Thursday 31 May 2012

Garang ?

Assalamualaikum blogger. 


Garang ? siapa yang garang ? haaa . nurul ke ?? okayy. sebenarnya nurul buat post ni bukan apa. sebab ramai yang cakap nurul ni garang, dan tak terlepas juga encik capital 'I' tu pun tanya. 'kenapa awak garang eh ?' betul ke ? haha. mungkin kot. kalau tak kenapa ada orang sampai cakap macam tu kan ?? haa . :) tapi kadang kadang nurul anggap apa yang nurul cakap atau pertuturan nurul adalah GURAUAN tapi orang lain anggap nurul marah diorang . alahaii . payah sangat dah kalau macam tuu . mungkin cara nurul cakap agak tegas tapi sebenarnya tu hanya gurauan semata-mata. kadang kadang kalau nurul cakap nurul 'SENTAP' dengan seseorang tu, bukannya betul pun. main main je. saje nak emotional sikit . hehe. mungkin sebab dekat rumah nurul garang dengan anak sedara tu yang menyebabkan sampai terbawa bawa dengan orang lain. seriously nurul dekat rumah memang garang. garang pun dengan budak baik dua orang tu. kalau tak, tak de sapa yang diorang nak takut. dengan mak nurul lagi lah, mana nak takut. dengan mama diorang kadang kadang je. si adik pun dah pandai marah mama dia. hmm . macam macam hal budak dua orang tu . 


**okayyy . persoalan dah dijawab. jadi jangan tanya lagi kenapa nurul garang . 


Thank youuu ! 

Thursday 17 May 2012

ORANG YANG MENYINTAI KAMU

1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu.
Dia juga tidak mengharap cintanya di balas. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli ! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang terbaik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan menghantar SMS seperti 'selamat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6. Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau menghantar SMS.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.
dan saat itu, matanya pasti berkaca kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.


8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan,
bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya kerana dia menyematkan kata-katamu di sanubarinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi dia memaksa hatinya untuk menyukainya.

10. Kalau kali terakhir kamu bertemu kamu mungkin sedang selesema,atau batuk-batuk, dia akan sentiasa menghantar SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang berbual di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15. Jika suatu masa kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh di sudut dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar?

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh didunia !bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu.
dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaanmu itu.

20. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya.
Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun SMS itu kamu menghantarnya berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu,walaupun hal itu membunuh hatinya..

22. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan. dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya.
saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu CINTA ♥

Saturday 5 May 2012

10 Rahsia Hati Seorang Perempuan





1. SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian ... 

2. CEREWET : bukan bermaksud FUSSY tak menentu , kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sahaja ....
 
3.  HALUS : ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah  koyak.. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pelajaran., Bukan DENDAM ... 

4.  IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu diragui ..... 

5.  KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasukibu bapa , anak-anak , dan suami ... WANITA amat tabah ....

6. PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam ... 

7.  MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari., naluri seorang WANITA tetap seorang WANITA ., suka bermanja hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum ....


8.  EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bertemu dengan yang dicintainya ....
 
9. CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus... bukan di khianati.. 


10. SEKS : seks bukanlah segala-galanya buat WANITA krn WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal ., NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja ., LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu ..., fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan wanita ..... 

Friday 4 May 2012

19 tahun ;)


dengan nama Allah Yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar
Nabi Muhammad SAW

Ya Allah
aku bersyukur padaMu
untuk Sembilan belas tahun 
yang telah Engkau pinjamkan padaku
untuk segala yang telah Kau 
limpah dan kurniakan
walau hakikatnya aku adalah
hamba yang tidak tahu menghargai

Ya Allah
untuk Sembilan belas tahun yang telah berlalu
amat sedikit amal ibadatku
amat kurang ucap syukurku padaMu
amat hina diri ini di sisiMu

Ya Allah
tidak tahu berapa lama lagi
nyawa ini akan Kau pinjamkan
namun aku amat berharap
agar saat kembaliku nanti
bukan pengembalian yang kosong semata-mata
bukan pulang tanpa bekalan ke Syurga

Ya Allah
terimalah kepulanganku nanti
sebagai pulangnya seorang yang beriman
walau aku tidak layak
untuk syurgaMu
namun aku sangat takut
akan azab nerakaMu.

#alhamdulillah . hari ni genab usia ku 19 tahun. terlalu banyak kenangan pahit dan manis aku tempuh selama aku hidup 19 tahun nih. kadang kadang aku terasa lemah untuk hadapi apa yang telah Allah rancang untuk aku. tapi alhamdulillah. dengan adanya insan insan yang membawa semangat baru untuk aku . aku dapat hadapinya dengan baik. bersyukur sangat sangat .