Monday 18 June 2012

Adab Bersilaturahim





1. Ikhlas
Wajib bagi sesiapa sahaja untuk mengikhlaskan niat kerana Allah dalam menyambung tali silaturahim. Janganlah bersilaturahim kerana tujuan riak dan sum'ah atau untuk menunjuk-nunjuk di hadapan manusia.

2. Mengharap pahala
Hendaklah bersilaturahim kerana ingin mendapat pahala sebagaimana yang telah Allah janjikan tanpa menunggu balsan yang setimpal daripada manusia.

3. Memulai yang terdekat
Semakin dekat hubungan tali persaudaraan, maka semakin wajib kita menyambungnya. Rasulullah pernah ditanya soalan: "Siapakah orang yang paling berhak digauli dengan baik?" Nabi mengatakan: "Ibumu, Ibumu, Ibumu, kemudian ayahmu, kemudian yang paling dekat denganmu, yang paling dekat denganmu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

4. Dahulukan orang yang paling bertakwa
Semakin bertakwa seseorang kepada Allah s.w.t., maka semakin besar pula haknya, juga semakin bertambah pahala bersilaturahim dengannya. Walau bagaimanapun bersilaturahim itu juga dianjurkan dengan orang kafir, khususnya apabila mengajaknya kepada Islam

5. Mencari-cari Kerabat yang jauh
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Pelajarilah nasab-nasab kalian yang dengan itu kalian dapat menyambung tali silaturahim. Sebab menyambung tali silaturahim dapat mendatangkan kasih sayang dalam keluarga, mendatangkan harta dan memanjangkan umur." (Riwayat al-Tirmizi)

6. Terus Menyambung Silaturahim dengan Orang yang Memutuskannya.
Firman Allah yang bermaksud: "Tolaklah kejahatan itu dengan cara yang baik, maka tiba-tiba akan ada yang orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan, seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia." (Surah Fussilat 41: 34)

7. Sedekah
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: " sedekah kepada orang miskin mendapat satu pahala, sedangkan sedekah kepada saudara ada dua pahala, iaitu pahala bersedekah dan pahala bersilaturahim." (Riwayat al-Nasa'i)

8. Nasihat
Memberi nasihat dan amar makruf nahi mungkar kepada keluarga merupakan cara bersilaturahim yang paling baik. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat." (Surah al-Syu'araa 26: 214)

9. Komunikasi Berterusan
Seseorang hendaklah meneruskan dan melazimkan kunjungan ke rumah saudara dan rakan-rakan. Jika tidak mampu, hendaklah dia menghubunginya dengan telefon. Jika tidak memiliki telefon, maka boleh menulis surat, e-mel atau sebagainya. Sebab komunikasi tersebut dapat mempererat hubungan dan menumbuhkan kasih sayang kerana saling mengingati


No comments: