Sunday 25 August 2013

Kerana Ego



Engkau muncul kembali.
Setelah hilang ditelan masa.
Sungguh,
Aku rindu renunganmu,
Senyumanmu, apa jua tentangmu.

Ego aku terlalu tinggi.
Kau tak ku hirau.
Aku tahu,
Matamu memerhati gerak-geriku.
Walau hati meronta ingin bertemu,
Aku berlagak seperti tiada apa.
Ego menghalangku.

Sesal menghimpit.
Kerana ego,
Aku menanggung rindu.

Ingin aku mulakan kembali.
Pertemuan kekok,
Biar menjadi mesra.
Timur hingga Barat,
Utara ke Selatan,
Aku cari,
Tidak aku nampak bayangmu.

Binasa segala hati,
Pudar segala perasaan.
Salah aku.
Ikut kata ego,
Padan muka aku.

No comments: