Thursday 25 April 2013

Merawat hati yang luka

pelbagai perkara berlaku dalam kehidupan seharian kita. Ada ketikanya, hati kita terluka kerana disakiti oleh orang lain atau suasana.

Beberapa cara boleh kita amalkan untuk mengubati hati yang terluka. keberkesanannya bergantung kepada diri kita sendiri, namun berikut adalah cara yang dikongsikan oleh pakar.

1. Latih minda melupakan kenangan pahit
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku sahaja anda sring merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam, betul tak ? kita kena cut connection feeling kita dengan kenangan silam.

Mulai hari ni kita kena tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin, kasi kosong habis ! bulatkan azam untuk fokus kepada masa depan, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, ilmu, dan rakan rakan. Kita tak kan dapat melupakan segala memori pahit sekaligus, tetapi melakukan secara step-by-step dengan mengalihkan perhatian kita kepada perkara lain. proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang sifat risau.
ada dua kesan dari sifat risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, iaitu masalah dan musibah - tanpa dipinta.

kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan kita dari segi fizikal dan mental.

Risau membuat kita selalu bersedih dan kecewa. untuk buang sikap risau, Belajar Bertenang dan Latih diri kita untuk kawal emosi.

3. Belajar rajin bersyukur
ucap syukur atas kesemua yang kita ada. Apa sahaja ! misalnya ucap syukur kerana kita masih ada lima deria yang lengkap, kita boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun dari tidur, kita ada kawan rapat yang memahami kita, dan kita mempunyai handphone kesayangan *kenapa tiba tiba handphone pulak nih, haha* Ucap syukur seikhlas hati sebanyak yang mungkin sehingga meresap jauh ke dalam diri. buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar menjadi pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi emosi negatif. Seterusnya, meneturalkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda. ketahuilah kita selalu rasa sedih dan kecewa kerana kita tidak memaafkan kesalahan diri kita di masa lalu ataupun kita tidak memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita suatu ketika dahulu. Belajar menjadi pemaaf dan menghapuskan semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri kita.

5. Ketawa dan terus ketawa

ketawa bukan dibuat buat, tapi biar ketawa yang benar benar mengembirakan kita serta menjadikan kita girang. tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri kita dengan rakan rakan yang lucu serta cari "Funny Side" dalam setiap situasi, agar kita boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat mengilangkan rasa sedih. buat apa layan kecewa sedangkan kita boleh ketawa.

6. Ubah fikiran.

kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. tapi kita tak boleh merubah fikiran kita tentang situasi situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan.

Walaupun perkara tidak berpihak kepada kita, cari cara bagaimana kita boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik baik sahaja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki kita murah dan segala yang baik datang sendiri daripada kita. kita menjadi apa yang selalu kita fikirkan, buat apa fikir yang buruk sedangkan kita boleh tarik semua yang baik baik?

Fikir yang buruk, Kita dapat yang buruk. Ini hukum alam dinamakan hukum Sebab dan Akibat.

7. Hati Mesti 'Keras'
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya.

Cuba ingat balik kejahatan kecil yang yang lakukan pada orang lain, mungkin ada walau kita tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya.

lafazkan dengan nada yang berbisik 


2 comments:

Mr.Blacksweet said...

Salam...
Best dok tajuk ni. paling best no.5 tuuhhh...
Ketawa, ketawa & ketawa... [gelak sakan]
Klu xleh ketawa msti kena ceria & gembira slalu utk mereka2 yg tsyg... ^_^

cik Siti said...

Hati mesti keras. dah sekeras batu feringgi dah hati aku ni. dah tak rasa pape :)