Sunday 8 June 2014

Untuk Sahabat Lama.. MAAF..


Assalamualaikum sahabatku, 

MAAF andai kehadiran surat ini menganggumu. Aku cuma mengharapkan keikhalasanmu memahami kandungan surat ini yang mewakili diriku. Pertama sekali, aku ingin memohon keampunan untuk segala dosa dan kesalahan yang telah aku lakukan sepanjang menjalani ukhuwah ini.

Kita dipertemukan oleh Allah juga dipisahkan olehNya.
MAAF, kerana aku gagal menjadi sahabat yang baik untukmu.
MAAF kerana aku menjadi sahabatmu yang pernah membuat airmatamu menitis.
MAAF kerana pernah menyinggung perasaanmu.

MAAF andai diriku pernah membuatmu kurang selesa terhadap sikapku.
MAAF andai kata engkau pernah terganggu dengan kekhilafanku.
MAAF, jika aku tidak mampu menjadi yang pertama bila engkau memerlukan seseorang disampingmu.
MAAF juga ku pinta kerana aku tidak mampu menjadi sahabat yang sempurna dan baik untukmu. Aku cuma seorang sahabat yang penuh dengan kekurangan dan kelemahan yang seringkali tidak kusedari.
Sekali lagi,
MAAF sahabatku.

Aku mengutuskan warkah ini kerana seringkali teringatkan masa-masa yang pernah kita kongsi bersama.
Are you still remember our silly pictures in my laptop? I’ve mine too and it just makes me wet in tears.
Mungkin ada kekurangan dan kesilapanku yang tidak pernah aku sedari walaupun telah sedaya upaya ku cari dan itu mungkin telah menguris hatimu.
Setulus hati, aku memohon keampunan, kerana pernah membuatmu terjaga dari tidurmu disebabkan oleh khilafku.
MAAF sahabatku, kerana aku tidak mampu menjadi penyebab kau tersenyum dan tertawa.
“I just miss you. Whether you still remember me or not, it’s not a matter. This matter is, I hope you are happy in your life now. If the distance would be the way to make you smile again, I would be glad for you too.”

Terima kasih banyak banyak kerana telah menjadi sahabat baik buatku.
Terima kasih sebab pernah sudi mendengar ceritaku, rintihanku, dan tangisanku.
Terima kasih kerana pernah berkongsi segala kesenangan dan kesusahan denganku.
I knew the meaning of ukhuwah when I was with you.
Namun,
MAAF jika kau merasakan yang sebaliknya sepanjang mengenaliku.
Terima kasih kerana pernah sudi meminjamkan bahu dan pelukan ketika airmataku tidak tertahan. Luhur budimu tidak akan aku lupakan sahabat.

Semoga setiap langkah yang terbuka akan  membawamu ke jalan Redha Allah. Allah menetapkan untuk menemukan dan kemudian memisahkan kita. Diamku kini bukan bererti membenci, tetapi cukup sebagai tanda aku ingin kau bahagia tanpa aku yang sering melukaimu dan membuatkanmu menjadi bisu dan berasa tidak selesa dengan kehadiranku.

Sahabatku,
kau berhak bahagia dan gembira, bukan dibanjiri dengan airmata seperti ketika kau bersama denganku.
Maka itu, la tahzan yaa ukhti, Uhibbuka Fillah.
Sepanjang kita bersama terlalu banyak yang telah kau korbankan dan banyak juga kau membantuku. Allah sangat menyayangi orang yang paling banyak berguna pada orang lain, dan ku kira itu adalah engkau yang dimaksudkan. MAAF jika aku bukan seperti itu. MAAF kerana sering menyusahkanmu. Semoga Allah akan terus mencintaimu atas kebaikan dan keikhlasanmu. 

Sahabat,

MAAF andai aku pernah membuatmu kesal mengenaliku, tetapi bagiku, tidak ada rasa itu walau sedikit,
sebaliknya aku teramat bersyukur kerana pernah diberi kesempatan untuk menjadi sebahagian dari cerita hidupmu.
Akhir sekali,
MAAF andai memandangku sahaja membuat kau tidak selesa,
MAAF jika kehadiranku dihadapanmu membuat engkau berasa benci, meluat dan ingin berlari sejauh mungkin.

Untuk setiap pemberian yang pernah engkau hadiahkan kepadaku,
Terima Kasih atas keihklasan itu. Semoga Allah melimpahkan keceriaan dan kejayaan dalam hidupmu sahabatku. Andai kata jika suatu saat nanti, kau memerlukan seseorang untuk mendengar, jangan segan silu untuk mencariku.
MAAF, juga kerana sehingga kini aku masih mencari jawapan untuk senyapku itu.
MAAF, jika aku yang menjadikan engkau terus membisu.
Semoga Allah akan terus menerus merahmatimu SAHABAT.

Surat ini, ku layangkan sebagai tanda mengingatimu. Sekali lagi aku memohon MAAF atas segala dosa dan kesilapan yang pernah aku lakukan. Halalkan juga segala yang pernah kau berikan kepadaku mahupun harta bendamu yang pernah ku rosakkan dan hilangkan. Sesungguhnya, aku selalu alpa. Semoga Allah membalas setiap kebaikan yang lebih baik untukmu. 

Kini, aku sedang berusaha untuk mencari diriku sendiri dan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik. Wahai sahabatku, ku mohon agar engkau sudi memaafkan segala kesilapan yang telah ku lakukan dalam sedar mahupun tidak. Semoga Allah menemukanmu dengan seorang sahabat yang sejati. In Shaa Allah, Aamiin. Jaga kesihatan, jaga iman.

Tika airmatamu mengalir lagi, jangan tahan, biarkan ia menitis jatuh ke bumi, tapi tolong, jangan lupa untuk menyekanya dan tersenyum kembali. Apabila suatu saat kau rasa ingin rebah, maka duduklah, tapi tolong, jangan lupa untuk bangkit kembali. Aku akan terus menyokongmu dalam diam dan dari jarak ini.


Ikhlas,
Sahabat lamamu :)