurgaMu.
    amiin ya rabb
 
 
 
 
 

Monday 20 May 2013

Biar Dia Tahu













Biar dia SALAH SANGKA... 
Biar dia SALAH ANGGAP... 
Biar dia SALAH MENDUGA... 
Biar dia TAHU YANG BURUK... 
Sebelum MENGHARAP yang baik-baik...

Kalau dia IKHLAS, 
dia akan sedia MENERIMA KEKURANGAN yang ada, 
dari hanya mengharap yang baik dan sempurna...

Apa guna menghabiskan masa menunjukkan kebaikan, 
bila dia TIDAK BOLEH MENERIMA KELEMAHAN DAN KEKURANGAN ?

Biar dia tahu saya tak pandai itu, 
saya tak pandai ini... 

Biar dia tahu, saya mungkin tak dapat memenuhi EXPECTATION dia yang tinggi melangit itu... 
Biar dia tahu, saya pernah punya MASA LALU, namun saya masih punya MASA HADAPAN... 
Biar dia tahu, biar dia buat keputusan supaya dia tidak rasa TERTIPU, supaya dia tidak menyesal kelak...

Jadi, 
tak kisahlah ada jodoh ada lah kan ? 
I trust HIM more... (^^,)
Saya lebih prefered dilihat sebagai diri saya yang tak sempurna.
 Biarlah mereka tahu saya tidak tahu itu, tidak tahu ini, dari mereka melihat kesempurnaan saya yang konon maha baik. 
I'm glad to be me even it's hard to be me (^^,)

Aurat Saya ! Saya Berhak Lindungi


Sebak!

Itu kenyataan paling nyata yang boleh terungkap melihat muda mudi harapan bangsa dan agama tanpa malu dan segan silu mengenakan pakaian yang tidak seperti pakaian itu di tubuh mereka.  Peringatan telah datang satu persatu, namun manusia masih tahan diri dan menutup telinga dari menerima yang benar.

Alasannya apa?

Nak cantik dan nak menarik perhatian, 
kalau tak cantik nanti takde orang suka, tak ada orang nak datang lamar. 
Macam tu ke fikiran kita?

Orang mukmin itu tidak akan tertarik pada pandangan nafsu.  Kerana dia bergantung sepenuhnya dalam doa sekian lama.  Keturunanya mahu di jaga.  Makanya, jodohnya perlulah insan yang terjaga akhlaknya.

Sememangnya bukan semua yang menutup aurat itu terjaga lisannya, terindah hatinya dan baik budi pekerti kerana sememangnya terdapat segelintir yang kurang mengambil berat mengenai pertuturan dan budi bahasa. Namun, sekurang-kurangnya dia telah mematuhi arahan Allah untuk menutup aurat.  Bukan mempersenda atau meringankan suruhanNya.  Nauzubillahiminzalik.

Apa alasan lagi untuk kita tidak menutup aurat?

Ok, mengikut peredaran zaman?

Ya Allah, Allah tak suruh kita memodenkan diri sampai melanggar perintahNya.  Mahu hina di mata manusia yang kerdil yang sememangnya ciptaanNya jua, atau pun mahu hina sehinanya di hadapan Pencipta kita?!

Manusia itu ke yang menentukan kita akan ke neraka atau ke syurga? Mereka jua manusia yang akan dihitung amal di mahkamah agung nanti.  Nak tolong kita jauh sekali.  Jadi apa alasan kita nak mempedulikan semua suara-suara yang cuba menjatuhkan iman kita itu.  Malah kalau kita berjaya menepis setiap nafsu yang hadir, itulah kemenangan yang besar.

Cuba bayangkan jika Rasulullah s.a.w melihat kita berpakaian sedemikian rupa.  Apakah kamu fikir baginda akan senyum atau berduka?  Siapa yang layak memberikan syafaat untuk kita di akhirat nanti kalau bukan baginda Rasulullah saw?

Jadi, kita cuba renungkan , kalau kita telah mendukacitakannya, apakah mudah syafaat itu untuk sampai kepada kita? Subhanallah, hanya Allah yang tahu.  Tetapi, kita yang berhak membaiki diri, mencari keredaanNya dan Rasulullah saw.

    “Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [TMQ Al-Ahzab (33):59]. 

Berat sangat ke menutup aurat sampai ramai lebih memilih menunjukkan kecantikkan diri yang sememangnya hanya pinjaman sementara itu? Berbaloikah pujian demi pujian yang hinggap di bibir mereka yang kurang mengerti berbanding dengan seksa yang akan dirasa di akhirat nanti.  Panas api dunia pun tiada yang mampu tahan, inikah pula hangat api yang menjulang berganda pedihnya meragut tubuh tanpa kasihan.

Sedih !  Dengan fesyen yang seolah mempersenda agama.  Apa yang agama larang itulah yang berlaku sekarang.  Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda: 

    “Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah aku lihat keduanya itu:
   (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam);
     (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)

Sengaja menampakkan sanggul yang meninggi di kepala? JANGAN LAKUKAN!

Rasulullah sudah melarang dengan jelas.  Bukannya kamu cantik dengan sanggul tinggi yang menghias tudungmu.

Menutup auratlah dengan sempurna, jangan sengaja mempersenda apa yang Allah telah gariskan.   Hidup di dunia ini hanya sebentar sahaja, barangkali seminit dua lagi kita akan di jemput pulang ke sana.  Mahu berbangga apakah dengan perbuatan-perbuatan yang telah Allah larang. Hebat apakah kita hendak menidakkan segala laranganNya? 

Kembalilah pada Allah.  Kita sememangnya makhluk yang sedang diuji dengan pelbagai keasyikan yang diluarannya indah tetapi hakikatnya salah. 
Telah Allah dan Rasulullah memberikan peringatan kerana sayangnya pada kita hambaNya.  Namun, kita sendiri yang cuba melemparkan diri ke binasa.

Ya Allah, tuntunlah jiwa ini, jangan biar kelalaian terhadap dunia menutup mata hati kami memandang akhirat yang abadi. 



All about Doraemon

Assalamualaikum blogger ! ^^, masa masa cuti sem ni tak tahu nak buat apa, ni jee lah kerjanya, tidur lambat ! tidur lambat ! dan tidur lambat ! hari hari macam nih, haa, tapi nasib baik bangun awal, hehe, okayy ni post pertama lepas aku buat perubahan sikit dekat blog.



aku nak tanya, korang pernah tengok tak cerita doraemon ? Mesti pernah kan ? haaa, penipu laa kata tak pernah. paling koman pun korang pernah tengok iklan dia dekat tv betul tak ? haaa,

seriuslyy aku cakap, umur aku dah menjangkau 20 tahun nih, aku masih lagi tengok doraemon tuh, hah, tak pernah tinggal ! dalam tablet aku pun ada jugak aku simpan untuk jadi tontonan sendiri bila bosan. haa.  bukan aku sorang yang suka tengok doraemon nih, kakak aku pun minat jugak tengok, *kengkadang je dia suka tengok* sampaikan aku kena marah jugak dengan kakak aku, dah besar besar masih lagi tengok kartun, jangankan doraemon je yang aku tengok, Sinchan pun aku tengok jugak. hehe.

Pernah sekali masa tu aku tengok cerita ni dengan cerita sinchan dekat office. masa tu aku tengah pratikal dan masa tu hari jumaat. kalau hari jumaat kalau tak ada apa apa aku selalunya duduk office je. kakak aku pun tak nak keluar, sebab dia kata cuaca panas. jadi dia tak nak keluar. dah tak ada nak buat apa apa kan ? aku pun apa lagi bukak segala cerita yang ada dalam tablet. masa tengah tengah tengok tu, aku perasan ada seorang hamba Allah ni tengok aku banyak kali. mungkin dia ingat aku tak betul kot sebab asyik tersenyum jee bila tengok cerita tu. mungkin dia tak percaya kot ! hehe

aku dengan kawan kawan aku siap gaduh lagi, antara Teletubbies dengan Doraemon mana lagi somel haaa, of course laaa doraemon lagi somel kannn? hah ! okay ! okay !

korang pernah baca tak tentang doraemon? bila dia di lahirkan ? perkataan doraemon tu berasal dari mana? pernah tak ? haaa, hari ni aku nak kongsikan dengan korang.


