Monday 20 May 2013

All about Doraemon

Assalamualaikum blogger ! ^^, masa masa cuti sem ni tak tahu nak buat apa, ni jee lah kerjanya, tidur lambat ! tidur lambat ! dan tidur lambat ! hari hari macam nih, haa, tapi nasib baik bangun awal, hehe, okayy ni post pertama lepas aku buat perubahan sikit dekat blog.



aku nak tanya, korang pernah tengok tak cerita doraemon ? Mesti pernah kan ? haaa, penipu laa kata tak pernah. paling koman pun korang pernah tengok iklan dia dekat tv betul tak ? haaa,

seriuslyy aku cakap, umur aku dah menjangkau 20 tahun nih, aku masih lagi tengok doraemon tuh, hah, tak pernah tinggal ! dalam tablet aku pun ada jugak aku simpan untuk jadi tontonan sendiri bila bosan. haa.  bukan aku sorang yang suka tengok doraemon nih, kakak aku pun minat jugak tengok, *kengkadang je dia suka tengok* sampaikan aku kena marah jugak dengan kakak aku, dah besar besar masih lagi tengok kartun, jangankan doraemon je yang aku tengok, Sinchan pun aku tengok jugak. hehe.

Pernah sekali masa tu aku tengok cerita ni dengan cerita sinchan dekat office. masa tu aku tengah pratikal dan masa tu hari jumaat. kalau hari jumaat kalau tak ada apa apa aku selalunya duduk office je. kakak aku pun tak nak keluar, sebab dia kata cuaca panas. jadi dia tak nak keluar. dah tak ada nak buat apa apa kan ? aku pun apa lagi bukak segala cerita yang ada dalam tablet. masa tengah tengah tengok tu, aku perasan ada seorang hamba Allah ni tengok aku banyak kali. mungkin dia ingat aku tak betul kot sebab asyik tersenyum jee bila tengok cerita tu. mungkin dia tak percaya kot ! hehe

aku dengan kawan kawan aku siap gaduh lagi, antara Teletubbies dengan Doraemon mana lagi somel haaa, of course laaa doraemon lagi somel kannn? hah ! okay ! okay !

korang pernah baca tak tentang doraemon? bila dia di lahirkan ? perkataan doraemon tu berasal dari mana? pernah tak ? haaa, hari ni aku nak kongsikan dengan korang.


Doraemon adalah sebuah manga Jepun popular yang dikarang oleh Fujiko F. Fujio (nama asal Hiroshi Fujimoto) sejak tahun 1970 dan berkisah tentang sebuah robot berbentuk kucing yang datang dari abad ke-22, Doraemon. Dia dihantar ke zaman sekarang untuk menolong Nobita, seorang budak yang pemalas, agar keturunan Nobita dapat menikmati kejayaannya daripada terus menderita dari segi kewangan – yang bakal terjadi di masa depan – yang telah diakibatkan oleh kejahilan Nobita.

Cerita Doraemon julung kalinya muncl pada Januari 1970 dan diterbitkan dalam enam majalah yang berlainan secara serentak. Sejumlah 1,344 cerita asal telah direka selama ini, yang diterbit oleh syarikat Shogakukan di bawah jenama komik Tent?mush (ladybird/kumbang kura-kura) yang menjangkau 45 jilid. Cerita-cerita tersebut dikumpul dan disimpan dalam Perpustakaan Pusat Takaoka di bandar Toyama, Jepun, yang merupakan tempat kelahiran Fujiko.

Setelah lama wujud di dunia komik dan animasi, Doraemon merupakan salah satu watak animasi yang popular bukan sahaja di Jepun dan Malaysia, bahkan juga di negara-negara Asia dan Eropah. Setiap Hari Sabtu akan terpacak di depan TV.



1. Apa maksud nama Doraemon?

- Nama Doraemon sebenarnya dicipta dari dua patah perkataan: Dora dan Emon. Dora adalah seperti kucing jalanan yang liar, manakala Emon pula adalah kata ganti untuk haiwan jantan bagi bahasa Jepun. Jadi maksud nama Doraemon adalah kucing jantan liar! Tapi adakah Dora the explorer bermaksud Si pengembara Kucing jalanan liar?

2. Tarikh Lahir Doraemon?

- Doraemon dilahirkan pada 3 September 2112 iaitu tarikh di mana Doraemon dihasilkan.

3. Doraemon Mempunyai Kod Pengeluaran?

- Ya ! Doraemon memiliki kod pengeluaran iaitu MS-903. Ini adalah nama asli Doraemon sebagai robot dan dengan nama inilah ia dipanggil oleh pemilik kilang robot dimana ia dicipta!

4. Apa Warna Asal Doraemon?

- Warna cat asal Doraemon adalah kuning. setelah mendapat tahu telinga digigit tikus, Doraemon dengan mood sedih ala-ala feeling Ombak Rindu merasa tertekan dan menyelinap ke atas menara dan meminum air ramuan berlabel “kesedihan”. Ketika Doraemon menangis, warna kuningnya luntur dan suaranya berubah disebabkan ramuan itu.

5. Berapa Jumlah Alat Di Dalam Poket Doraemon?

- Terdapat lebih kurang 4500 alat telah dikeluarkan dari poket Doraemon, termasuklah yang paling terkenal iaitu Doko Demo Doa ( Pintu Ke Mana Saja), Tate Kopta (Alat Terbang Buluh) dan Time Machine (Mesin Masa).


6. Doraemon Mempunyai Nombor Ajaib?

- 1293!! Doraemon memiliki berat 129.3 kg (amboi beratnya, obesiti ke hapa nie?), dan tinggi 129.3 cm. Boleh berlari sehingga 129.3km/jam ketika dalam ketakutan disunat dan melompat setinggi 129.3cm ketika diancam bahaya. Lingkar pergelangan tangan berukuran 129.3mm, kaki berdiameter 129.3mm dan dicipta pada 3/9/2112.

7. Di mana butang On/Off Doraemon?

- Pada bahagian ekornya berbentuk bulat berwarna merah.

8. Kenapa Doraemon dan Dorami dikatakan adik beradik?

- Kerana kedua-duanya berasal dari tangki minyak yang sama, tetapi Doraemon dihasilkan dua tahun lebih awal.

9. Doraemon pernah bersekolah?

- Pernah, di sekolah yang namanya Sekolah Robot. Aku teka dia belajar menari ballet kat sekolah ni.

10. Bagaimana Prestasi Doraemon di Sekolah?

- Prestasi yang buruk sehingga tiada sesiapa yang berminat mengambil sebagai teman sehinggalah Sewaishi (cicit Nobita) sangat menyukai Doraemon dan menghantarnya kepada Nobita untuk menjaganya.


#ni adalah video berakhirnya hayat Doraemon. sangat mengharukan. 



*sumber: diolah dari blog : http://ewksem.blogspot.com/

2 comments:

cik Siti said...

Teletubbies lagi lagi lagi comel heheheh :D

Mr.Blacksweet said...

Hahahahahahaa....
Dh bsr pn tgk Doraemon ke...???
Klu anime gua layan, klu katun bdk gua geelaaaaaakkkk berdekah-dekah...