Saturday 6 October 2012

:(


Rabu, 3 oktober 2012 hari dan tarikh yang tidak boleh dilupakan. Perginya seorang insan yang amat di sayangi. Walaupun dia bukan manusia yang sempurna tapi dia masih boleh membuat orang sekeliling dengannya tersenyum melihat gelagat dia. Tapi sejak dia jatuh sakit yang teruk semua gelak tawanya jadi sepi. dia hanya banyak mendiamkan diri. dia asyik ajak berjalan. jumaat lepas masa arwah sakit, dia sempai lagi ikut kteorang berjalan. tapi masa tu keadaan dia pun dah tak seberapa sihat sangat. di sebabkan semangat arwah kuat dia tetap jugak ikut. Tapi bila ingatkan baliik keadaan arwah masa datang hospital hari tuu.. ya Allah ! sedihnya tengokkk. kenapa dia boleh jadi sampai macam tu sekali. salah doctor atau salah kami semua ? Bermula dengan keadaan tubuh badan yang membengkak dan kenaikkan berat badan yang mendadak. mak bawa ke klinik minggu lepas atau sebelum-sebelum ni. doktor TIDAK mengesan keadaan jantung yang sebenar.jantungnya dilaporkan dalam keadaan baik.pada ptg 30/10 arwah demam. hingga keesokkannya, mak sentiasa jaga aturan ubat demam dan kencing manis. demam kadangkala kebah. ada kala panas.Jadi pada 2/10 pagi mak dan kakak bawa ke klinik.arwah rebah ketika sampai di hadapan pintu kecemasan KKTU.

Doktor buat pemeriksaan paras gula dalam badan dalam bacaan 2.7 sahaja. dikejarkan ke Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Sultanah Aminah pada pagi itu. 2jam pemeriksaaan dilakukan. Dalam jam 10.20 pagi warisnya dipanggil masuk. Cuma seorang. mak masuk dan kakak tunggu dekat luar.lama..10.50 mak keluar dan bgtahu sebabnya pada kakak. mak dan kakak diarahkan tunggu di zon kritikal.. selagi tidak melihat sendiri keadaan arwah yang sebenar.. kakak dan mak dipanggil lagi oleh pakar dan diceritakan keadaan sebenar.. Jantungnya bengkak..paru parunya berair dengan teruk dan mak seperti disalahkan kenapa baru sekarang dibawa ke hospital apabila keadaan jantung sudah begitu teruk.. mak terpinga-pinga. kami TIDAK pernah diberitahu keadaan sebenar jantung arwah dalam setiap pertemuan. Jun lalu semasa proses melaser mata arwah pemeriksaan jantung arwah dalam keadaan baik.. minggu lepas pun doktor kata ok. So?? Korang pun boleh menilai sendiri kan. Memang amat amat memeranjatkan kami..pakar memberitahu yang mesin bantuan penafasan tidak dapat membantu arwah bernafas dalam keadaan baik.. Jadi perlu dimasukkan tiub ke dalam mulut kerana keadaan jantung yang sangat tenat. namun risiko SANGAT tinggi dan kami perlu bersedia untuk apa apa kemungkinan. sebelum die di KOMA kan.. Kami berpeluang berjumpa sebentar. kakak sempat cium dahinya sebelum di komakan dan memberi kata-kata semangat. arwah mengangguk..

Pakar memaklumkan kepada kami yang arwah akan ditempatkan di ICU. jika ada kekosongan. Namun sehingga jam 4 petang tiada kekosongan tempat. hanya dimasukkan ke wad biasa tetapi dilengkapi dengan peralatan ICU. Sebelum dipindahkan. Kami dibenarkan melihat. Kakak panggil namanya. Arwah toleh dan buka mata. bila ditanya sakit tak?? Harus la jawapannya TIDAK. Keadaan ketika itu memang berselirat dengan wayar. Saya tahu semangat arwah kuat..dipindahkan ke wad biasa..kesian..peralatan tidak secanggih ICU..sekali lagi pakar mengingatkan kami tentang situasi arwah..kami faham dan bersedia..tapi kami sedikit lega kerana keadaan kembali stabil.. malam tu abah,mak, kakak dan kakak saudara menunggu..jam 1 pagi abah balik..kakak masuk melihat keadaan arwah..tekanan darah mula turun..nurse diarahkan untuk buat pemantauan setiap 1 jam. Nadi arwah makin lama makin lemah dan jantung pula semakin tenat. alat pernafasan dan ubat yang diberikan juga tidak dapat membantu dengan baik. jam 5.30 pagi mak telefon dan tanya perkembangan arwah mak beritahu tiada sebarang perubahan. tepat jam 8.50 pagi arwah menghembuskan nafas buat kali yang terakhir. tak sempat nak tengok arwah buat kali yang terakhir. *tergamam* tak tahu nak cakap apa. tak sangka dia boleh pergi dengan begitu cepat. macam macam kenangan yang tersimpan. sebulan sahaja lagi hari lahir arwah. apa yang mampu lakukan sekarang hanyalah redha dengan ketentuan ilahi. jika itu yang terbaik untuk arwah biarlah dia pergi dengan baik dari dia yang tersiksa menanggung sakit. hati memang sebak bila ingatkan keadaan arwah masa tu. tenanglah sayanggggg. syurga tempatmu. moga rohmu tenang disana dan ditempatkan dengan orang orang yang beriman. Doa kami sentiasa mengiringimu. Al-fatihah. Mohd Izat bin Mohd Rudzita. 5Nov 1987 - 3 Okt 2012.