Monday 8 September 2014



Hati,







Tempat pendamkan semua rasa.










Moga apa pun yang kamu pendam,








Jangan pernah lupa,







Allah sentiasa ada,






Untuk buat kita kembali senyum,





Saat kita terluka.. :')

Sunday 8 June 2014

Untuk Sahabat Lama.. MAAF..


Assalamualaikum sahabatku, 

MAAF andai kehadiran surat ini menganggumu. Aku cuma mengharapkan keikhalasanmu memahami kandungan surat ini yang mewakili diriku. Pertama sekali, aku ingin memohon keampunan untuk segala dosa dan kesalahan yang telah aku lakukan sepanjang menjalani ukhuwah ini.

Kita dipertemukan oleh Allah juga dipisahkan olehNya.
MAAF, kerana aku gagal menjadi sahabat yang baik untukmu.
MAAF kerana aku menjadi sahabatmu yang pernah membuat airmatamu menitis.
MAAF kerana pernah menyinggung perasaanmu.

MAAF andai diriku pernah membuatmu kurang selesa terhadap sikapku.
MAAF andai kata engkau pernah terganggu dengan kekhilafanku.
MAAF, jika aku tidak mampu menjadi yang pertama bila engkau memerlukan seseorang disampingmu.
MAAF juga ku pinta kerana aku tidak mampu menjadi sahabat yang sempurna dan baik untukmu. Aku cuma seorang sahabat yang penuh dengan kekurangan dan kelemahan yang seringkali tidak kusedari.
Sekali lagi,
MAAF sahabatku.

Aku mengutuskan warkah ini kerana seringkali teringatkan masa-masa yang pernah kita kongsi bersama.
Are you still remember our silly pictures in my laptop? I’ve mine too and it just makes me wet in tears.
Mungkin ada kekurangan dan kesilapanku yang tidak pernah aku sedari walaupun telah sedaya upaya ku cari dan itu mungkin telah menguris hatimu.
Setulus hati, aku memohon keampunan, kerana pernah membuatmu terjaga dari tidurmu disebabkan oleh khilafku.
MAAF sahabatku, kerana aku tidak mampu menjadi penyebab kau tersenyum dan tertawa.
“I just miss you. Whether you still remember me or not, it’s not a matter. This matter is, I hope you are happy in your life now. If the distance would be the way to make you smile again, I would be glad for you too.”

Terima kasih banyak banyak kerana telah menjadi sahabat baik buatku.
Terima kasih sebab pernah sudi mendengar ceritaku, rintihanku, dan tangisanku.
Terima kasih kerana pernah berkongsi segala kesenangan dan kesusahan denganku.
I knew the meaning of ukhuwah when I was with you.
Namun,
MAAF jika kau merasakan yang sebaliknya sepanjang mengenaliku.
Terima kasih kerana pernah sudi meminjamkan bahu dan pelukan ketika airmataku tidak tertahan. Luhur budimu tidak akan aku lupakan sahabat.

Semoga setiap langkah yang terbuka akan  membawamu ke jalan Redha Allah. Allah menetapkan untuk menemukan dan kemudian memisahkan kita. Diamku kini bukan bererti membenci, tetapi cukup sebagai tanda aku ingin kau bahagia tanpa aku yang sering melukaimu dan membuatkanmu menjadi bisu dan berasa tidak selesa dengan kehadiranku.

Sahabatku,
kau berhak bahagia dan gembira, bukan dibanjiri dengan airmata seperti ketika kau bersama denganku.
Maka itu, la tahzan yaa ukhti, Uhibbuka Fillah.
Sepanjang kita bersama terlalu banyak yang telah kau korbankan dan banyak juga kau membantuku. Allah sangat menyayangi orang yang paling banyak berguna pada orang lain, dan ku kira itu adalah engkau yang dimaksudkan. MAAF jika aku bukan seperti itu. MAAF kerana sering menyusahkanmu. Semoga Allah akan terus mencintaimu atas kebaikan dan keikhlasanmu. 

Sahabat,

MAAF andai aku pernah membuatmu kesal mengenaliku, tetapi bagiku, tidak ada rasa itu walau sedikit,
sebaliknya aku teramat bersyukur kerana pernah diberi kesempatan untuk menjadi sebahagian dari cerita hidupmu.
Akhir sekali,
MAAF andai memandangku sahaja membuat kau tidak selesa,
MAAF jika kehadiranku dihadapanmu membuat engkau berasa benci, meluat dan ingin berlari sejauh mungkin.

Untuk setiap pemberian yang pernah engkau hadiahkan kepadaku,
Terima Kasih atas keihklasan itu. Semoga Allah melimpahkan keceriaan dan kejayaan dalam hidupmu sahabatku. Andai kata jika suatu saat nanti, kau memerlukan seseorang untuk mendengar, jangan segan silu untuk mencariku.
MAAF, juga kerana sehingga kini aku masih mencari jawapan untuk senyapku itu.
MAAF, jika aku yang menjadikan engkau terus membisu.
Semoga Allah akan terus menerus merahmatimu SAHABAT.

Surat ini, ku layangkan sebagai tanda mengingatimu. Sekali lagi aku memohon MAAF atas segala dosa dan kesilapan yang pernah aku lakukan. Halalkan juga segala yang pernah kau berikan kepadaku mahupun harta bendamu yang pernah ku rosakkan dan hilangkan. Sesungguhnya, aku selalu alpa. Semoga Allah membalas setiap kebaikan yang lebih baik untukmu. 

Kini, aku sedang berusaha untuk mencari diriku sendiri dan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik. Wahai sahabatku, ku mohon agar engkau sudi memaafkan segala kesilapan yang telah ku lakukan dalam sedar mahupun tidak. Semoga Allah menemukanmu dengan seorang sahabat yang sejati. In Shaa Allah, Aamiin. Jaga kesihatan, jaga iman.

Tika airmatamu mengalir lagi, jangan tahan, biarkan ia menitis jatuh ke bumi, tapi tolong, jangan lupa untuk menyekanya dan tersenyum kembali. Apabila suatu saat kau rasa ingin rebah, maka duduklah, tapi tolong, jangan lupa untuk bangkit kembali. Aku akan terus menyokongmu dalam diam dan dari jarak ini.


Ikhlas,
Sahabat lamamu :) 

Friday 21 March 2014

.. Akan Kembali ..




Assalamualaikum, blogger ! hoyeahhh,
Lama rasanya tak bukak blog nih, 
ngeeee

Sebenarnya hati ni nak jee jengah sini
tinggalkan contengan disini, 
tapi....
apakan daya

kerja menimbun-nimbun
tak henti-henti
hah
busy memanjang, 
mana taknya student last year kan?
last sem pulak tuu
memang laa banyak kerjanya..

Project, Mini Project, Assignment, Discussion, 
hah 
banyak lagi.

final exam pun makin memanggil-manggil,
bekalan untuk final exam pun belum ada lagi, 
hmm

Moga moga Allah permudahkan urusan kami semua.
Aamiinn

In Shaa Allah,
habis je final exam nanti
akan KEMBALI AKTIF ber'Blog' semula.

ada banyak benda nak story morry,
tapi masih tak berkesempatan.

**p/s to DNS 6 Sesi Dis 2013: Goodluck for Final Year Project presentation hari ahad  23/03/2014 hingga Isnin 24/3/2014.

Dan

Diikuti presentation Cyberpreneurship hari Selasa 25/03/2014 dan Khamis 27/03/2014, Test hari rabu 26/03/2014

Tak lupa juga 

 


Final Exam yang semakin hadir,

Ingat,

Semester ni kita ada 4 paper, bukan 3 okayy, hee

Semoga berjaya semua dan semoga kita semua dapat konvo sama sama nanti, In Sha Allah, Aamiin,



 



Pada semua yang akan hadapi Final Exam tu, 
Goodluck tau,
Buat sehabis mungkin, 

ingat,

nak dapat segulung Diploma bukan mudah, 


jadi, 


usaha lebih sikit,



 

Thursday 13 February 2014

cinta yang sedang kau alami,



mengajarkanmu tentang merawat, mencintai, dan menjaga apa yang kau miliki saat ini, 



sebab boleh jadi saat berikutnya apa yang kau miliki bukan lagi milikmu.




cinta yang telah pergi,

 mengajarmu tentang betapa satu detik yang berlalu takkan mampu kau ulang lagi, tentang melepaskan, dan yang utama tentang menghadapi perpisahan, 



bahawa melepaskan kadangkala lebih baik daripada berpegang pada sesuatu yang memberatkan langkahmu.


bila kau bersedih tentang kehilangan,


 harus kau ingat sesuatu ;


bukankah ada nafas yang harus kau hembuskan, 


sebelum kau bisa menghirup udara baru? 
Tuhan.


Kau genggam erat hati kami.


Kau pegang kemas kami dengan sepenuh sabar yang jitu.


Dan Kau yang paling mendengar suara hati kami.


Yang tak menolak doa-doa kami.


Terutama dari kami yang teraniaya oleh manusia yang dengki dan iri hati.


Berilah sepenuh bantuan pada kami, ya Allah

Sesungguhnya, 
Kuasa-Mu besar tak tertandingkan dengan apa yang ada seisi bumi.



Bantu kami ya Allah.


Dalam menghadapi musuh-musuh yang nyata.


Mainan syaitan semata.


Dan lindungi kami ya Allah.


Dari seteru-seteru kami yang menjadikan syaitan sebagai pembantu.

Moga Kau pelihara dan jaga serta peluk kejap mereka mereka yang aku sayang.


Allahumma ameen, Ya Allah.

Wednesday 29 January 2014





My mother taught me how to walk, 


how to speak and how to eat. She basically taught me how to live


Be grateful for every second you have with your mother.


Value your mothers before they're taken away because a mother can't be replaced by anyone


Before you complain about your mother, 


think of those who their mothers have passed away.



Friday 24 January 2014

.. Trust .. Kepercayaan ..




Kepercayaan itu seperti kertas putih yang baru.


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Sekali kau renyukkan

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Seribu kali kau betulkan pun ia tak akan mampu untuk kembali pada yang asal


Maka,


itu salah kau yang membunuh kepercayaan orang



Jangan kau salahkan orang yang tidak mempercayai pada kau sekarang


Selagi orang masih percaya,



Maka,





JAGA




Sunday 19 January 2014

Penipuan





Jangan tipu,

kerana 1 tipu mampu membunuh 1000 kebenaran.

Biar pahit,


biar hodoh,


biar sakit,


katakanlah yang benar lagi-lagi dengan orang yang hidupnya berlegar di sekeliling hidupmu.


Hari ini aku belajar 1 kebenaran;


"Tipu kita akan datang semula bersama kebenaran, berdiri sebelah-sebelahan menanti untuk menerima hukuman. Hati tidak marah. Hati cuma kecewa parah." 


Ingat pesanku !


jangan tipu,

lagi-lagi dengan mereka yang tulus menyayangimu kerana 1 tipu mampu membunuh 1000 kebenaran.

Thursday 16 January 2014




Jika perpisahan itu adalah suatu permulaan yang baik,
Suatu titik mula yang ajaib untuk sebuah kehidupan lain, 
maka..



REDHAILAH IA.

Jika perpisahan itu merupakan satu solusi agar Allah kembali redha pada kehidupan kita, 
maka ...




BIARKANLAH IA.






Jika perpisahan itulah yang paling kita takuti dan geruni, 
maka sebenarnya kita silap. 


Seakan-akan kita tidak mahu memulakan sebuah kehidupan baru yang mana lebih baik.. 





Mengapa terjadi perpisahan dengan seseorang yang kita sayang? 







Sebabnya Allah mahu menguatkan kembali hati kita. Kita tak sedar hati jadi lemah dan sakit sepanjang kita bercinta tanpa ikatan yang halal

Friday 10 January 2014

.. Masa Lalu ..




saya yang dulu itu,
adalah saya yang “dulu” !

tidak ada kaitannya,
dengan saya yang sekarang !

mengapa perlu diungkit saya yang dulu,
dan dibanding dengan saya yang sekarang?

dia yang ikhlas menerima, 
tak akan hanya membanding dan mencari salah,
yang dulu dan yang sekarang.

Dia akan berlapang dada menerima.
dan bila dia tak mampu menerima,
maka mungkin bukan hak kita untuk memaksa.

barangkali dia cuma terlupa,
bahawa manusia memang begitu,
mempunyai masa lalu.

barangkali dia lupa,
atau barangkali dia tak pernah punya masa lalu?