Tuesday 30 April 2013

Latihan Industri part 1 *Dugaan*

Lima bulan hampir berlalu, macam macam cabaran, dugaan, kenangan pahit dan manis dilalui. Alhamdulillah, dapat hadapi dengan tenang dan sabar. Dugaan Allah, semua akan dapat, Allah sayang kita sebab tu laa Allah beri kita dugaan dan ujian.

Hanya tinggal beberapa hari je lagi, aku dah nak habis latihan industri. Report baru 20% siap, lagi 80% mana nak cari? siapa nak buatkan untuk kau nurul, hah ! ada orang turun dari langit nak buatkan untuk kau ?! *abaikan pasal report sebentar*

Seriuslyy, dunia praktikal ni sebenarnya best, memang best, tapi dalam korang mengecap bahagia, pasti ada masalah masalahnya juga, pasti ada dugaannya jugak. tak semuanya indah. *mengecap bahagia eh, bagus ayat kau nih*

okayyy, now ! aku nak cerita sikit pasal dunia praktikal aku yang berbagai dugaan nih, sangat menduga jiwa dan perasaan sebenarnyaa, macam macam hal. dalam masa 2 bulan aku kena tukar tiga unit. haaa, best tak best ? first unit, PPSM, kalau tak silap aku unit ni lebih kurang unit akademik laa, berkaitan dengan student, hal hal student laaa, okayyy, kerja aku dekat sini sepatutnyaa kena buat sistem failing. 'SISTEM' failing okehh. masa mula mula dengar macam senang, 'MACAM' tapi bila aku kaji balik, cari segala maklumat, sebenarnyaaaa S U S A H ! macam macam benda aku cari, tapi tak berjaya pun, last last aku dah naik give up, aku tolong dorang yang dekat bilik failing tu buat fail. haaa, buat failing tu memang senang, tapi nak mengisi satu persatu maklumat tuu, pehhhh, memang indah dunia untuk sebulan aku cakap. dah hampir 2 minggu lebih aku duduk situ, mereka yang sangat prihatin menukarkan aku ke unit yang sepatutnyaa. orang network kena buat sistem, pehh, memang menganga laa akuu

tapi
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
dalam masa pertukaran unit tuu, aku ditukarkan ke unit yang lain buat seketika, haaa, ituu memang menduka cita kan hati sendiri. haha. mana taknyaa, aku masih lagi tak dapat masuk unit yang sepatutnya. ferust tahuu ! aha, dah la buat kerja apa jee, kadang kadang sampai tak ada kerja, haaa, naik bosan pulak akuu, kerja cuma key-in data, pehh, kalau kau suruh budak sekolah pun dorang boleh buat okeh,

hampir 2 minggu lebih jugak laa aku duduk situ, then, aku ditukarkan unit. hoyeahhhh ! sangat mengembirakan. *konon je* bila dapat masuk sini ingatkan dapat la kerja yang sepatutnyaa, hmm, hampeh, kerja tuuhh ada, tapi bukan bagi pada aku, bagi pada orang lain. habis aku nih apa? patung bernyawa duduk sini. haih, then, bila aku baut report banyak pulak membisingnyaa, rasa nak tampar je muka dia tuu, nak tanggalkan gigi dia pun ada ! aku tengah sedap buat report boleh pulak dia cakap

 'kau buat report apa nurul, kau bukannya ada kerja pun'

kalau korang sendiri yang kena macam ni apa korang rasa ? haaaaa, rasa macam nak pancung pancung jee kan orangg tuhh, haaa, macam tu jugak laaa akuu, masa tuh memang panas hati sangat sangat. memang dah kena sumpah seranah ahh dengan akuuu. terasa biadap laa jugak aku buat macam tu kan, tapi kalau dia tahu jaga hati orangg, aku tak buat macam tuuu. fikir laa orang lain jugak. orang lain pun ada perasaan jugak, kalau orang buat kau mesti kau marah kan? haaa, 

jadi aku nasihat pada mereka yang akan jalani latihan industri tuh, korang kena kuatkan mental dan fizikal, tahan telinga korang dengan apa yang orang cakap. jangan sampai korang bertindak kurang sopan pada mereka. ingat ! kita ni cuma student praktikal je, jangan sampai dorang dah tak percayakan kita lagi. and jangan sampai kita di label orang kurang ajar. itu jee. korang kena sabar banyak banyak.

Friday 26 April 2013

Bersabarlah Wahai Hati

mungkin hari ni kita menangis

kita merasa sakit

kita kenal erti tikaman dari belakang

tapi...

bersabarlah wahai hati

bertahanlah wahai airmata

kerana tangisan kelukaan hari ini mungkin akan membawa kepada tangisan kebahagiaan suatu hati kelak

janganlah bersedih wahai hati

sungguhpun kau dikhianati

anggaplah ia sebagai suatu pedoman dan pengajaran untuk kau menempuhi hidup ini dengan lebih matang kelak

bersabarlah wahai hati,
 jangan kau merungut untuk kesakitan sekarang, 
kerana kesakitan tersebut akan menjadikan kau lebih kuat untuk menempuhi cabang liku kehidupan

bersabarlah wahai hati

jika kau diuji, 
jadikan ia sebagai dugaan, 
kerana Allah itu maha Adil,
dia tak akan berikan kau ujian,
 jika kau tidak mampu menghadapinya

pasrah dah redha dengan apa yang berlaku, kerana dirimu kuat dari apa yang kau rasakan.

hadapinya

kerana Allah sedang mengujimu

yakinlah bahawa kau mampu hadapinya dengan senyuman






Thursday 25 April 2013

Merawat hati yang luka

pelbagai perkara berlaku dalam kehidupan seharian kita. Ada ketikanya, hati kita terluka kerana disakiti oleh orang lain atau suasana.

Beberapa cara boleh kita amalkan untuk mengubati hati yang terluka. keberkesanannya bergantung kepada diri kita sendiri, namun berikut adalah cara yang dikongsikan oleh pakar.

1. Latih minda melupakan kenangan pahit
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku sahaja anda sring merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam, betul tak ? kita kena cut connection feeling kita dengan kenangan silam.

Mulai hari ni kita kena tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin, kasi kosong habis ! bulatkan azam untuk fokus kepada masa depan, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, ilmu, dan rakan rakan. Kita tak kan dapat melupakan segala memori pahit sekaligus, tetapi melakukan secara step-by-step dengan mengalihkan perhatian kita kepada perkara lain. proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang sifat risau.
ada dua kesan dari sifat risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, iaitu masalah dan musibah - tanpa dipinta.

kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan kita dari segi fizikal dan mental.

Risau membuat kita selalu bersedih dan kecewa. untuk buang sikap risau, Belajar Bertenang dan Latih diri kita untuk kawal emosi.

3. Belajar rajin bersyukur
ucap syukur atas kesemua yang kita ada. Apa sahaja ! misalnya ucap syukur kerana kita masih ada lima deria yang lengkap, kita boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun dari tidur, kita ada kawan rapat yang memahami kita, dan kita mempunyai handphone kesayangan *kenapa tiba tiba handphone pulak nih, haha* Ucap syukur seikhlas hati sebanyak yang mungkin sehingga meresap jauh ke dalam diri. buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar menjadi pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi emosi negatif. Seterusnya, meneturalkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda. ketahuilah kita selalu rasa sedih dan kecewa kerana kita tidak memaafkan kesalahan diri kita di masa lalu ataupun kita tidak memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita suatu ketika dahulu. Belajar menjadi pemaaf dan menghapuskan semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri kita.

5. Ketawa dan terus ketawa

ketawa bukan dibuat buat, tapi biar ketawa yang benar benar mengembirakan kita serta menjadikan kita girang. tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri kita dengan rakan rakan yang lucu serta cari "Funny Side" dalam setiap situasi, agar kita boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat mengilangkan rasa sedih. buat apa layan kecewa sedangkan kita boleh ketawa.

6. Ubah fikiran.

kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. tapi kita tak boleh merubah fikiran kita tentang situasi situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan.

Walaupun perkara tidak berpihak kepada kita, cari cara bagaimana kita boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik baik sahaja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki kita murah dan segala yang baik datang sendiri daripada kita. kita menjadi apa yang selalu kita fikirkan, buat apa fikir yang buruk sedangkan kita boleh tarik semua yang baik baik?

Fikir yang buruk, Kita dapat yang buruk. Ini hukum alam dinamakan hukum Sebab dan Akibat.

7. Hati Mesti 'Keras'
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya.

Cuba ingat balik kejahatan kecil yang yang lakukan pada orang lain, mungkin ada walau kita tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya.

lafazkan dengan nada yang berbisik 


Wednesday 24 April 2013

kawan makan kawan ?




okayy, sebenarnyaa aku amik tajuk entri ni dekat blog kawan aku, dia yang buat entri nih, aku cuma nak ulas sikit jee. *konon sikit, kejap lagi berjela kang, tengok ahh* :P

Sememangnya, kehidupan dunia sekarang ni, macam macam orang kita boleh jumpa, ada yang buat mak ayah sendiri pun ada, ini kan pulak kawan kawan, haa. adat laa tuuu, itu semua permainan dunia. depan kita cukup punya baik, pijak semut pun tak mati, tapi belakang kita ? haa, Allah je yang tahu.

dalam dunia ni, kita kena sentiasa berhati-hati. tak semua yang rambut nya sama hitam dengan kita, yang handbag nya sama brand dengan kita, yang badan nya sama besar dengan kita, punya hati sama kita. faham..? senang cakap, tak semua kawan tu boleh jadi sahabat kita..rasa nya ada dalam salah satu entry pasal kawan dan sahabat..

contoh nya, kau nie memang jenis peramah, baik hati, mudah mesra, open-minded. punya kawan yang sentiasa ada siang malam dengan kau, makan sama, study sama, shopping sama sama. disebabkan kau nie mudah mesra, mudah percaya orang, habis semua kisah hidup, masalah kau cerita ke dia, dengan satu pegangan bahawa dia kawan kau yang boleh dengar semua masalah kau. termasuk lah cerita pasal crush kau. kau syok gila dengan lelaki/perempuan nie, dah berapa lama kau stalk dia, semua kawan kau nie tau..kira macam persahabatan korang nie dah confirm ke syurga laa..

tapi.............

sebenarnya korang tak sedar rupanya selama ni dia cuba cari kelemahan kau. bila dia dah kumpul semua details pasal diri kau dia pun mula lah canang cerita bukan. yang betul jadi salah. yang baik jadi jahat. yang cantik jadi buruk. silap silap crush korang tu jadi pakwe/makwe dia. dan pada masa tu baru kau sedar yang persahabatan yang konon nya sampai syurga tue terbakar tiba tiba. sakit dia aku rasa lebih sakit dari putus cinta. aku rasa lah. haha..

Aku pernah rasa kawan dimakan kawan nih. dan aku tahu betapa sakitnya  rasa mengalahkan durian terjatuh atas kaki, atau tersalah potong kuku, dan mungkin juga lagi sakit dari sakit gigi. Sebab benda yang melibatkan soal hati dan perasaan ni lagi sakit dari pelbagai benda yang berbentuk fizikal. Yeah. Dan aku nak bagi korang satu tips penting bila masuk bab berkawan !

” Jangan percaya 100% kawan selagi korang tak pernah lepak atau jumpa sama sama “

Kenapa ?

Sebab zaman sekarang ni, kebanyakan manusia langsung tak boleh dipercayai. Ada faham ? Dan aku pecahkan bab ini kepada dua bahagian. First kawan berlainan jantina, dan kedua kawan sesama jantina. Okeh okeh okeh. So, kita pergi pada kawan yang sama jantina. Means, lelaki dengan lelaki ataupun perempuan dengan perempuan. Aku nak korang faham konsep asas dulu. Dan baru kita pergi kepada bab yang seterusnya. Okeh ?

Dalam diri manusia, ada perasaan baik dan jahat. Dan korang jangan harap sebagai manusia, semuanya akan baik senantiasa. NOPE. Kadang kadang, ada satu masa, manusia tu akan tergelincir dan tersilap dalam membuat perkara. Sungguh ! Dan aku nak bagitahu, dua benda penting kalau lelaki dan lelaki berkawan. Yang mana benda ni bakal menghancurkan hubungan persahabatan korang.
1. Dengki.

Kenapa dengki ? Sebab tamak dan cemburu. Wait, ni bukan kes gay atau apa. Meh aku terangkan. Manusia tak pernah puas. Kadang kadang, bila dia tengok orang lain lebih sikit dari dia, dia akan cari jalan untuk jatuhkan orang tersebut. Tak kira macam mana pun cara dia nak guna, asalkan dia dapat jatuhkan orang tersebut, maka dia akan buat. Benda biasa dalam dunia. So tak perlu terkejut, dan kalau kau tak jumpa orang macam ni zaman sekolah, mungkin kau akan jumpa zaman matrik, tak zaman matrik, zama universiti, dan kalau tak zaman universiti, zaman kerja nanti. Pasti.

 atau

kau lebih dari dia dan dia nak jadi macam kau. so dia akan cuba apa cara sekali pun untuk jatuhkan kau ke bawah supaya dia boleh ambik tempat kau atau lebih tinggi dari kedudukan kau. misalnya kau jenis pandai bergaya. baju sentiasa cantik walaupun bundle. si dia nie dengki. maka dia akan fitnah atau reka cerita yang kau nie kikis duit suami/pakwe. dalam masa yang sama dia akan reka cerita yang baik baik pasal diri dia.

