Monday 18 June 2012

Adab Bersilaturahim





1. Ikhlas
Wajib bagi sesiapa sahaja untuk mengikhlaskan niat kerana Allah dalam menyambung tali silaturahim. Janganlah bersilaturahim kerana tujuan riak dan sum'ah atau untuk menunjuk-nunjuk di hadapan manusia.

2. Mengharap pahala
Hendaklah bersilaturahim kerana ingin mendapat pahala sebagaimana yang telah Allah janjikan tanpa menunggu balsan yang setimpal daripada manusia.

3. Memulai yang terdekat
Semakin dekat hubungan tali persaudaraan, maka semakin wajib kita menyambungnya. Rasulullah pernah ditanya soalan: "Siapakah orang yang paling berhak digauli dengan baik?" Nabi mengatakan: "Ibumu, Ibumu, Ibumu, kemudian ayahmu, kemudian yang paling dekat denganmu, yang paling dekat denganmu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

4. Dahulukan orang yang paling bertakwa
Semakin bertakwa seseorang kepada Allah s.w.t., maka semakin besar pula haknya, juga semakin bertambah pahala bersilaturahim dengannya. Walau bagaimanapun bersilaturahim itu juga dianjurkan dengan orang kafir, khususnya apabila mengajaknya kepada Islam

5. Mencari-cari Kerabat yang jauh
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Pelajarilah nasab-nasab kalian yang dengan itu kalian dapat menyambung tali silaturahim. Sebab menyambung tali silaturahim dapat mendatangkan kasih sayang dalam keluarga, mendatangkan harta dan memanjangkan umur." (Riwayat al-Tirmizi)

6. Terus Menyambung Silaturahim dengan Orang yang Memutuskannya.
Firman Allah yang bermaksud: "Tolaklah kejahatan itu dengan cara yang baik, maka tiba-tiba akan ada yang orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan, seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia." (Surah Fussilat 41: 34)

7. Sedekah
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: " sedekah kepada orang miskin mendapat satu pahala, sedangkan sedekah kepada saudara ada dua pahala, iaitu pahala bersedekah dan pahala bersilaturahim." (Riwayat al-Nasa'i)

8. Nasihat
Memberi nasihat dan amar makruf nahi mungkar kepada keluarga merupakan cara bersilaturahim yang paling baik. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat." (Surah al-Syu'araa 26: 214)

9. Komunikasi Berterusan
Seseorang hendaklah meneruskan dan melazimkan kunjungan ke rumah saudara dan rakan-rakan. Jika tidak mampu, hendaklah dia menghubunginya dengan telefon. Jika tidak memiliki telefon, maka boleh menulis surat, e-mel atau sebagainya. Sebab komunikasi tersebut dapat mempererat hubungan dan menumbuhkan kasih sayang kerana saling mengingati


Monday 11 June 2012

Wanita yang patut di jauhi lelaki

Ada satu pandangan daripada pakar cinta di luar negara berkenaan ciri-ciri wanita yang wajib dijauhi.

1. Wanita kategori liar.

Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokan.

Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud sempadan. Kita teruja dengan kegilaannya tetapi tak kita sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.

2. Wanita si Bom jangka.

Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya terkawal.

Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya.

Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.

3. Wanita si Gula-gula

Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita.

Dalam keadaan ini kita seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya.

Hakikatnya kita sudah tertipu, gadis muda seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.

4. Wanita si Bintang

Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri kita.

5. Wanita si Penggapai.

Penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih dari apa kita miliki dan dia menyukai keadaan demikian, ia memberi jaminan kepada dirinya.

Mengapa dia suka? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya agar ia memberinya ruang bergerak.

Kita menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal, dan kita dilihat sebagi punca terbazir masanya sekadar untuk aktiviti bersama.

Dia cenderung mengatakan setiap usahanya adalah untuk kebahagian bersama.

6. Wanita yang Tercedera.

Hubungan yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini tercedera emosinya sepanjang masa.

Kewujudan kita adalah kapal persinggahannya sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya, apa yang terjadi, siapakah dia dan apa yang perlu dilakukannya.

Sepanjang kita menjadi pasangannya, kita mendengar segala kisah buruknya. Kita akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari ini dan esok.

Dalam jangkaan kita kewujudannya untuk menyintai kita, tetapi dia lebih memikirkan keadaan dirinya.

April plus Mei plus June = Happy Birthday

Assalamualaikum..



Hari ulang tahun siapa ? haa. nii makcik makcik nih haaa. jap ea upload gambar.
makcik dekat bawah ni Hari Ulangtahun dia 4 April. jadi sambut dekat mersing. masa tu dengan ada pembentangan Agama lagi. pehh. mau tak pening kepala di buatnyaa. Tapi kalau makcik propa lagi sorang yang plan haaa. memang jadi habis. lakonan tak boleh blah lahh kan masa tuu. HAHA. last last semua kena tepungg . hehe

mak jemah 

mangsa utama


kalau dah macik dia kena, tak adil lah kalau pakcik dia pun tak kena kan?? 
haaa.
itu imbalannya

pengikut pengikut mak jemah

seronok mak jemah ni posing. 
hihihi

opsss. tiba tiba ada yang interframe

okayy. yang sorang ni kawan sekolah. nama dia Hafzah. Hari lahir dia 7 Mei. selang 3 hari je dari nurul . yang ni tak sambut apa apa pun. cuma bagi ucapan jeeee. sorry eh sayang. lain kali ade hadiah besooo punyaa. heee


 yang bawah ni pulak hari lahir dia 14 Mei. haaaa. sama dengan ++++++++ hahaha. rahsia. dia punya birthday pun tak sambut jugak. Wish dia pun lambat. ehe. saje je tak nak wish awal awal . akhir akhir baru wish. tetap pukul 12 a.m. hee.



yang sorang ni hari Jadi dia 6 Jun. ni pun sama tak celebrate birthday. dia celebrate dengan keluarga dia je. 



Atakkyaaaaa. Happy birthdayyyy . Birthday dia semalam. tak wish punn . konon nak wish lambat tapi sampai sekarang tak wishh. heee. tak pe lah wish dekat blog je ehh atakyaa. ehe

makcik sorang ni birthday dia esok 12 Jun . Happy Birthday !! ehe. awal tak ? awal tak ? hee. dah beso dah  makcik sorang nihh. hahaha. 


** A Birthday is A Million Moments, Each holding A Promise Of Fulfillment Of our Dreams, and ACCOMPLISHMENTS Of Some Special Plans.. Wish you a very Happy Birtdayyy 



Tuesday 5 June 2012

Harta itu Milikku?

CUBA lakukan beberapa perkara berikut :
1. Lihat duit tunai yang ada dalam dompet. Berapakah jumlah yang ada di dalam dompet itu ?
2. Lihat buku akaun simpanan bank atau penyata akaun simpanan. Berapakah jumlah yang tertera pada akhir baki di situ.
3. Selak pula penyata amanah saham atau pelaburan dalam unit trust, berapakah jumlahnya kini?
4. Lihat rumah ayng didiami kini. Jika rumah itu dibeli atau dibina dengan hasil titik peluh sendiri, berapakah nilai hasilnya kini?
5. Apa lagi harta yang dimiliki ? Tanah, rumah sewa, kedai yang disewakan, barang kemas atau mungkin juga aset syarikat ?

    Ramai manusia berfikir, duit tunai itu milik kita kerana berada dalam dompet milik kita. Simpanan dalam bank dan pelaburan jangka panjang juag milik kita kerana jelas tertera nama kita pada penyata akaun itu. Begitu juga aset lain seperti rumah, tanah, dan sebagainya.

     Namun sedarkah kita bahawa kita tidak pernah memiliki apa-apa kerana semua tu milik Allah yang hanya dipinjamkan sementara dan kita hanya pentadbirnya. Buktinya semua harta tersebuat tidak mampu dibawa bersama saat kita meninggalkan dunia ini, apatah lagi untuk dimanfaatkan.