Doraemon adalah sebuah manga Jepun popular yang dikarang oleh Fujiko F. Fujio (nama asal Hiroshi Fujimoto) sejak tahun 1970 dan berkisah tentang sebuah robot berbentuk kucing yang datang dari abad ke-22, Doraemon. Dia dihantar ke zaman sekarang untuk menolong Nobita, seorang budak yang pemalas, agar keturunan Nobita dapat menikmati kejayaannya daripada terus menderita dari segi kewangan – yang bakal terjadi di masa depan – yang telah diakibatkan oleh kejahilan Nobita.

Cerita Doraemon julung kalinya muncl pada Januari 1970 dan diterbitkan dalam enam majalah yang berlainan secara serentak. Sejumlah 1,344 cerita asal telah direka selama ini, yang diterbit oleh syarikat Shogakukan di bawah jenama komik Tent?mush (ladybird/kumbang kura-kura) yang menjangkau 45 jilid. Cerita-cerita tersebut dikumpul dan disimpan dalam Perpustakaan Pusat Takaoka di bandar Toyama, Jepun, yang merupakan tempat kelahiran Fujiko.

Setelah lama wujud di dunia komik dan animasi, Doraemon merupakan salah satu watak animasi yang popular bukan sahaja di Jepun dan Malaysia, bahkan juga di negara-negara Asia dan Eropah. Setiap Hari Sabtu akan terpacak di depan TV.



1. Apa maksud nama Doraemon?

- Nama Doraemon sebenarnya dicipta dari dua patah perkataan: Dora dan Emon. Dora adalah seperti kucing jalanan yang liar, manakala Emon pula adalah kata ganti untuk haiwan jantan bagi bahasa Jepun. Jadi maksud nama Doraemon adalah kucing jantan liar! Tapi adakah Dora the explorer bermaksud Si pengembara Kucing jalanan liar?

2. Tarikh Lahir Doraemon?

- Doraemon dilahirkan pada 3 September 2112 iaitu tarikh di mana Doraemon dihasilkan.

3. Doraemon Mempunyai Kod Pengeluaran?

- Ya ! Doraemon memiliki kod pengeluaran iaitu MS-903. Ini adalah nama asli Doraemon sebagai robot dan dengan nama inilah ia dipanggil oleh pemilik kilang robot dimana ia dicipta!

4. Apa Warna Asal Doraemon?

- Warna cat asal Doraemon adalah kuning. setelah mendapat tahu telinga digigit tikus, Doraemon dengan mood sedih ala-ala feeling Ombak Rindu merasa tertekan dan menyelinap ke atas menara dan meminum air ramuan berlabel “kesedihan”. Ketika Doraemon menangis, warna kuningnya luntur dan suaranya berubah disebabkan ramuan itu.

5. Berapa Jumlah Alat Di Dalam Poket Doraemon?

- Terdapat lebih kurang 4500 alat telah dikeluarkan dari poket Doraemon, termasuklah yang paling terkenal iaitu Doko Demo Doa ( Pintu Ke Mana Saja), Tate Kopta (Alat Terbang Buluh) dan Time Machine (Mesin Masa).


