Tuesday 5 June 2012

Harta itu Milikku?

CUBA lakukan beberapa perkara berikut :
1. Lihat duit tunai yang ada dalam dompet. Berapakah jumlah yang ada di dalam dompet itu ?
2. Lihat buku akaun simpanan bank atau penyata akaun simpanan. Berapakah jumlah yang tertera pada akhir baki di situ.
3. Selak pula penyata amanah saham atau pelaburan dalam unit trust, berapakah jumlahnya kini?
4. Lihat rumah ayng didiami kini. Jika rumah itu dibeli atau dibina dengan hasil titik peluh sendiri, berapakah nilai hasilnya kini?
5. Apa lagi harta yang dimiliki ? Tanah, rumah sewa, kedai yang disewakan, barang kemas atau mungkin juga aset syarikat ?

    Ramai manusia berfikir, duit tunai itu milik kita kerana berada dalam dompet milik kita. Simpanan dalam bank dan pelaburan jangka panjang juag milik kita kerana jelas tertera nama kita pada penyata akaun itu. Begitu juga aset lain seperti rumah, tanah, dan sebagainya.

     Namun sedarkah kita bahawa kita tidak pernah memiliki apa-apa kerana semua tu milik Allah yang hanya dipinjamkan sementara dan kita hanya pentadbirnya. Buktinya semua harta tersebuat tidak mampu dibawa bersama saat kita meninggalkan dunia ini, apatah lagi untuk dimanfaatkan.

      Apa milik kita? Milik kita adalah apa-apa yang kita berikan atau sedekahkan. Jika semalam kita ada menderma RM 1 kepada peminta sedekah, maka RM 1 itulah milik kita. Jika hari ini kita ada menyumbangkan sebuah al-Quran atau sepasang telekung solatuntuk sebuah masjid, maka itulah aset milik kita. Jika kita memberikan nafkah kepada ahli keluarga, maka itulah harta milik kita. Sesuatu harta itu akan menjadi milik kita setelah kita manfaatkannya untuk kebaikan akhirat, bukan sesuatu yang disimpan di dunia.

     Jika hari ini dicongak jumlah duit atau harta yang disedekahkan pada jalan Allah, berapakah agaknya jumlahnya ? RENUNGKAN !


No comments: