Friday 26 April 2013

Bersabarlah Wahai Hati

mungkin hari ni kita menangis

kita merasa sakit

kita kenal erti tikaman dari belakang

tapi...

bersabarlah wahai hati

bertahanlah wahai airmata

kerana tangisan kelukaan hari ini mungkin akan membawa kepada tangisan kebahagiaan suatu hati kelak

janganlah bersedih wahai hati

sungguhpun kau dikhianati

anggaplah ia sebagai suatu pedoman dan pengajaran untuk kau menempuhi hidup ini dengan lebih matang kelak

bersabarlah wahai hati,
 jangan kau merungut untuk kesakitan sekarang, 
kerana kesakitan tersebut akan menjadikan kau lebih kuat untuk menempuhi cabang liku kehidupan

bersabarlah wahai hati

jika kau diuji, 
jadikan ia sebagai dugaan, 
kerana Allah itu maha Adil,
dia tak akan berikan kau ujian,
 jika kau tidak mampu menghadapinya

pasrah dah redha dengan apa yang berlaku, kerana dirimu kuat dari apa yang kau rasakan.

hadapinya

kerana Allah sedang mengujimu

yakinlah bahawa kau mampu hadapinya dengan senyuman






2 comments:

Mr.Blacksweet said...

Sape la yg tikam ko dari blakang nih...
Tp xpe dok, ko gunakn kuasa ko iaitu CUNGKIL dari tepi lak. Masa tu bru mereka tau betapa klakar nyerr anda ni rupanyerrr... hihihihihihi

NMR said...

CUNGKIL ehhh ? aha, okeh mirul, boleh jeeee, *senget laa kauu*