Monday 26 August 2013

Dia Lupa Betapa Berharganya Dirinya..

Ketika TUHAN Menciptakan wanita,

Malaikat datang menyentuh dagunya. . .

TUHAN, ciptaan ini kelihatan lemah dan longlai. Seolah – olah terlalu banyak beban terhadapnya.

Itu bukan lemah  atau longlai,  itu adalah AIR MATA.

Untuk apakah air mata itu? tanya malaikat

AIR MATA adalah salah satu cara dia mengekspresikan kegembiraan, kegagalan, Cinta, kesepian, penderitaan dan kebahagiaan

ENGKAU menciptakan segala sesuatunya. Wanita ciptaan MU ini akan sungguh menakjubkan!

Wanita ini mempunyai kekuatan mempesonakan lelaki.

Dia dapat mengatasi beban

Dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri.

Dia mampu tersenyum walaupun sebenarnya hati menjerit.

Mampu menyanyi saat menangis,

Menagis saat terharu, terharu saat ketawa,

Bahkan tertawa saat ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya.

Dia tidak menolak kalau melihat yang lebih baik.

Dia menerjunkan dirinya untuk keluarganya.

Dia membawa sahabat yang sakit untuk berubat.



- CINTANYA TANPA SYARAT -



Dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang.

Dia girang dan bersorak saat melihat sahabat tertawa.

Dia begitu bahagia mendengar kelahiran.

Hatinya begitu sedih saat mendengar berita sakit dan kematian

Tetapi dia selalu mempunyai kekuatan untuk mengatasi hidup,

Dia tahu bahawa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.


    Hanya Satu Kekurangan dari Wanita,

    DIA LUPA BETAPA BERHARGANYA DIRINYA..

Sunday 25 August 2013

Kerana Ego



Engkau muncul kembali.
Setelah hilang ditelan masa.
Sungguh,
Aku rindu renunganmu,
Senyumanmu, apa jua tentangmu.

Ego aku terlalu tinggi.
Kau tak ku hirau.
Aku tahu,
Matamu memerhati gerak-geriku.
Walau hati meronta ingin bertemu,
Aku berlagak seperti tiada apa.
Ego menghalangku.

Sesal menghimpit.
Kerana ego,
Aku menanggung rindu.

Ingin aku mulakan kembali.
Pertemuan kekok,
Biar menjadi mesra.
Timur hingga Barat,
Utara ke Selatan,
Aku cari,
Tidak aku nampak bayangmu.

Binasa segala hati,
Pudar segala perasaan.
Salah aku.
Ikut kata ego,
Padan muka aku.
'Andai ada sejuta wanita seperti aku, maka dunia ini akan bertaburanlah lelaki yang ego dan sukar mengalah sifatnya'

Mungin kerana dikata iman yang aku miliki tidak setebal yg dia miliki, maka segala pandangan dan kata-kataku tidak sedikit pun diterima pakai. Kerana itu, aku memilih untuk berdiam diri dan terusan mengalah. Andai soal iman itu yg menjadi persoalannya, jelaskan padaku wahai lelaki, bagaimana kau begitu pasti kalau imanmu sudah cukup tebal untuk kau mendapatkan tiket ke syurgaNya? Dan aku, yang terlalu mengagumi dirimu, seolah-olah membutakan mata melihat perlakuanmu yg seakan-akan cuba untuk menganggu gugat ilmuku yang sedikit cuma dengan bercerita soal agama yang ku tahu, masih belum ku kuasai tahapnya. Aku mengalah.

Berkali-kali aku cuba menidakkan, kalau apa yg engkau lakukan itu adalah semata mata untuk kebaikanku. Namun terkadang hatiku berbelah bagi. Aku tewas jua dengan sisi negatifku yg tidak dapat tidak terusan berfikir kalau engkau sebenarnya hanya ingin menjatuhkan aku. Jika tidak, mengapa aku dikata wanita yg nipis imannya? Itu suatu pertuduhan yg maha berat wahai lelaki. Kau telah dengan sengaja membuat aku merasa kalau diriku bukan sesiapa tanpa apa2. Kenyataan itu membuat aku malu. Malu denganNya. Malu dengan driku sendiri. Dan untuk kesekian kali, aku mengalah lagi.

Jelaskan padaku, aku harus bagaimana lagi? Terkadang aku menjaga hatimu seolah-olah diri aku tidak punya hati yg turut sama harus dijaga. Dan aku, sebolehnya mahu terus belajar dan belajar agar aku bisa sampai ketahapmu, yg kau namakan 'tebal' imannya? Aku mengalah bersebab. Bukan kerana aku lemah. Bukan kerana aku wanita. Namun kerana agamaku. Aku mengalah kerana andai itu harga yg harus aku bayar untuk ku cari ilmu agama buat diriku nanti, maka aku kan terusan mengalah. Pernah aku cuba menyepi. Namun sepiku bersambut. Dan kau disana, berkali-kali ganda lebih sepinya dari diriku. Mengapa wahai lelaki sanjungan?

Dan terkadang aku seolah-olah terlihat suatu sisi dirimu yg tidak berani aku namakan. Dan jika itu sisi negatifmu, akan aku perbalikkkannya menjadi suatu sisi yg boleh aku berbangga. Usah risau. Kerana sisi mu yg tiada bernama itu tidak akan ku jadikan sebab untuk ku katakan 'kaulah lelaki yg tipis imannya'.

Sekian.

Thursday 22 August 2013

Ketika Harus Melepaskan

Hidup ini selalu berputar, tak selamanya kita berada dibawah dengan semua kepedihan dan tak selamanya kita diatas dengan segala kesenangan. ALLAH Maha Adil .. Hanya Dia yang Tahu mana yang terbaik untuk hamba NYa ..
    “Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak. ( Al-Baqarah 216 )”

Sahabatku,  ada perih disudut hati, ketika engkau cerita tentang segala yg kau alami. Setelah sekian lama kau bertahan Setelah sekian lama kau memendam luka Setelah sekian lama kau rendam nestapa rupanya Allah izinkan juga engkau tempuhi jalan itu Aku percaya, itu suatu “keputusan terakhir” yang terbaik untukmu.

Sahabatku, Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan. Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan. Tetapi ada saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita melainkan kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.
Melepaskan

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kebahagiaan kita sangat bergantung pada orang itu.

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita merasa dia itu kacak, cantik, teristimewa dibandingkan dengan yang lain.

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita takut tidak dapat menemui yang seperti dia lagi.

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah bersamanya, sentiasa terbayang di benak kita.

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika hati kita berkata “Saya sangat mencintainya”.

Ingatlah..

Melepaskan bukanlah berakhirnya melainkan awal dari suatu kehidupan baru…

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kebahagiaan kita tidak tergantung padanya.

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita menyedari yang kacak,yang cantik, yang istimewa belum tentu yang terbaik buat kita.

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, Dia telah siap memberi yang lebih baik.

* Kita harus melepaskan seseorang ketika saat-saat indah hanyalah tinggal masa lalu.

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kepala kita berkata “tidak ada lagi  yang dapat dipertahankan”.

* Kegagalan tidak bererti kita tidak mencapai apa-apa, namun kita telah memahami sesuatu! Segala sesuatu ada waktunya, ada saat mempertahankan, ada saat melepaskan !


“Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu yang memberatkan punggungmu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap” (QS.94:1-8)

Kadangkala Allah mempertemukan kita dengan orang yang tidak tepat sebelum mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita bersyukur akan belajar daripada kurniaNYA dan belajar daripadanya …