6. Doraemon Mempunyai Nombor Ajaib?

- 1293!! Doraemon memiliki berat 129.3 kg (amboi beratnya, obesiti ke hapa nie?), dan tinggi 129.3 cm. Boleh berlari sehingga 129.3km/jam ketika dalam ketakutan disunat dan melompat setinggi 129.3cm ketika diancam bahaya. Lingkar pergelangan tangan berukuran 129.3mm, kaki berdiameter 129.3mm dan dicipta pada 3/9/2112.

7. Di mana butang On/Off Doraemon?

- Pada bahagian ekornya berbentuk bulat berwarna merah.

8. Kenapa Doraemon dan Dorami dikatakan adik beradik?

- Kerana kedua-duanya berasal dari tangki minyak yang sama, tetapi Doraemon dihasilkan dua tahun lebih awal.

9. Doraemon pernah bersekolah?

- Pernah, di sekolah yang namanya Sekolah Robot. Aku teka dia belajar menari ballet kat sekolah ni.

10. Bagaimana Prestasi Doraemon di Sekolah?

- Prestasi yang buruk sehingga tiada sesiapa yang berminat mengambil sebagai teman sehinggalah Sewaishi (cicit Nobita) sangat menyukai Doraemon dan menghantarnya kepada Nobita untuk menjaganya.


#ni adalah video berakhirnya hayat Doraemon. sangat mengharukan. 



*sumber: diolah dari blog : http://ewksem.blogspot.com/

Friday 17 May 2013

Coming Back ! ^^




hooyeahh ! coming back ! hihi, lama sudah tak ber'belog' :P 


agak lama jugak memikirkan apa nak buat dengan belog nih, nak ubah tapi tak tahu dengan cara yang macam mana. akhirnyaa berjaya juga ! :D nak buat header tu masih lagi dalam proses. itu je yang tinggal nak buat. sebenarnya banyak dahh buat header tu, tapi bila tengok balik macam tak memberangsangkan, macam ada yang kurang. so guna yang itu je dulu . :)

Monday 13 May 2013





Apabila kau mendapati,

Ada sepotong ayat yg seperti ditujukan khas untuk dirimu,

Percayalah,

Itu bukan satu kebetulan,

Mungkin sahaja itu adalah jawapan bagi setiap doamu,

Allah akan menjawab segala doamu dalam pelbagai cara,



Maka,

Luaskan pemikiran mu itu,

Terima dgn hati yg terbuka ,

Setiap yg berlaku pasti ada hikmah,

Diri kita ni yg perlu bangun dan percaya pada Allah .

Sunday 12 May 2013


Jika mampu ku sembahkan,
Sebuah cinta bersulam rindu,
Bertakhta iman berseri syarak,
Menjadi mahar cintaku padamu.


Ingin sekali lisan menutur,
Melafaz cinta terbuku di kalbu,
Menyunting dirimu sebagai penyeri,
Pelengkap separuh helahan nafasku.


Ya,
Ingin sahaja ku turuti mereka,
Melamar intan tanpa ikatan,
Memadu kasturi mengkhayal diri.

          Namun,
          Meskipun iman hanya segenggam,
          Dosa terpikul tidak terhitung,
          Dalam perit asakan ku hadang,
          Bimbang mencalar kristal idaman.

Ku buntu…
Dalam senyum tetap membisu,
Dalam tawa hati memendam,
Dalam utusan tidak bersahut,
Dalam dekat terasa renggang…

          Tetap kemas ku genggam janji,
          Tidak dilupa tawakal iringi,
          Hanya Allah sebaik penetap,
          Kerna jodoh tak ke mana,
          Kerna tidak ada hikmahnya…

.

YA ALLAH, LINDUNGILAH PERASAAN INI DARI FITNAH
KU DAMBA KEHIDUPAN YANG SAKINAH BERSAMANYA…

Saturday 11 May 2013

Kawan Baik Tapi Kenapa Kawan Baik Sendiri Yang Menyakitkan Hati?


Sakit.. yang amat!

Backstab!

