Saturday 23 March 2013


susah nak puaskan hati semua orang,  puaskan hati Allah lebih bermakna.

bye !

Assalamualaikum ! ^^


Sunday 17 March 2013

CINTA atau NAFSU ?





Setiap lelaki inginkan kesempurnaan pada wanita.Mungkin peluang memilih, terbuka luas untuk lelaki. Tetapi adakah insan yang bernama lelaki berhak memiliki yang terbaik? Itulah LELAKI...

Lelaki kebanyakannya ingin memiliki sesuatu yang sempurna pada wanita.
Tidak akan menerima andaikata kekurangan ada pada pasangannya.Akan tetapi diri sendiri umpama bunga plastik. Warnanya cantik tetapi harumnya tiada.

Kebiasaan LELAKI akan memilih wanita yang 'suci' untuk dijadikan teman hidup. Itulah naluri dan kehendak LELAKI yang paling utama.Tetapi diri sendiri sudah lama menjadi barang '2nd hand'.Mungkin agak sukar untuk mencari 'kesucian' LELAKI'..tidak seperti WANITA yang seperti buah durian, walaupun berduri tetapi tupai pandai menggodanya.

Bila pembuangan bayi berlaku,WANITA juga dipersalahkan.Mengapa LELAKI seperti terkecuali? Sedangkan LELAKI yang memujuk rayu ingin meragut kehormatan WANITA. Bila madu lazat diratah sepah yang akan dibuang.Yang menyedihkan bila WANITA telah mengandungkan zuriat kita,LELAKI akan cuba melarikan diri.Jadi kemana WANITA harus membawa diri? Dan yang menyedihkan lagi,bila dirujuk pada keluarga, mereka akan dicerca dan diusir kerana malu..Dan yang akan menjadi mangsa adalah bayi yang tidak berdosa.

Jadi WANITA harus bezakan CINTA dan NAFSU..Jangan mudah menjadi mangsa pada LELAKI yang pandai memujuk rayu..Percayalah jika diawal percintaan atau perhubungan telah ada permintaan yang diluar hukum agama, ketahuilah itu adalah nafsu semata-mata..

Renungkanlah..

Sumber : Shujaie Kamal

Sunday 3 March 2013

Memahami Bahasa Tubuh

Bahasa tubuh amat penting, dimana ia dapat meningkatkan atau menghancurkan reputasi anda, terutama jika kerjaya yang berkaitan dengan bidang pamasaran, promosi dan perhubungan awam. Pastikan anda menggunakan bahasa tubuh yang tepat untuk menyampaikan pesanan kepada pendengar.

          Bahasa tubuh yang baik menunjukkan anda memiliki kecekapan, daya memikat dan suasana hati yang positif, contohnya:

i. jika anda sering tersenyum, anda berasa lebih bahagia
ii. jika anda duduk dengan tegap, anda rasa lebih bertenaga.
iii. jika anda lambatkan gerakan(tidak terburu-buru), anda akan rasa lebih tenang.

Prof. Mehrabiian, ahli psikologi dari Universiti of California, Los Angeles, menyatakan bahawa bahasa tubuh lebih menentukan penilain terhadap diri seseorang berbanding kata-kata yang terucap. Menurut penelitian beliau, getak tubuh dan ekspresi wajah memiliki pengaruh 55% sementara kata-kata yang diucapkan hanya tujuh peratus sahaja.

BAHASA WAJAH

1. Mata berkelip
biasanya seseorang berkelip mata sebanyak enam hingga lapan kali seminit.Ketika stres, anda akan mengelipkan mata dengan lebih kerap.

2. bahasa bibir.
jika anda menggigit, menjilat atau mengetap bibir, ini mengambarkan perasaan hai yang tertekan dan tidak tenteram.

3. mengorek hidung.
berhati-hatilah dengan orang yang mengorek hidung dengan tiba-tiba ketika dia berbicara mungkin dia berbohong. ketika sesorang berbohong, pengaliran adrenalina meningkat kerana dia sedang berlawan dengan fitrah semula jadi yang tidak mahu bercakap bohong. ini menyebabkan urat pembuluhnya membesar dan lubang hidung menjagi gatal.

4. bertentangan mata.
bertentangan mata dengan lawan bicara akan menjalinkan perhubungan dan penguasaan tajuk perbicaraan dengan lebih baik. anda dapat memastikan sama ada mereka mendengar kata-kata anda dengan teliti atau tidak. jangan menatap mata mereka terus menerus kerana akan membuatkan mereka gelisah, malu atu seba salah.

5. menutup mata.
sesorang itu tidak akan senang mendengar bebelan yang terlalu panjang. perhatikan lawan komunikasi anda, jika dia menutup matanya selama beberapa saat atau mengosokkan matanya, ini menunjukkan dia tidak tertarik mendengar bebelan anda.

6. menundukkan pandangan.
ia isyarat supaya anda berbicara dengan lebih lemah lembut. situasi ini sering dilakukan oleh anak-anak untuk mencari respons daripada orang tuanya. apabila berlaku pada orang dewasa, kemungkinan besar dia sedang memohon empati anda. maka, bersikaplah dengan lebih lemah lembut.

7. memalingkan kepala
ketika mendengar kawan bercerita, tanpa disedari anda akan mencondongkan kepala atau leher. ini bukan bermakna anda bosan mendengar ceritanya, sebaliknya tertarik untuk terus mendengar ceritanya dengan lebih teliti.

8. menaikkan bulu kening
menaikkan sebelah atau kedua-dua belah bulu kening menunjukkan ekspresi rasa ingin tahu atau tertarik tentang sesuatu perkara.

9. mengerutkan bulu kening.
ia menunjukkan emosi yang negatif seperti kebingungan dan ketakutan.

10. anak mata keatas atau ke tepi
ketika seseorang cuba bercerita dan mengingat kejadia yang dilihatnya, maka anak mata akan bergerak ke atas, seolah-olah membayangkan kembali. sebaliknya jika seseorang cuba mengingat sesuatu yang didengar, anak matanya akan bergerak ke tepi menuju ke salah satu telinga seolah-olah cuba mendengar cerita itu kembali.

11. menyebak rambut
oran yang suka menyebak rambut dihadapan orang yang berlainan jantina bermaksud ingin menggoda. gerakan ini dianggap menarik perhatian mereka.

BAHASA TANGAN DAN KAKI

berikut dinyatakan indikator bahasa kaki dan tangan

1. menyilang tangan atau kaki
menyilang tangan atau kaki memberi isyarat bahawa anda menutup perhubungan, keakraban atau pengenalan lanjut dengan lawan anda. Selalulah membuka posisi tangan dan kaki apabila berhadapan dengan orang yang baru dikenali supaya persahabatan baru mudah terjalin

2. menjarakkan kedua-dua kaki
menjarakkan dan tidak merapatkan kedua-dua belah kaki sama ada dalam posisi berdiri mahupun duduk menunjukkan anda cukup percaya kepada diri sendiri dan selesa dengan posisi anda.

3. melonggarkan bahu
ketika menghadapi tekanan, anda juga akan terasa tegang pada kedua-dua belah bahu. posisi bahu anda akan terangkat sedikit dan mengarah ke hadapan. cara untuk mengendurkan ketegangan adalah dengan menggerakkan bahu anda dan kembali kepada posisi asal sama ada ke belakang atau bersandar.

4. mengangguk 
mengangguk ketika berbual sesama rakan menandakan anda sedang mendengar dengan teliti. jangan menganggukan kepala kepala secara berlebihan atau berterusan dengan cepat seperti burung belatuk kerana kelihatan seperti dibuat.

5. mencondongkan badan ke hadapan
jika anda ingin menunjukkan bahawa anda tertarik dengan perkara yang disampaikan oleh seseorang, condongkan kerana anda akan dilihat seperti ingin meminta sesuatu.

6. melihat lantai
jangan melihat kebawah atau lantai ketika sedang berbicara dengan seseorang. anda akan kelihat seperti tidak selesa berbicara dengan lawan bicara anda dan tidak yakin kepada diri.

7. rendahkan cawan
ramai orang yang memegang cawan minuman di hadapan dada ketika berbicara dengan seseorang. sikap ini kelihatan kurang mesra kerana akan mencipta 'JARAK' yang agak jauh antara anda dan lawan bicara. rendahkan posisi cawan, bahkan jika perlu anda memegang sehingga ke paras lutut, letakkan sahaja cawan tersebut di atas meja/

8. berdiri terlalu hampir
orang yang beralih posisi menjadi terlalu dekat daripada lawan bicara mempunyai dua maksud sama ada sedang menyembunyikan sesuatu atau mempunyai tujuan tentu.

9. gerakan gelisah
antara bahasa tubuh yang mengambarkan anda gelisah atau gugup:

  • berjalan mundar mandir setempat
  • menyentuh muka
  • menggoyangka goyangkan kaki
  • mengetuk ngetuk jari di atas meja dengan cepat.


perlakuan ini boleh mengangaggu perhatian lawan bicara atau orang yang sedang berbicara dengan anda.

Hebatnya Cinta Manusia








Cinta,
Benarlah cinta yang menghuraikan segalanya,
Segala perkara,
Setiap masa, setiap tempat, setiap sudut, setiap rasa,
Huraian cinta membuatkan kita jadi gila, 
Gila dalam lupa,
Lupa akan indahnya cinta.

Benar,
Indahnya cinta manusia,
Tatkala dizahirkan rasa,
Kedua-duanya ghairah akan kejernihan cinta,
AllahuRabbi.

Bila ungkapan itu dijelma,
Terasa sebak datang menerpa,
Entah mengapa.

Entah kenapa diri ini, airmata ini sukar dibendung,
Airmata ini adalah airmata kerinduan,
Airmata ini adalah airmata kasih sayang,
Airmata ini adalah airmata ketakutan,
Airmata ini adalah airmata keresahan,
Airmata ini adalah airmata pengorbanan,
Airmata ini adalah airmata ketenangan,
Bila mengenangkannya, hati terus terpaut mengingati Allah,
Hebatnya cinta manusia,
Cinta yang berpaksikan Allah semata-mata, hanya kerana Allah,
Cinta yang sangat indah,
Tiada sepatah kata yang boleh diungkapkan lagi,
Tiada setitik air yang boleh dijatuhkan lagi, 
Hebatnya cinta kerana Ilahi....

Doa Seorang Gadis


Bismillahirrahmanirrahim.....
Alhamdulillah kita bertemu lagi dalam pena seterusnya.
Hari ini terasa amat  tenang untukku melakar sebuah karya di waktu malam hening ni..
Ilham yang datang dari Allah akan ku titipkan dalam laman blog ini. 
Hayatilah setiap bait-bait kata lirik di dalamnya, samada yang tersirat mahupun tersurat.
Khas buat semua sahabat-sahabatku supaya kita semua tidak lupa bahawa Allah menjanjikan yang terbaik untuk kita.Usah risau..usah bimbang.


Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar...

Ya Allah, Ya Allah
Dengarkanlah rintihanku
Dengarkanlah permohonanku
Engkau Maha Mendengar
Engkau Maha Mengetahui

Ya Allah,
Dikala insan lena
Diulik mimpi, Dibuai sepi
Ku bersujud padaMu
Mohon dari hati yang daif

Ya Allah,
Kurniakanlah aku seorang insan
Tetapkanlah hatinya dengan hatiku
Segala kelemahan, segala kelebihan
Ku terima dengan redha.


Ya Allah,
Ku merayu padaMu
Ku yakin dengan janjiMu
Bahawa sesungguhnya perempuan yang baik 
adalah untuk lelaki yang baik
dan begitu sebaliknya
Tidak ku nafikan, tidak ku ketepikan

Ya Allah,
Bahagia menantiku
Jika Engkau tetapkan
Maka Takdirkanlah aku dengan si dia
Doa sentiasa bersamaku



Ya Rabbul Izzati,
Aku tidak perlu khuatir
Tidak juga bimbang
Aku ingin menyintaiMu sepenuh hati
 Disamping menyintainya hanya keranaMu, Ya Allah

Ameen 




Manusia VS hati






Benda yang kalau boleh aku mahu ubah tentang manusia (aku bukan nak melawan takdir Tuhan, cuma mahu berbicara tentang "jikalau") ialah hati.

Tentang perubahan hati, perubahan perasaan. Itu adalah yang terpaling mahu dicuba dirubah dan distatikkan ianya menjadi sebegitu sahaja, lebih pada pendirian utama. Kerana tentang hati yang berubah, banyak manusia terkecewa.

Si jejaka yang terlalu mencintai kekasihnya tetapi terpaksa merelakan kepergian cinta hatinya kerana cinta hatinya telah berubah perasaan dan mencintai sang lelaki lain. Kerana hati si gadis berubah, satu hati manusia telah pun pecah dan jikalau pecahan itu dicantum-cantum semula pun tidak akan sesempurna semula. Apa kes hati berubah?

Kawan rapat kita yang memang kita fikir kitalah teman dunia akhiratnya tetapi rupanya bila dia telah berpindah ke suatu tempat baru, hatinya mula berubah dan mula melupakan kita dengan alasan dia mempunyai kawan baru. Hati berubah, dulu katanya kitalah Best Friend Forever (BFF) dia, tapi sekarang mungkin hanya F saja, iaitu friend. Apa kes hati berubah?

Anak yang ditatang bagai minyak yang penuh sejak 1 hari hidup di dunia dan apabila telah berkahwin hatinya mula merekah sayangnya pada ibu bapanya. Hati mula berubah, sayang pada ibu bapa mula berkurang, sayang kepada isteri/suami pula yang melaut-laut tingginya. Apa kes hati berubah?

Tapi itulah, indahnya kalau hati dapat distatikkan rasa. Kerana perubahan hati membuat banyak lagi hati yang terluka. Parah nanti susah.



NOTA KAKI
Soal hati dan perasaan bukan perkara mainan. Jadi sebelum hati itu berubah fikirkan hati-hati yang bakal kau siat-siatkan dengan kata-kata kau yang setajam pisau itu, fikirkan. Entri ini juga entri ingatan untuk aku sendiri.

Bila Hati Mula Bicara



HATI.......
Nah, ambil la benda ni.
Ini adalah hati. 
Hati aku. 
Hati kau? 
Hmm.. kenapa kau sudi kasi kat aku? 
Sebab kau dah jadi sebahagian dari aku.
Kau lebih dari seorang kawan.
Terima kasih. ianya bererti.
Aku terlalu menghargainya. 

Oh ye ke...
 tapi maaf.
 Untuk apa? 
Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya.
Cuma sebahagian saja... 
Maksud kau?
Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga. 
Dan aku tak pernah beri kesemuanya. 
Aku takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri. 
Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya. 
Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit, permata dan sebagainya. 
Hati ini penuh mistik, ada keajaiban yang tersendiri.
Mistik?
Kelakar bunyinya.
Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya. 
Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau. 
Rentak perasaan orang yang aku beri.
Jika dia betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar. 
Tapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini akan malap.
Mungkin akan terus mati untuknya. 
Ianya bukan satu benda yang percuma. 
Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih sahaja. 
Insan yang istimewa.
Dan kau adalah salah seorang daripada mereka,
kerana naluri aku terlalu percayakan kau.

Aku insan terpilih? 
Ya, kau yang terpilih.
Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan orang yang diberikan. 
Ianya terlalu sensitif. 
Tapi ianya cukup kebal dan kental pada musuh aku.

"Musuh", mungkin terlalu kejam untuk aku memperkatakan perihal mereka ini. 
Ianya tak berubah-berubah seperti yang terjadi jika hati ini diberi pada orang yang istimewa.
Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. 
Ada orang yang tidak pernah memulangkannya, 
walaupun aku hanya pinjamkan sekejap.
Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan. 
Ada yang sudi berikan sebahagiaan hatinya pula sebagai ganti.
Dan jika kau nak tahu,
setiap hati manusia ada nilai yang tersendiri. 
Setiapnya terlalu mistik! 
Cuma satu saja yang kau tak mengerti.
Sekali hati itu terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. 
Ada kalanya, mengambil masa yang lama untuk itu.
Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini,
mungkin pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika... 
sehingga hatinya pulih seperti sediakala. 
Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka.
Ianya lahir atas satu kepercayaan.
Dari situ, wujudlah kasih sayang. 
Jika hilang rasa percaya itu,
maka sukarlah untuk hati itu kembali indah. 
Mengalah dan memberi maaf bukan bererti kalah.... 
Ia bererti mengutamakan kebaikan dan kasih sayang ALLAH .

#Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah swt#