2. Persaingan. 

ini pun simple. kau ada target dalam satu satu hal. then kau tak tau sebenarnya dia pun ada target yang sama. so secara halus dia cuba rapat kan diri dengan kau. sampai satu masa dia akan jatuhkan kau. contoh, kau nak kan satu jawatan dalam organisasi. segala usaha kau cerita ke dia. dia pun dengan muka manis cuba bagi semangat. tapi sebenarnya di belakang kau dia ada agenda lain untuk buat kau tak dapat jawatan tue dan dia yang akan dapat...sama la dengan crush. kau susah payah nak dapat kan orang tue, tiba tiba sang kawan yang dapat. kenapa..? pikir lah sendiri.

atau


Untuk persaingan pula bila mana kau dah berjaya dapat satu jawatan atau dapat satu kejayaan yang mana orang lain tak dapat. Akan mula perasaan cemburu dan dari perasaan ini, akan mula satu benda yang tak berapa nak menarik, saling jatuh menjatuhkan. Dan realitinya, aku nak korang tengok dalam dunia perniagaan. Cuba tengok, kalau kedai Pak Abu baru nak start berniaga kedai runcit sebelah kedai Pak Ali, maka pak Ali akan berasa kurang selesa pada hari pertama, Pada mingggu pertama, pak Ali rasa tak boleh biarkan kedia pak Abu macam itu, dan bulan pertama bila tengok kedai pak Abu semakin ramai pelanggan, maka pak Ali mengambil keputusan untuk jumpa tok moh untuk lesapkan kedai pak Abu.

( benda biasa dalam drama, walla ! )

” Bro, apa kau merepek ni, tak faham. Terang lagi “

Choyy, okeh, bagi memudahkan pemahaman korang, aku nak korang tengok cerita ni. More jelas. More memahami. Cerita apa ?

Kepong gangster ! Ni kalau bebudak baru nak up tengok, aku rasa, depa akan bantai mana mana orang yang diorang tak puas hati. Sebab depa allergic dengar perkataan gangster. Madah nak pukul bantai orang. Lawan pemadam kalah, gaduh. Lawan teng teng kalah, gaduh. Lawan kereta tamiya kalah, gaduh. Biasalah. Bebudak baru nak up.
Forget it, balik pada filem. Ni bukan aku nak promote atau apa, aku suka jalan cerita ni, dan untuk pengetahuan korang, cerita ni adalah tentang gangster cina. Yang mana dari sebuah persahabatan, hancur disebabkan inginkan kuasa dan pangkat. Malah dengki antara satu sama lain. Seriyes best ! Dan aku pasti kalau korang tengok cerita ni, korang akan faham apa itu istilah kawan makan kawan.

Settle !

Kita gi on pada istilah kawan berlainan jantina.

Aku tak tahu nak mulakan dari mana sebenarnya. *Kejap, aku fikir. Em.. Emm.. Emm..*
Got it ! Aku cakap benda yang klise dulu yang mana semua orang pernah dengar. Biasa kawan makan kawan untuk ambil kesempatan. Contoh si A kenal si B dekat facebook, dan depa tak pernah jumpe. Si A lelaki dan si B perempuan. Setelah beberapa bulan kenal, Si A minta pertolongon dari si B berbentuk duit, atas dasar kawan si B bagi duit. Setelah dapat si A yang pada asalnya memang memerlukan duit telah berasa seronok dan mula berniat jahat. Dan sejak itu, si mula mendapatkan idea jahat. Apa dia ?

” Buat si B jatuh cinta dekat dia ! “

Benda ni paling teruk dan sangat sangat bahaya ! Ada seorang kawan perempuan aku pernah alami benda macam ini. Yup. Dia berkenalan dengan satu lelaki yang mana pada awalnya dia berkenalan sebab nak tambah kawan. Lama lama, si lelaki ni mula ambil kesempatan kepada kawan aku ni dengan meminjam duit. Oleh sebab dah kenal dalam beberapa bulan, dan diorang dah mula rapat, maka kawan aku pinjamkan duit. Dan lama lama, dia masuk dalam trick lelaki tadi dengan terjatuh hati pulak.

Dari kawan, kepada kekasih, dari perasaan biasa kepada cinta. Dan selepas lelaki tadi dah dapat apa yang dia nak, maka dia tinggalkan kawan aku dengan tak layan kawan aku tadi. Sampai sekarang. Dalam kes ni, siapa yang salah ?

So,please, zaman sekarang belum tentu kawan yang kau rapat zaman sekolah dulu, baik tolong kau sana sini, dia akan sama macam sekarang. Seriyes. Aku bagi contoh, ada kawan zaman sekolah rendah aku, dulu sama sama layan nasyid, siap ganding suara buat first voice dengan second voice, oho, la ni bila aku jumpa balik, lidah dah bertindik, telinga dah bertindik. Nasyid pun dah hilang ke mana, layan lagu agu heavy metal. Manusia akan berubah kan ?

Aku bagi tips basic untuk kenal orang, yang mana kalau berpegang pada benda ini, InshaAllah, korang akan dapat kawan yang baik baik sahaja. Allah kurniakan kita akal dan fikiran. Dan kalau kau budak darjah 4 sekali pun, asalkan kau dah mumaiz, maka kau boleh beza antara baik dan buruk. Dan Allah kurniakan manusia itu pancaindera. Just tengok pada KESEMUA pancaindera yang ada pada orang yang kenal tu. Kalau mata tengok benda yang baik, telinga yang baik, mulut cakap benda yang baik, bla bla yang baik,maka, okeh lah untuk dijadikan kawan.

Dan ingat pada hadis.

“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud)


*p/s: orang yang benar benar sayangkan tali persahabatan tak akan buat korang macam tu, dia mesti dah anggap korang macam adik beradik sendiri. janji bukan hanya tinggal janji, tapi janji mesti ditepati atau disimpan sebaiknya.



Tuesday 23 April 2013

Wahai Hati

Sakit hati ini

Lukanya jauh tertusuk ke dalam

Luluh hati ini

Merintih

Menangis

Meraung

Tapi tak siapa pun yang tahu

Tak siapa pun yang dengar



Salah siapa?

Salah diakah?

Tak pernah menyedari

Tak pernah memahami

Tak pernah mengenali

Jiwa ini yang sebenar-benarnya



Salah merekakah?

Memandang penuh serong

Menilai tanpa mengetahui

Apa sebenarnya terjadi



Salah akukah?

Yang takut

Yang kecut

Mengiakan hakikat

Dan kenyataan yang kian lama terpendam dalam hati



Semuanya tak penting lagi

Yang berlalu tetap berlalu

Kini segalanya terlewat

Tak guna berpatah

Tak perlu berpaling ke belakang

Luka ini perlu diubati

Penawarnya perlu dicari



Bagaimana?

Di mana?

Apakah ia?

Segalanya masih samar

Namun ku kan terus mencari

Dan mencari tanpa jemu

Demi merawat sekeping hati ini



Tabahlah wahai hati

Hidup ini masih panjang ke hadapan

Bangkitlah wahai hati

Dunia takkan menunggu walau seribu tahun kau meratap

Kuatlah wahai hati

Kau takkan mati di sini...


Saturday 20 April 2013

Mengenal Kelemahan Lelaki




Tidak sedikit lelaki yang rebah di persada wanita. Lelaki sekuat Julius Ceaser boleh lemah apabila berdepan dengan Cleopatra. Mark Anthony, ketua tentera yang menggantikan Julius Ceaser juga jatuh ke tangan Cleoparta. Ramai sungguh pemimpin agung dunia kalah oleh pujuk rayu wanita.

Sekuat-kuat lelaki boleh ditipu oleh sebodoh-bodoh wanita. Begitulah nisbah hebat dan kuatnya kuasa wanita dalam menundukkan lelaki. Sekuat mana pun lelaki selalunya kalah oleh kata-kata lembut sang wanita. Seorang lelaki boleh menangis apabila ditinggalkan oleh seorang wanita, padahal dia terkenal perkasa. Di medan pertempuran dia boleh membunuh begitu ramai musuh, tetapi berhadapan dengan wanita, hatinya boleh tunduk dan bahasa yang digunakan turut lunak.

Demikianlah hebatnya wanita. Anda amat berkuasa dan amat perkasa.

Tolonglah gunakan kekuasaan dan kehebatan anda itu untuk membantu membangunkan lelaki. Jangan gunakan kekuasaan anda itu untuk menjatuhkan lelaki. Lelaki pasti kalah oleh pujuk rayu, apatah lagi tatkala nafsunya sedang bergejolak, atau rasa kecintaannya sedang memuncak, dia memang sanggup lakukan apa sahaja untuk membuktikannya.

Kejayaan seseorang lelaki biasanya dikaitkan dengan seseorang wanita di sisinya; mungkin isteri, mungkin ibu, mungkin anak, mungkin kakak, mungkin makcik. Kemusnahan seseorang lelaki juga biasa dikaitkan dengan seorang wanita, mungkin pada kedudukan-kedudukan yang serupa.

Jika anda cantik dan pandai memujuk rayu, gunakanlah kecantikan anda dan kelebihan yang dianugerahkan ALLAH itu untuk membantu memperkasakan lelaki. Lelaki memang sudah sedia kalanya perkasa, tetapi dia boleh menghalakan keperkasaannya itu untuk membina sejarah keagungannya dengan sokongan anda. Sebaliknya dia juga boleh mencipta sejarah kedunguannya dengan peranan yang anda mainkan.


Lelaki dikurniakan lebih akal tetapi kekurangan nafsu. Dia hanya ada satu nafsu dan sembilan akal, tetapi nafsu yang satu itu selalu gagal dipelihara. Maka itu lelaki lebih mudah liar berbanding wanita. Wanita pula, dek terlalu banyak nafsu dia boleh memecah-mecahkan atau mencabang-cabangkannya kepada pelbagai hal. Dia boleh bernafsu terhadap barang-barang kemas, baju cantik, perabot, kereta, rumah dan berbagai-bagai lagi. Jadi, untuk setiap cabang darjahnya sudah tidak setinggi lelaki. Dia mungkin bernafsu kepada semua benda tetapi dia tidak mudah musnah oleh semua benda.

Nafsu lelaki biasanya lebih tertumpu pada keghairahannya terhadap wanita. Sebab itu kita akan lihat lelaki biasanya tidak kisah dengan berapa helai pakaian yang dimilikinya, tidak begitu kisah dengan hiasan rumahnya, sebab nafsunya ke arah itu tiada. Tetapi sebut syahwat, lelaki akan terus terangsang sebab yang satu itu memang sentiasa arahnya ke sana. Tiada cabang-cabang, tiada pecahan-pecahan.

Maka itulah lelaki walau sekuat mana apabila digoda wanita cantik biasanya runtuh. Kadang-kadang wanita yang menggodanya bukanlah cantik sangat, tetapi nafsunya selalu terpesona oleh kata-kata yang lunak, suara yang sedap didengar, kenyitan mata yang bercahaya dan bermacam-macam lagi. Nafsunya tidak dapat membezakan antara syahwat yang betul dengan syahwat yang tidak betul, lantaran dia hanya mempunyai satu nafsu.

Lelaki tua boleh naik ghairah hanya melihat seorang kanak-kanak. Kadang-kadang dek terlalu ghairah dia gagal membezakan antara haiwan dengan manusia. Pernah terjadi lelaki mengembiri haiwan. Banyak sungguh onar yang boleh dilakukan oleh para lelaki. Ternyata mereka selalunya gagal memberi penalaan yang betul terhadap nafsu mereka walaupun hanya satu.

Oleh itu, wahai wanita, kasihanilah makhluk lelaki. Mereka itu lemah dalam perkasa. Usah digoda mereka, nanti dia terlupa anak isterinya di rumah, ibunya di kampung malah dirinya sendiri yang sudah bergelar lelaki tua.

#Sumber: diarihati.com


Terharuuuuuu gilaaa wehhh ! aha

Assalamualaikum ! ;)

hari ni aku terharu gilaaa, sebab ada orang buat post pasal akuuu, haaa
btw, thanks sebab kau sudi buat post pasal akuu,
ahaa, sangat sangat terharu,

sebenarnyaaa aku bagi kau coklat tuu sesaje jee, tak ada niat lain pun. *ayat cover, ahaha*
sebenarnya kan . . . . .
-
-
-
-
-
-
-
-
-

sebenarnya . . . . . . . 

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

aku bagi kau coklat tuuu sebab . . . . . . . .

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

mak aku dah bising asyik makan coklat jeee, nanti kena kencing manis, haaa >.<
pegi mana mana mesti beli coklat, haaa
sebab tu lahh aku bagi kauu, ehee
lagi pun sekarang aku nak kurangkan makan coklat *agak agak tercapai tak* :P
tak baik untuk kesihatan aku, haaa. 




Tuesday 16 April 2013

Ragam rakan serumah dan rakan sebilik

Assalamualaikum, ehee, agak lama juga ak tak singgah sini. malas pun iyee, busy pun iyee, haa, macam macam alasan lagi lahh.

okayyy, aku nak tanya korang, korang pernah duduk rumah sewa tak ? kalau tak rumah sewa punn, emm asrama mungkin, atau pun, bilik sewa? haa, mesti pernah kann? pada mereka yang pernah bergelar pelajar, mereka yang masih belajar dan juga mereka yang sudah bekerja yang duduk berjauhan dari keluarga, mesti pernah sewa rumah atau sewa bilik kan ?

Sebenarnyaa, aku nak share sesuatu tentang ragam 'rakan serumah' ataupun 'rakan sebilik'. Rakan serumah dan sebilik merupakan orang yang rapat dengan kita bila kita berjauhan dari keluarga. betul tak? haa. Apabila kita berjuhan dari keluarga, sabahat kita lahhyang selalu membantu kita walau dalam keadaan susah dan senang, tapi tak semua yang nak bantu kita bila kita susah betul tak ? dorang nihh kadang-kadang ada dengan kita masa kita senang jee, bila kita susah ? ada dia nak berdamping dengan kita ? sama sama bantu kita selesaikan masalah? ADA ! iyeee, memang ada, tapi kalau 10 orang kawan kita tuu, adakah 10-10 tu nak tolong kita ? tak kan? dalam 10 tu juga salah seorang mesti ada yang hipokrit, selfish haaa, soo. dalam bersahabat ni, kita kena ingat, jangan mengharap orang akan bantu kita bila kita susah, **simpan dalam minda baik baik yee


bila kita dah duduk ramai ramai, kadang kadang kita rasa rimas dengan segelintar perangai mereka yang ada dalam rumah tuu. kita dah duduk dengan dia baru kita tahu perangai dia macam mana. teringat satu kata kata nih, cantik dan baik mana pun orang tuu, kalau kita tak duduk lagi dengan dia, kita tak akan tahu perangai dia macam mana. haaa, *nasib baik ingat. hee betul tak kata kata tuhh ? tak semua orang berperangai buruk, kadang kadang yang kita sangka jahat, orang tu lahh yang baik. tapi kita kena ingat, dalam baik seseorang pasti ada kesempatan yang dia mahukan dari kita.


bila kita duduk rumah sewa ataupun bilik sewa mesti kita akan nampak macam macam ragam kan? ragam tu lah kadang kadang buatkan kita sakit hati, menahan sabar, marah, macam macam lagi laaah. antara ragam ragamnya adalah:

1. susah kemas bilik dalam erti kata lain P E M A L A S !

**sekadar gambar hiasan

ini memang payah sangat kalau dapat 'housemate' atau 'roomate' yang macam nihh, haa, seriuslyyy. payah sangat sangat. bila di tegur tak nak dengar, alasannya "alahhh, biar jee laaa, tak kacau tempat kau pun", "alahh, kejap lagi aku kemas laahh, aku ada kerja nihh" *padahal tak buat apa pun* alasan alasan macam nii memang tak boleh pakai langsung. fikir laa sayangg oii, awak tu bukannya duduk sorang sorang pun dalam bilik atau rumah tuu punn, awak duduk berkongsi, fikir-fikirkan lahh perasaan orang lain. orang lain tak suka rumah ataupun bilik bersepah. kalau tak nak kemas semua kemas tempat awak tu pun cukup laaa, tak payah kemas orang lain. haa

2. pentingkan diri sendiri.



haaa, ni memang tak boleh elak, sangat sangat menyakitkan hati bila dapat yang macam ni punya perangai. awak nak berganyut dalam hp lama lama tuhh awak punya pasal laa ehh, tai jangan laaa sampai menggangu orang nak tidur. nanti orang marah awak, mula laaa nak bermasam mukaa, tak baik okehh, elak jika boleh,

3. kedekut.