Itu lah yang dirasakan apabila kita ‘terkena’ dengan rakan karib sendiri, yang maybe telah dianggap sebagai adik- beradik sendiri. Memang sesuatu yang normal bagi seorang manusia untuk berasa sakit hati. Itu fitrah untuk merasakan gembira atau sedih. Apatah lagi kita diciptakan oleh Allah sebagai makhluk yang bersosial yang mustahil untuk lepas dari kekhilafan.

Mungkin, jika hati ini sakit pada mereka yang tidak rapat dengan kita, kita tidak ambik pusing sangat. Who them to us. kan?

Tapi bila “terkena” dengan sahabat yang dianggap baik dengan kita selama ini, it’s feel torn apart inside. Memang sakit. Sakit tanpa luka. Mungkin kita tak dapat tersenyum, even untuk menutup perasaan ini daripada dibaca orang lain, walaupun pada hakikatnya kita tidak mahu orang lain mengetahui kesedihan yang menimpa kita.

kawan baik
Hati ini memang suatu organ yang sensitif, super sensitif, sebab hanya dengan kata-kata pun boleh menyebabkan ia luka. Kalu difikir-fikirkan balik, memang haruslah Islam melarang anak berkata walaupun “Uh!” kepada ibu kita, sebab dia pernah jadi kawan baik kita selama 9 bulan. Makan, kerja dan tidur bersama. Mungkin benda itu nampak simple bagi kita, tapi bagi mereka yang benar-benar sayang kepada kita, perkataan itu sangat menyakitkan. Begitu la juga bagi sahabat baik.

Mungkin selama ini kita pernah terasa dan sakit hati, tetapi masih mampu cover disebalik senyuman. Tapi sampai pada satu tahap, kita tidak dapat menerima perbuatan atau perkataan dia. Kutuk mengutuk itu perkara biasa la. Tapi perkara yang lebih serius daripada itu, maybe rase nak terajang atau cincang2 aje. Sabar, sabar dan sabar..

Tak perlu la kita membenci dia, tak perlu balas dendam.  Anggap sahaja ini suatu ujian.

Apa pun perkataan dia kepada kita, walaupun sangat mengguris hati, tentu itu terjadi dengan izin Allah. Anggap sahaja ini episod atau ujian yang harus kita lalui untuk menguji keimanan kita.

Pesan dan Nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya: “Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang.

Memaafkan.

Dia pernah menjadi sahabat baik kita, pasti terselit kebaikan yang pernah dilakukan kepada kata. Oleh itu maafkanlah dengan ikhlas dan dada yang lapang. Ya, dengan ikhlas.

Kenapa?

Kerana orang yang ikhlas selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya. Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinyanya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah. Hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan. 

memang sukar membiarkan cinta membimbing kita bila hati kita disakiti. Tetapi, biarpun luka hati itu kecil atau besar kita tidak akan boleh benar-benar bahagia sebelum memberi maaf dengan keikhlasan. Nescaya kita akan bahagia 


Pesan Hati Pada Diri Sendiri


Wahai mata, janganlah menangis tersedu sedan meratapi setiap keperitan yang menjalar memakan perasaan.  Kerana kau harus percaya bahawa setiap  dugaan yang sedang kau rasa adalah takdir dari yang maha Esa.  Tiada duka yang akan abadi selamanya. Dan Allah maha perkasa menentukan segalaNya.  Redhalah dengan suratan yang telah di gariskan.  Maha Adil Allah akan menjadikan segalanya sempurna.

Lekak lekuk di kehidupan sementara ini adalah lubang-lubang yang perlu ditampung dengan kekuatan dan iman yang kukuh, barulah perjalananmu bisa menjadi sekuat aloi yang  tidak akan runtuh.

Wahai mulut, kau diciptaNya begitu unik dan tiada sesiapa yang bisa menggantikan fungsinya walaupun sebuah robot ciptaan manusia yang berharga sejuta. Melaluinya, Allah menghadiahkan pula suara.  Dan aku mengharapkan suara yang akan dikeluarkan bukan segala jenis umpatan dan cacian terhadap kejadian yang terlihat di penglihatan. Jadikanlah mulut itu sebagai saksi suara melafazkan ayat-ayat Allah dan memberikan nasihat dan kebaikan.

Wahai telinga, dengarkan segala nasihat-nasihat yang bernilai yang akan memimpinmu menjalani kehidupan ini dengan sempurna.  Tutuplah telinga mu dari mendengan suara-suara sumbang yang cuba membengkokkan jalan yang lurus, yang cuba melalaikan dan menidurkan mindamu dari berfikir perkara kebaikan.

Wahai jasad yang akan hancur lumat dimamah tanah, kau adalah amanah dari Allah. Siapa kita untuk menjadi perosak diri? Tega sungguh wahai manusia jika kehidupan sementara yang dilalui diisi dengan melakukan maksiat yang hanya akan memakan diri.

Bukankah diri adalah amanah dari Allah untuk kita jaga dan lindungi dari azab api neraka? Allah hadiahkan kita penglihatan, pendengaran, suara, sentuhan dan segala kemudahan. Dia tidak meminta bayaran di setiap sedutan udara yang kita gunakan.  Apakah hendak bersyukur dengan menyebut sepatah “Alhamdulillah “ pun terasa berat untuk di ucapkan?

Masa muda, hanya merasakan apa itu perasaan, tetapi tidak pernah tahu apa erti perasaan itu. Boleh jadi ini hanya feeling simpati, tafsiran sahaja. Kita berasa ingin memuji dan kagum dengan peribadi dia, dengan cantiknya dia dan dengan apa yang dia miliki sekarang.

Friday 10 May 2013

Latihan Industri part 2 *Sahabat*

okayyy, aku tak tahu macam mana nak intro, haha, apa yang aku tahu aku nak buat post pasal nih, HAHAHA :P

okayyy, 'SAHABAT' apa yang aku boleh ulas tentang sahabat ni adalah, sahabat ada orang yang rapat dengan kita, orang yang tahu susah senang kita, orang yang boleh bantu kita selain mak ayah kita, dan lain lain lagi, 

apa yang aku nak cakap dekat sini, aku respect sangat sangat dengan friendship dorang *tempat aku praktikal* even dekat poli pun aku tak nampak friendship yang macam tuhh, keakraban mereka sangat kuat. dorang bukan yang suka amik kesempatan atas sahabat dorang sendiri, tapi dorang dah anggap satu sama lain macam adik beradik. dekat poli aku tak nampak pun macam nih, *lelaki dengan lelaki* aku bukan nak cakap yang dekat poli tu berkawan cuma nak ambil kesempatan atas kawan dia, TAK . tapi , hmmm, entah laaa, rasanya tak terluah apa yang ada dalam hati nihh, tak mampu nak diungkapkan dekat sini. 

aku sedih sangat sangat bila teringatkan friendship yang berlaku dekat poli sekarang ni, tak sangka boleh jadi macam tuu,  aku rasa nak lari daripada situ pun ada jugak, *berenti study* seriuslyyy, tertekan habis. aku pernah down pasal hal ni, aku tak boleh nak study dengan keadaan sekeliling aku yang macam tuhh, keadaan yang selfish punya sikap, keadaan hipokrit nyaa, serius tak boleh ! 
nak tahu takk, pernah satu ketika dulu, aku dah nak mintak surat berenti, dah sampai office jumpa dengan HEP, haa, bila fikirkan mak dengan abah yang mengharapkan aku, so aku lupakan seketika pasal tu, 

# apa pun, aku nak ucapkan ribuan terima kasih sebab korang terima aku sebagai kawan korang walaupun aku tak kenal korang sekejap. tapi aku tahu korang ikhlas berkawan. aku harap sangat satu masa nanti aku dapat kawan lelaki macam korang. aku doakan hubungan persahabatan korang kekekalan sampai kesyurga, Ameen :')