Wednesday 11 July 2012

Hilangnya seorang ahli keluarga yang amat di sayangi

8 Julai 2012 tarikh yang tak dapat dilupakan oleh semua ahli keluarga. Seorang insan yang sangat bersabar dan tabah hadapi dugaan Allah. Walau apa pun yang arwah hadapi arwah tak pernah berkongsi cerita dengan orang, nampak luaran tersenyum, ketawa bila orang ketawa tapi hakikatnya hanya Allah sahaja yang tahu tentang hati dan perasaan arwah. bila orang bercerita tentang arwah mesti dia akan menangis. mungkin dia nak bercerita sesuatu tapi tak terluah dari mulut dia untuk mengatakan sesuatu. hampir 17 tahun hidup dia merana dan tersiksa tanggung masalah yang ada tu sendiri. tak pernah bercerita dengan sesiapa pun. 2-3 tahun lepas arwah dah sakit dan pernah masuk hospital. tapi sakit arwah tak ada lah sampai seteruk ni. rasa terkilan sangat sebab tak dapat ziarah arwah masa dia sakit. hari ahad lepas tu pun mula nya nak ziarah dia tapi bila sampai nurse cakap arwah ada dalam wad bedah. emergancy buat pemedahan. doktor nak buat teropong nak tengok usus arwah yang luka. punca dapat tahu yang usus arwah luka bila arwah buang air besar banyak darah yang keluar. bila dah buat pemedahan kali pertama tu darah langsung tak keluar macam selalu. rupanya darah berkumpul dalam perut dan sebab tu doktor nak buat pemedahan kali yang kedua. kebetulan pula masa tu anak yang arwah tak ada dia balik rumah sekejap. lepas tu doktor call suruh datang hospital. then doktor memang tak bagi harapan yang tinggi untuk arwah hidup disebabkan jantung arwah lemah. masa tu memang semua susah hati. tepat jam 3.45 petang arwah menghembuskan nafas terakhir sewaktu bertarung dengan nyawa. :'( teringat lagi masa kteorang dapat tahu dari pakcik yang arwah dah tak ada pakcik terus tersandar dekat dinding dan terus terduduk . tak boleh nak kata apa. kteorang tahu dia banyak buat salah dengan arwah abaikan nafkah isteri dan anak-anak. dia masih sayangkan lagi arwah tapi disebabkan orang ketiga dia jadi macam tu. anak dia dengan arwah ada dua orang. seorang lelaki, seorang perempuan. Alhamdulillah kedua-duanya berjaya walaupun abang dulu sekolah tak habis. tapi dia tak pernah menyusahkan arwah bila arwah ada dulu. dia selalu senang kan hidup arwah. umur 15 tahun dah tak nak sekolah. dan masa tu lah start pakcik buat perangai. masa tu abang ambil keputusan nak kerja. nasib baiklah ada sepupu tu jadi manager MCD so dia lah yang cadang suruh abang kerja situ. sampai kan dia dapat naik pangat tahap yang lebih tinggi. Adik. baru je habis belajar bulan 10 ni dah nak graduation tapi nak buat macam mana kan ? Allah lebih sayangkan arwah.


:: Mood :: terkenang setiap inci kehidupan arwah.. dan kali terakhir melihat wajahnya.. moga damai mu di sana....ALFATIHAH UTK PN. SITI BINTI JOHARI..