Sunday 25 August 2013

'Andai ada sejuta wanita seperti aku, maka dunia ini akan bertaburanlah lelaki yang ego dan sukar mengalah sifatnya'

Mungin kerana dikata iman yang aku miliki tidak setebal yg dia miliki, maka segala pandangan dan kata-kataku tidak sedikit pun diterima pakai. Kerana itu, aku memilih untuk berdiam diri dan terusan mengalah. Andai soal iman itu yg menjadi persoalannya, jelaskan padaku wahai lelaki, bagaimana kau begitu pasti kalau imanmu sudah cukup tebal untuk kau mendapatkan tiket ke syurgaNya? Dan aku, yang terlalu mengagumi dirimu, seolah-olah membutakan mata melihat perlakuanmu yg seakan-akan cuba untuk menganggu gugat ilmuku yang sedikit cuma dengan bercerita soal agama yang ku tahu, masih belum ku kuasai tahapnya. Aku mengalah.

Berkali-kali aku cuba menidakkan, kalau apa yg engkau lakukan itu adalah semata mata untuk kebaikanku. Namun terkadang hatiku berbelah bagi. Aku tewas jua dengan sisi negatifku yg tidak dapat tidak terusan berfikir kalau engkau sebenarnya hanya ingin menjatuhkan aku. Jika tidak, mengapa aku dikata wanita yg nipis imannya? Itu suatu pertuduhan yg maha berat wahai lelaki. Kau telah dengan sengaja membuat aku merasa kalau diriku bukan sesiapa tanpa apa2. Kenyataan itu membuat aku malu. Malu denganNya. Malu dengan driku sendiri. Dan untuk kesekian kali, aku mengalah lagi.

Jelaskan padaku, aku harus bagaimana lagi? Terkadang aku menjaga hatimu seolah-olah diri aku tidak punya hati yg turut sama harus dijaga. Dan aku, sebolehnya mahu terus belajar dan belajar agar aku bisa sampai ketahapmu, yg kau namakan 'tebal' imannya? Aku mengalah bersebab. Bukan kerana aku lemah. Bukan kerana aku wanita. Namun kerana agamaku. Aku mengalah kerana andai itu harga yg harus aku bayar untuk ku cari ilmu agama buat diriku nanti, maka aku kan terusan mengalah. Pernah aku cuba menyepi. Namun sepiku bersambut. Dan kau disana, berkali-kali ganda lebih sepinya dari diriku. Mengapa wahai lelaki sanjungan?

Dan terkadang aku seolah-olah terlihat suatu sisi dirimu yg tidak berani aku namakan. Dan jika itu sisi negatifmu, akan aku perbalikkkannya menjadi suatu sisi yg boleh aku berbangga. Usah risau. Kerana sisi mu yg tiada bernama itu tidak akan ku jadikan sebab untuk ku katakan 'kaulah lelaki yg tipis imannya'.

Sekian.

No comments: