Tuesday 16 April 2013

Ragam rakan serumah dan rakan sebilik

Assalamualaikum, ehee, agak lama juga ak tak singgah sini. malas pun iyee, busy pun iyee, haa, macam macam alasan lagi lahh.

okayyy, aku nak tanya korang, korang pernah duduk rumah sewa tak ? kalau tak rumah sewa punn, emm asrama mungkin, atau pun, bilik sewa? haa, mesti pernah kann? pada mereka yang pernah bergelar pelajar, mereka yang masih belajar dan juga mereka yang sudah bekerja yang duduk berjauhan dari keluarga, mesti pernah sewa rumah atau sewa bilik kan ?

Sebenarnyaa, aku nak share sesuatu tentang ragam 'rakan serumah' ataupun 'rakan sebilik'. Rakan serumah dan sebilik merupakan orang yang rapat dengan kita bila kita berjauhan dari keluarga. betul tak? haa. Apabila kita berjuhan dari keluarga, sabahat kita lahhyang selalu membantu kita walau dalam keadaan susah dan senang, tapi tak semua yang nak bantu kita bila kita susah betul tak ? dorang nihh kadang-kadang ada dengan kita masa kita senang jee, bila kita susah ? ada dia nak berdamping dengan kita ? sama sama bantu kita selesaikan masalah? ADA ! iyeee, memang ada, tapi kalau 10 orang kawan kita tuu, adakah 10-10 tu nak tolong kita ? tak kan? dalam 10 tu juga salah seorang mesti ada yang hipokrit, selfish haaa, soo. dalam bersahabat ni, kita kena ingat, jangan mengharap orang akan bantu kita bila kita susah, **simpan dalam minda baik baik yee


bila kita dah duduk ramai ramai, kadang kadang kita rasa rimas dengan segelintar perangai mereka yang ada dalam rumah tuu. kita dah duduk dengan dia baru kita tahu perangai dia macam mana. teringat satu kata kata nih, cantik dan baik mana pun orang tuu, kalau kita tak duduk lagi dengan dia, kita tak akan tahu perangai dia macam mana. haaa, *nasib baik ingat. hee betul tak kata kata tuhh ? tak semua orang berperangai buruk, kadang kadang yang kita sangka jahat, orang tu lahh yang baik. tapi kita kena ingat, dalam baik seseorang pasti ada kesempatan yang dia mahukan dari kita.


bila kita duduk rumah sewa ataupun bilik sewa mesti kita akan nampak macam macam ragam kan? ragam tu lah kadang kadang buatkan kita sakit hati, menahan sabar, marah, macam macam lagi laaah. antara ragam ragamnya adalah:

1. susah kemas bilik dalam erti kata lain P E M A L A S !

**sekadar gambar hiasan

ini memang payah sangat kalau dapat 'housemate' atau 'roomate' yang macam nihh, haa, seriuslyyy. payah sangat sangat. bila di tegur tak nak dengar, alasannya "alahhh, biar jee laaa, tak kacau tempat kau pun", "alahh, kejap lagi aku kemas laahh, aku ada kerja nihh" *padahal tak buat apa pun* alasan alasan macam nii memang tak boleh pakai langsung. fikir laa sayangg oii, awak tu bukannya duduk sorang sorang pun dalam bilik atau rumah tuu punn, awak duduk berkongsi, fikir-fikirkan lahh perasaan orang lain. orang lain tak suka rumah ataupun bilik bersepah. kalau tak nak kemas semua kemas tempat awak tu pun cukup laaa, tak payah kemas orang lain. haa

2. pentingkan diri sendiri.



haaa, ni memang tak boleh elak, sangat sangat menyakitkan hati bila dapat yang macam ni punya perangai. awak nak berganyut dalam hp lama lama tuhh awak punya pasal laa ehh, tai jangan laaa sampai menggangu orang nak tidur. nanti orang marah awak, mula laaa nak bermasam mukaa, tak baik okehh, elak jika boleh,

3. kedekut.



huiii, ni paling paling tak dapat nak elak. sifat kedekut seseorang tuhhh kadang kala mewarisi perangai mak dan ayah. *pendapat aku la* aku tak salah kan mak ayah dorang, tapi bila anak anak tengok perangai mak ayah dorang macam tuu, mesti salah sorang dari anak dorang akan ikot. sifat kedekut seseorang memang sukar untuk dihakis. kalau makanan awak, tu awak punya, tapi makanan orang lain jadi makanan awak tu susah. dengan makanan ni tak payah nak kedekut sangat. ada rezeki lebih bagi jee oranggg, tak payah simapan simpan. last last nanti makanan tu jadi hape? buang dalam tong sampah, haaa, kan tak elok tuhh. duit pun macam tu jugak. bila kita duduk ramai ramai dalam satu rumah kita kena fikir kita nak bayar duit bil air, bil elektrik, nak beli barang barang dapur *bagi yang duduk rumah sewa* macam macam lagi laa, mesti ada yang berat sangat nak keluar duit betul tak ? haaa, mesti adanyaaa, tolonggg laaa, bila kita dah duduk ramai ramai macam tuu, mesti kita ada nak berkongsi barang barang. tak kan semua kita nak beli sendiri, kalau mak ayah kau orang kaya takpee. ni pun nak bagi kau makan pun dia terpaksa berlapar. nak berjimat boleh, biarlah perpada pada. jangan sampai tahap kedekut, haaa.

4. Pengotor



hmm, sifat pengotor tuuhh, lagi laaa akuu tak suka, seriuslyyy, dulu aku dan roomate yang mandi satu hari sekali, kengkadang tak mandi langsung pun adaa, mandi pun nak kena suruh, haaa. teruk gila punya perangai. aku tak tahuu lahh apa nak jadi dengan dia tuhh, dah kena marah, kena sound pun tak nak dengar jugak, sampai kan dia kata "nak suruh aku mandi, aku nak pakai sabun kau" boleh macam tuhh ??? pehh, mak aku beli kan barang barang tuu memang untuk kau punn. haihh. seriuslyyy, aku tak suka orang macam nihh, kau ada barang kau, guna je laaah, tak kan nak guna barang orang sedangkan barang kau adaa, tolong laaa, ubah sikit perangai tuhh, Ni lagi satu, Bila dah pakai tuala wanita tuh tolong laa basuh dan buang di tempat yang sepatutnyaa, Kau tak rasa geli kee bila dah tengok benda tuu, Benda ni terjadi bila kita duduk rumah sewa, Khususnya rumah sewa perempuan dan juga asrama perempuan. bila dah guna tolong laa basuh dan buangg di tempat yang sepatutnyaaa, tak kan laa orang lain yag nak tolong basuhkan , Tolong buangkan? Eeeii, kotor okayyy, sendiri punyaaaa, Sendiri buang sendiri basuh laaa, Tak ada orang gaji okehhh !


5. Guna barang orang tanpa kebenaran

Guna barang orang tanpa kebenaran ni aku paling pantanggg ! Seriuslyyy ! Paling paling paling tak sukaaaaa ! Kau nak guna barang oranggg tapi kau tak nak mintak izin, Hoiiii, ingat barang aku tu semua untuk ke Hapeee ! nak *Marah nihh* Paling menyakitkan hati. Tak kisah lahh kalau awakk tu nak guna barang orang ke apa, Tapi MINTA IZIN dulu dengan tuan punya barangg, Jangan  buat barang orang jadi barang awakk, Orang lain tak sukaaa ! Bila orang tegur awak nak marahh, Nak bermasam muka dengan orang, Tak gunaaa, orang guna cara baik tapi awak tak nak dengar juga memang tak dapat nak dimaafkan laaaaaa,


6. Hormat rakan serumah dan sebilik.

Orang akan hormat dengan kita bila kita hormat orang, Betul tak? Tolong jangan bawa perangai dekat rumah dulu dulu tuu, Kadang kadang bila kita dah terbiasa dengan perangai dekat rumahh sampaikan kita terbawa bawa ke tempat orangg.

Dalam pelbagai ragam nihh, mesti ada kebaikan dorangg tuhh, jangan sampai korang tak nampak langsung kebaikan yang pernah dilakukan. tapi orang kata kita buat baik orang tak ingat, cuba kita buat jahat semua orang akan ingat sampai bila bila, betul tak? haa, jangan sampai macam tuu. kawan kawan ni kadang kadang buat kita ketawa tengok gelagat dia. Macam macam kerenah kita boleh tengok. Kawan kawan ni jujugak bantu kita masa susah. Alhamdulillah, aku dapat kawan yang sedia bantu aku bila aku susah dan senang. Kakak aku pernah cakap, dengan orang ni kita jangan baik sangat. nanti orang ambil kesempatan. yes ! betul ! tapi tak semua orang macam tuu, cuma kita kena berhati hati jee laaa dengan semua orangg.




5 comments:

cik Siti said...

haha memang lumrah kot sume nih :)

Mr.Blacksweet said...

dh mmg standard sume nih. tp panas hati gak kekadang kann...!!! hehe

MiSS HiJau said...

memg sangat menyakitkan bila dapt housemate or roomate cam gini .. heeee ..

NMR said...

cik siti : memang lumrah habis, terasa nak pancungg jee kalau jumpa orang orang yang macam nihh, hahaha

NMR said...

mr. Blacksweet : kannn ?? haaa, hmm, redha jee laaa yang mampu. manusia ni macam macam perangainyaa, kejap macam nihh, kejap macam tuu, haaa. dah budak kecikkk baru nak membesar ! haa *jangan terasa, maksud aku lainn, heee, peacee*