      Apa milik kita? Milik kita adalah apa-apa yang kita berikan atau sedekahkan. Jika semalam kita ada menderma RM 1 kepada peminta sedekah, maka RM 1 itulah milik kita. Jika hari ini kita ada menyumbangkan sebuah al-Quran atau sepasang telekung solatuntuk sebuah masjid, maka itulah aset milik kita. Jika kita memberikan nafkah kepada ahli keluarga, maka itulah harta milik kita. Sesuatu harta itu akan menjadi milik kita setelah kita manfaatkannya untuk kebaikan akhirat, bukan sesuatu yang disimpan di dunia.

     Jika hari ini dicongak jumlah duit atau harta yang disedekahkan pada jalan Allah, berapakah agaknya jumlahnya ? RENUNGKAN !


4 Perkara

4 Perkara MENGUATKAN Badan
* Makan daging
* Memakai haruman
* Kerap mandi
* Berpakaian kemas

4 Perkara MENAJAMKAN  Mata
* Memandang benda yang hijau
* Duduk menghadap Kiblat
* Bercelak sebelum tidur
* berpakaian bersih

4 Perkara MENAJAMKAN Fikiran
* Tidak banyak berbual kosong
* Rajin membersihkan gigi
* Bercakap dengan orang yang soleh
* Bergaul dengan para Ulama

4 Perkara MELEMAHKAN Badan
* Banyak minum air ketika makan
* Sentiasa cemas
* Banyak makan makanan masam
* Banyak bersetubuh


4 Perkara MEROSAKKAN Mata
* Memandang najis
* Melihat orang yang dibunuh
* Melihat kemaluan
* Membelakangi Kiblat

3 Golongan Manusia

Manusia dibahagikan dengan tiga gologan iaitu :

1. Hidup demi Dunia semata-mata

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: " Dan tentu mereka akan mengatakan (pula): 'Hidup hanyalah kehidupan kita di dunia ini sahaja, dan kita sekali-sekali tidak akan dibangkitkan." (Surah al-An'am 6: 29)
Golongan ini adalah golongan yang kufur dengan nikmat Allah dan mengingkari hari kebangkitan.

2. Golongan yang percaya kehidupan akhirat namun . . .


Namun mereka tidak berusaha ke arah mencapai kebahagiaan "di sana". Mereka selamba bersuka ria dan berhibur di dunia tanpa berusaha gigih untuk mengapai kebahagiaan di akhirat.

3. Golongan yang menganggap dunia ini ladang akhirat.

Mereka menanam di sini untuk menuai di akhirat kelak. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan tiadalah kehidupan ini, selain daripada main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertaqwa. Maka tidaklah kamu memahaminya?" (Surah al-An'am 6: 32)

DI MANA agaknya kita ? TEPUK DADA TANYA IMAN


#sumber: Majalah SOLUSI. isu: 33

Monday 4 June 2012

Lawatan ke Sapura Holding Sdn. Bhd.

assalamualaikum blogger


hoho . Jalan-jalan . hee . sebenarnya bukan saje saje pun jalan jalan . ktorang ada lawatan dekat Sapura Holding, Seri Kembangan, Selangor. 29-30 Mac 2012. pagi pagi lagi dah bertolak. seriously nurul memang tak tidur masa tuu. tak tahu kenapa tak boleh tidur. 5 pagi dah pegi rumah wanie nak buat sarap untuk budak budak kelas. masa tu memang banyak barang peribadi tinggal. huish ! CARELESS ! kemas pun last minute. mana tak nya. eh. korangg cuci mata je lah ehh tengok gambar kteorang dekat sana. hee. malas nak bebel banyak banyak. E N J O Y ! :)






















gambar dekat atas ni gambar hari kedua kteorang dekat Sapura 













 taklimat  ringkas mengenai perniagaan yang dijalankan oleh Sapura Holding Sdn Bhd dan teknologi yang digunakan.



bilik mesyuarat khas , untuk taklimat berkaitan Network Operation Centre dan dapat melihat bagaimana Network Operation Centre beroperasi.


Switch room untuk mengenali peralatan /perkakasan yang digunakan di dalam rangkaian telekomunikasi.













** gambar ada edit ada takkk . MALAS ! Eheee . 
** banyak gambar kteorang posing jee KENYATAAN ! semua pantang nampak Camera. apa lagi lahhh . posing je lahh kejenyeeee.