Monday 11 February 2013

Aku terkenang dosa lalu Ya Allah

Terkenang dosa-dosa lalu...
Dosa-dosa yang menimbun, menggunung tinggi...
Timbunan dosa yang cukup untuk membuatkan aku terhumban ke neraka...
Aku takut Ya Allah...
Ampunkan aku Ya Allah...
Ampunkan aku Ya Allah...

Ya Allah, aku mohon pada Mu Ya Allah....
Janganlah Engkau buka aib ku di akhirat nanti...
Janganlah Engkau tayangkan semua dosa-dosa ku di akhirat nanti... 
Aku malu Ya Allah...
Aku benar-benar mahu bersihkan diri dari segala dosa silamku Ya Allah...

Teringat dosa-dosaku yang lalu...
Solat aku entah kemana, selalu terlajak...
SeruanMu aku buat tak endah saja...

Mulut pemberianMu ini,tidak aku gunakan dengan betul Ya Allah...
Aku mengumpat, mencaci, mengejek, mengutuk...
Aku tidak menyebarkan syiarMu dengan mulut ini Ya Allah...




Ilmu aku telah dipersiakan Ya Allah...
Aku sekadar belajar belajar, tapi tidak beramal...
Aku hanya bercakap, tapi tak buat Ya Allah...
Aku tidak berdakwah dengan ilmu yang ada Ya Allah...
Besarnya dosaku ini...

Nafsu aku kubiarkan menguasai diri ini...
Aku telah melampaui batas Ya Allah... 
Aku tidak berusaha untuk melawannya dengan bersungguh-sungguh Ya Allah...
Aku terlalu mengikut nafsu Ya Allah...aku lemah Ya Allah...lemah...

Al-Quran, kalam Mu yang agung...
Aku tidak beramal dengannya....
Aku tidak memahami dan menghayati maksudnya...
Aku telah mengabaikan suruhan dan laranganMu yang ada di dalamnya...
Berdosanya aku Ya Allah...

Banyak lagi dosa-dosaku Ya Allah...
Aku mengaku aku bersalah...
Aku mengaku aku salah memilih jalan Ya Allah...
Ampunkanlah aku Ya Allah...

Sunday 10 February 2013

Aku Cemburu Ya Allah


Di hening pagi,
Ketika sang suria masih lagi samar-samar memancarkan sinarnya,
Ketika dedaunan masih basah disirami embun,
Ketika seluruh alam masih lagi sunyi,
Diriku hanya bertemankan sepi.

Aku melihat alam ciptaan Allah,
Langit yang membiru dan terbentang luas,
Pokok-pokok hijau yang tidak henti berzikir kepada Allah,
Kerdil aku rasakan ketika berada di hadapanMu, ya Allah,
Aku tertunduk,
Tubir mata mula digenangi air jernih,
Aku hanyut dibawa bayangan minda.

Peristiwa-peristiwa semalam,
Seringkali menerjah minda,
Biarpun cuba dipadam dan dilupa,
Namun parut tidak akan pergi begitu sahaja,
Pengalaman hidup jauh dari jalan redha-Nya,
Membuatkanku benar-benar derita,
Tidak mahu aku kembali melalui jalan yang sama.

Ya Allah, aku cemburu!
Aku cemburu kepada mereka,
Mereka yang mempunyai hati yang dipenuhi dengan cinta,
Cinta kepada siapa?
Cinta kepada-Mu wahai Tuhan yang menciptakanku,
Jiwa mereka dihiasi dengan semangat jihad,
Hati mereka diterangi dengan nur cinta yang abadi,
Iman memenuhi kamar sanubari,
Jalan perjuangan sedia mereka tempuhi,
Walaupun mmpunyai ranjau yang melukai.



Segala dugaan yang mendatang,
Dengan tabah mereka lalui,
Setiap tohmahan dan cacian,
Tidak pula mereka peduli,
Kerana hati mereka begitu asyik,
Terleka dan tenggelam oleh manisnya cinta.

Sedang aku di sini,
Dalam kesamaran masih tercari-cari,
Ke manakah hala tuju diri,
Setiap kelemahan berdikit-dikit ku cuba baiki,
Membersihkan kembali segumpal darah yang bernama hati,
Iman yang baru mula untuk berbuah,
Aku rasa begitu payah untuk dipertahankan.

Betapa hebatnya peperangan,
Yang terjadi antara iman dan nafsu,
Terkadang aku berasa ingin berhenti,
Berhenti daripada meneruskan langkah ini,
Tetapi aku tahu,
Bukan mudah untuk menggapai cinta hakiki,
Pengorbanan dan kesakitan harus aku lalui,
Demi sebuah pengakhiran yang bahagia,
Iaitu sebuah tempat di syurga yang ku damba.

Hembusan bayu menyedarkanku kembali,
Ya Allahu Ya Rabbi,
CintaMu menjadi dambaanku,
Dalam keheningan pagi ini,
Aku menadahkan tangan,
Bemohon dan merayu kepada-Mu,
Ampunkan segala dosa-dosaku,
Walaupun amat berat dugaan yang Engkau berikan,
Demi setitis cinta aku relakan,
Ya Allah berikanku kekuatan,
Amin ya Rabbal 'Alamin...





Pesanan Buat Teman

Kiranya tempias membasahi jendelamu,
Itulah tandanya air mataku mengingatimu,

Kiranya kau tersedar ada darah di jemarimu,
Itulah tandanya ada sesuatu yang terjadi kepadaku,

Andainya, engkau tersentak dari lamunan panjangmu,
Itulah tandanya aku sedang merinduimu, 

dan

Andainya engkau terbangun dari tidurmu tika ayat-ayat al-Quran mendayu di Subuh sunyi,
Itulah tandanya, aku pergi dulu sebelummu....

mungkin sahaja aku tidak berkesempatan lagi untuk mengungkap kata maaf buatmu, dan cuma di kesempatan ini yang ada...


namun...
jika matamu masih berat untuk memandangku, ringankanlah kakimu itu untuk melangkah pergi dariku, 
jika bibirmu terpaksa mengukir senyuman buatku, relakanlah wajahmu itu berpaling segera dariku,
jika sukar untuk engkau melupakan semua salahku terhadapmu, senangkanlah lidahmu itu untuk menghinaku.


Pesanku sahabat,
"Sahabat, jagalah nama baikku. Sesungguhnya jika aku sudah tiada daya lagi untuk menjaga nama baikku nanti, aku hanya berharap budimu sahabat."
"Jagalah tingkah laku sopanmu, jagalah solatmu, jagalah ibadatmu, jagalah auratmu sesungguhnya."

Ingatlah kata-kataku ini: "Sesungguhnya, aku mencintai sahabat sepertimu sepertimana aku mencintai nyawaku, dan aku akan selalu menyayangi persahabatan ini tidak kira aku masih bernafas ataupun tidak bernyawa lagi. Andai itu terjadi, maafkanlah aku atas dosa dosaku padamu selama ini."
"Himpunkanlah senda tawa kita, andainya engkau kerinduan, itulah jadi penawarnya. Dan kupohon, ingatlah aku dihatimu selagi terasa ia bererti buatmu."

"Semoga Allah S.W.T menjagamu di sepanjang persahabtan kita, di sepanjang perjalananmu tika aku telah tiada nanti. Sungguh, aku menyayangimu Sahabat."



Peritnya Menahan Cinta


“Kekadang diri ini diajak kawan untuk berbicara mengenai cinta,

Bukan cinta pada-Nya tapi cinta manusia,
Inilah Adam yang perasan tak kena masa,
Tidak sedar antara sifat Hawa,
Tak kira yang ber‘title’ muslimah atau biasa,

Kadangkala terlajak juga dari garisan agama,

Pandang dan melayan kita,
Berkongsi mesej agama,
Ya selamat tidak pernah berjumpa,
Itu hanya di pandangan mata,
Tapi hakikatnya berkhalwat dalam alam maya,
Inilah perangkap halus syaitan durjana,

Bukan ingin berkata apa,

Cuma,
Terkadang rasa sia-sia,
Daripada berbicara mengenai cinta,
Teringat banyak perkara dalam kependekan masa,
Besar kecil dosa,
Dosa kini dan lama,
Yang belum pasti mendapat keampunan-Nya,
Bertambahnya pergolakan ummah,
Bencana alam yang merata-rata,
Tanda memendeknya usia dunia,
Yang menuntut perhatian kita,
Supaya banyakkan istighfar dan bersihkan fikrah,
Anggaplah soal cinta seperti garam gula,
Jangan terlebih atau terkurang dalam merencah,
Mata, telinga dan hati sebagai deria yang menjaga,
Menjaga fitrah daripada fitnah,
Agar hidup menjadi mulia,
Menjadilah seperti insan pilihan-Nya,

Bak Imam Nawawi yang syahid mengejar ilmu sehingga tidak sempat bernikah,

Dan al-Banna yang sibuk bekerja dalam dakwah,
Susah sedikit banyak bahagia,
Inilah ujian sebagai pemuda,
Inilah peritnya menahan rasa cinta.”

“…Adapun orang beriman sangat CINTA kepada Allah…” (Surah Al-Baqarah 2:165)

Pesanan Buat Kekasih Halalku


Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
PESANAN BUAT KEKASIH HALALKU

Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..




Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…

INSYA ALLAH