huiii, ni paling paling tak dapat nak elak. sifat kedekut seseorang tuhhh kadang kala mewarisi perangai mak dan ayah. *pendapat aku la* aku tak salah kan mak ayah dorang, tapi bila anak anak tengok perangai mak ayah dorang macam tuu, mesti salah sorang dari anak dorang akan ikot. sifat kedekut seseorang memang sukar untuk dihakis. kalau makanan awak, tu awak punya, tapi makanan orang lain jadi makanan awak tu susah. dengan makanan ni tak payah nak kedekut sangat. ada rezeki lebih bagi jee oranggg, tak payah simapan simpan. last last nanti makanan tu jadi hape? buang dalam tong sampah, haaa, kan tak elok tuhh. duit pun macam tu jugak. bila kita duduk ramai ramai dalam satu rumah kita kena fikir kita nak bayar duit bil air, bil elektrik, nak beli barang barang dapur *bagi yang duduk rumah sewa* macam macam lagi laa, mesti ada yang berat sangat nak keluar duit betul tak ? haaa, mesti adanyaaa, tolonggg laaa, bila kita dah duduk ramai ramai macam tuu, mesti kita ada nak berkongsi barang barang. tak kan semua kita nak beli sendiri, kalau mak ayah kau orang kaya takpee. ni pun nak bagi kau makan pun dia terpaksa berlapar. nak berjimat boleh, biarlah perpada pada. jangan sampai tahap kedekut, haaa.

4. Pengotor



hmm, sifat pengotor tuuhh, lagi laaa akuu tak suka, seriuslyyy, dulu aku dan roomate yang mandi satu hari sekali, kengkadang tak mandi langsung pun adaa, mandi pun nak kena suruh, haaa. teruk gila punya perangai. aku tak tahuu lahh apa nak jadi dengan dia tuhh, dah kena marah, kena sound pun tak nak dengar jugak, sampai kan dia kata "nak suruh aku mandi, aku nak pakai sabun kau" boleh macam tuhh ??? pehh, mak aku beli kan barang barang tuu memang untuk kau punn. haihh. seriuslyyy, aku tak suka orang macam nihh, kau ada barang kau, guna je laaah, tak kan nak guna barang orang sedangkan barang kau adaa, tolong laaa, ubah sikit perangai tuhh, Ni lagi satu, Bila dah pakai tuala wanita tuh tolong laa basuh dan buang di tempat yang sepatutnyaa, Kau tak rasa geli kee bila dah tengok benda tuu, Benda ni terjadi bila kita duduk rumah sewa, Khususnya rumah sewa perempuan dan juga asrama perempuan. bila dah guna tolong laa basuh dan buangg di tempat yang sepatutnyaaa, tak kan laa orang lain yag nak tolong basuhkan , Tolong buangkan? Eeeii, kotor okayyy, sendiri punyaaaa, Sendiri buang sendiri basuh laaa, Tak ada orang gaji okehhh !


5. Guna barang orang tanpa kebenaran

Guna barang orang tanpa kebenaran ni aku paling pantanggg ! Seriuslyyy ! Paling paling paling tak sukaaaaa ! Kau nak guna barang oranggg tapi kau tak nak mintak izin, Hoiiii, ingat barang aku tu semua untuk ke Hapeee ! nak *Marah nihh* Paling menyakitkan hati. Tak kisah lahh kalau awakk tu nak guna barang orang ke apa, Tapi MINTA IZIN dulu dengan tuan punya barangg, Jangan  buat barang orang jadi barang awakk, Orang lain tak sukaaa ! Bila orang tegur awak nak marahh, Nak bermasam muka dengan orang, Tak gunaaa, orang guna cara baik tapi awak tak nak dengar juga memang tak dapat nak dimaafkan laaaaaa,


6. Hormat rakan serumah dan sebilik.

Orang akan hormat dengan kita bila kita hormat orang, Betul tak? Tolong jangan bawa perangai dekat rumah dulu dulu tuu, Kadang kadang bila kita dah terbiasa dengan perangai dekat rumahh sampaikan kita terbawa bawa ke tempat orangg.

Dalam pelbagai ragam nihh, mesti ada kebaikan dorangg tuhh, jangan sampai korang tak nampak langsung kebaikan yang pernah dilakukan. tapi orang kata kita buat baik orang tak ingat, cuba kita buat jahat semua orang akan ingat sampai bila bila, betul tak? haa, jangan sampai macam tuu. kawan kawan ni kadang kadang buat kita ketawa tengok gelagat dia. Macam macam kerenah kita boleh tengok. Kawan kawan ni jujugak bantu kita masa susah. Alhamdulillah, aku dapat kawan yang sedia bantu aku bila aku susah dan senang. Kakak aku pernah cakap, dengan orang ni kita jangan baik sangat. nanti orang ambil kesempatan. yes ! betul ! tapi tak semua orang macam tuu, cuma kita kena berhati hati jee laaa dengan semua orangg.




Monday 15 April 2013

Titipan Buat Wanita





"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.

Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang.

Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.

Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.

Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.

Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.

Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.

Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..

Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.

*Sumber: http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/1691-titipan-buat-wanita.html