Wednesday 24 April 2013

kawan makan kawan ?




okayy, sebenarnyaa aku amik tajuk entri ni dekat blog kawan aku, dia yang buat entri nih, aku cuma nak ulas sikit jee. *konon sikit, kejap lagi berjela kang, tengok ahh* :P

Sememangnya, kehidupan dunia sekarang ni, macam macam orang kita boleh jumpa, ada yang buat mak ayah sendiri pun ada, ini kan pulak kawan kawan, haa. adat laa tuuu, itu semua permainan dunia. depan kita cukup punya baik, pijak semut pun tak mati, tapi belakang kita ? haa, Allah je yang tahu.

dalam dunia ni, kita kena sentiasa berhati-hati. tak semua yang rambut nya sama hitam dengan kita, yang handbag nya sama brand dengan kita, yang badan nya sama besar dengan kita, punya hati sama kita. faham..? senang cakap, tak semua kawan tu boleh jadi sahabat kita..rasa nya ada dalam salah satu entry pasal kawan dan sahabat..

contoh nya, kau nie memang jenis peramah, baik hati, mudah mesra, open-minded. punya kawan yang sentiasa ada siang malam dengan kau, makan sama, study sama, shopping sama sama. disebabkan kau nie mudah mesra, mudah percaya orang, habis semua kisah hidup, masalah kau cerita ke dia, dengan satu pegangan bahawa dia kawan kau yang boleh dengar semua masalah kau. termasuk lah cerita pasal crush kau. kau syok gila dengan lelaki/perempuan nie, dah berapa lama kau stalk dia, semua kawan kau nie tau..kira macam persahabatan korang nie dah confirm ke syurga laa..

tapi.............

sebenarnya korang tak sedar rupanya selama ni dia cuba cari kelemahan kau. bila dia dah kumpul semua details pasal diri kau dia pun mula lah canang cerita bukan. yang betul jadi salah. yang baik jadi jahat. yang cantik jadi buruk. silap silap crush korang tu jadi pakwe/makwe dia. dan pada masa tu baru kau sedar yang persahabatan yang konon nya sampai syurga tue terbakar tiba tiba. sakit dia aku rasa lebih sakit dari putus cinta. aku rasa lah. haha..

Aku pernah rasa kawan dimakan kawan nih. dan aku tahu betapa sakitnya  rasa mengalahkan durian terjatuh atas kaki, atau tersalah potong kuku, dan mungkin juga lagi sakit dari sakit gigi. Sebab benda yang melibatkan soal hati dan perasaan ni lagi sakit dari pelbagai benda yang berbentuk fizikal. Yeah. Dan aku nak bagi korang satu tips penting bila masuk bab berkawan !

” Jangan percaya 100% kawan selagi korang tak pernah lepak atau jumpa sama sama “

Kenapa ?

Sebab zaman sekarang ni, kebanyakan manusia langsung tak boleh dipercayai. Ada faham ? Dan aku pecahkan bab ini kepada dua bahagian. First kawan berlainan jantina, dan kedua kawan sesama jantina. Okeh okeh okeh. So, kita pergi pada kawan yang sama jantina. Means, lelaki dengan lelaki ataupun perempuan dengan perempuan. Aku nak korang faham konsep asas dulu. Dan baru kita pergi kepada bab yang seterusnya. Okeh ?

Dalam diri manusia, ada perasaan baik dan jahat. Dan korang jangan harap sebagai manusia, semuanya akan baik senantiasa. NOPE. Kadang kadang, ada satu masa, manusia tu akan tergelincir dan tersilap dalam membuat perkara. Sungguh ! Dan aku nak bagitahu, dua benda penting kalau lelaki dan lelaki berkawan. Yang mana benda ni bakal menghancurkan hubungan persahabatan korang.
1. Dengki.

Kenapa dengki ? Sebab tamak dan cemburu. Wait, ni bukan kes gay atau apa. Meh aku terangkan. Manusia tak pernah puas. Kadang kadang, bila dia tengok orang lain lebih sikit dari dia, dia akan cari jalan untuk jatuhkan orang tersebut. Tak kira macam mana pun cara dia nak guna, asalkan dia dapat jatuhkan orang tersebut, maka dia akan buat. Benda biasa dalam dunia. So tak perlu terkejut, dan kalau kau tak jumpa orang macam ni zaman sekolah, mungkin kau akan jumpa zaman matrik, tak zaman matrik, zama universiti, dan kalau tak zaman universiti, zaman kerja nanti. Pasti.

 atau

kau lebih dari dia dan dia nak jadi macam kau. so dia akan cuba apa cara sekali pun untuk jatuhkan kau ke bawah supaya dia boleh ambik tempat kau atau lebih tinggi dari kedudukan kau. misalnya kau jenis pandai bergaya. baju sentiasa cantik walaupun bundle. si dia nie dengki. maka dia akan fitnah atau reka cerita yang kau nie kikis duit suami/pakwe. dalam masa yang sama dia akan reka cerita yang baik baik pasal diri dia.

2. Persaingan. 

ini pun simple. kau ada target dalam satu satu hal. then kau tak tau sebenarnya dia pun ada target yang sama. so secara halus dia cuba rapat kan diri dengan kau. sampai satu masa dia akan jatuhkan kau. contoh, kau nak kan satu jawatan dalam organisasi. segala usaha kau cerita ke dia. dia pun dengan muka manis cuba bagi semangat. tapi sebenarnya di belakang kau dia ada agenda lain untuk buat kau tak dapat jawatan tue dan dia yang akan dapat...sama la dengan crush. kau susah payah nak dapat kan orang tue, tiba tiba sang kawan yang dapat. kenapa..? pikir lah sendiri.

atau


Untuk persaingan pula bila mana kau dah berjaya dapat satu jawatan atau dapat satu kejayaan yang mana orang lain tak dapat. Akan mula perasaan cemburu dan dari perasaan ini, akan mula satu benda yang tak berapa nak menarik, saling jatuh menjatuhkan. Dan realitinya, aku nak korang tengok dalam dunia perniagaan. Cuba tengok, kalau kedai Pak Abu baru nak start berniaga kedai runcit sebelah kedai Pak Ali, maka pak Ali akan berasa kurang selesa pada hari pertama, Pada mingggu pertama, pak Ali rasa tak boleh biarkan kedia pak Abu macam itu, dan bulan pertama bila tengok kedai pak Abu semakin ramai pelanggan, maka pak Ali mengambil keputusan untuk jumpa tok moh untuk lesapkan kedai pak Abu.

( benda biasa dalam drama, walla ! )

” Bro, apa kau merepek ni, tak faham. Terang lagi “

Choyy, okeh, bagi memudahkan pemahaman korang, aku nak korang tengok cerita ni. More jelas. More memahami. Cerita apa ?

Kepong gangster ! Ni kalau bebudak baru nak up tengok, aku rasa, depa akan bantai mana mana orang yang diorang tak puas hati. Sebab depa allergic dengar perkataan gangster. Madah nak pukul bantai orang. Lawan pemadam kalah, gaduh. Lawan teng teng kalah, gaduh. Lawan kereta tamiya kalah, gaduh. Biasalah. Bebudak baru nak up.
Forget it, balik pada filem. Ni bukan aku nak promote atau apa, aku suka jalan cerita ni, dan untuk pengetahuan korang, cerita ni adalah tentang gangster cina. Yang mana dari sebuah persahabatan, hancur disebabkan inginkan kuasa dan pangkat. Malah dengki antara satu sama lain. Seriyes best ! Dan aku pasti kalau korang tengok cerita ni, korang akan faham apa itu istilah kawan makan kawan.

Settle !

Kita gi on pada istilah kawan berlainan jantina.

Aku tak tahu nak mulakan dari mana sebenarnya. *Kejap, aku fikir. Em.. Emm.. Emm..*
Got it ! Aku cakap benda yang klise dulu yang mana semua orang pernah dengar. Biasa kawan makan kawan untuk ambil kesempatan. Contoh si A kenal si B dekat facebook, dan depa tak pernah jumpe. Si A lelaki dan si B perempuan. Setelah beberapa bulan kenal, Si A minta pertolongon dari si B berbentuk duit, atas dasar kawan si B bagi duit. Setelah dapat si A yang pada asalnya memang memerlukan duit telah berasa seronok dan mula berniat jahat. Dan sejak itu, si mula mendapatkan idea jahat. Apa dia ?

” Buat si B jatuh cinta dekat dia ! “

Benda ni paling teruk dan sangat sangat bahaya ! Ada seorang kawan perempuan aku pernah alami benda macam ini. Yup. Dia berkenalan dengan satu lelaki yang mana pada awalnya dia berkenalan sebab nak tambah kawan. Lama lama, si lelaki ni mula ambil kesempatan kepada kawan aku ni dengan meminjam duit. Oleh sebab dah kenal dalam beberapa bulan, dan diorang dah mula rapat, maka kawan aku pinjamkan duit. Dan lama lama, dia masuk dalam trick lelaki tadi dengan terjatuh hati pulak.

Dari kawan, kepada kekasih, dari perasaan biasa kepada cinta. Dan selepas lelaki tadi dah dapat apa yang dia nak, maka dia tinggalkan kawan aku dengan tak layan kawan aku tadi. Sampai sekarang. Dalam kes ni, siapa yang salah ?

So,please, zaman sekarang belum tentu kawan yang kau rapat zaman sekolah dulu, baik tolong kau sana sini, dia akan sama macam sekarang. Seriyes. Aku bagi contoh, ada kawan zaman sekolah rendah aku, dulu sama sama layan nasyid, siap ganding suara buat first voice dengan second voice, oho, la ni bila aku jumpa balik, lidah dah bertindik, telinga dah bertindik. Nasyid pun dah hilang ke mana, layan lagu agu heavy metal. Manusia akan berubah kan ?

Aku bagi tips basic untuk kenal orang, yang mana kalau berpegang pada benda ini, InshaAllah, korang akan dapat kawan yang baik baik sahaja. Allah kurniakan kita akal dan fikiran. Dan kalau kau budak darjah 4 sekali pun, asalkan kau dah mumaiz, maka kau boleh beza antara baik dan buruk. Dan Allah kurniakan manusia itu pancaindera. Just tengok pada KESEMUA pancaindera yang ada pada orang yang kenal tu. Kalau mata tengok benda yang baik, telinga yang baik, mulut cakap benda yang baik, bla bla yang baik,maka, okeh lah untuk dijadikan kawan.

Dan ingat pada hadis.

“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud)


*p/s: orang yang benar benar sayangkan tali persahabatan tak akan buat korang macam tu, dia mesti dah anggap korang macam adik beradik sendiri. janji bukan hanya tinggal janji, tapi janji mesti ditepati atau disimpan sebaiknya.



No comments: